Bayi Positif Covid Apa Perlu Buat? Panduan Lengkap Cara Menjaga Si Manja Dengan Betul

Bayi positif covid apa perlu buat menjadi persoalan utama kebanyakan ibu ayah yang baru pertama kai berdepan masalah ini

Meskipun sudah bertahun-tahun ancaman Covid-19, risiko penularannya masih ada walaupun dalam kadar terkawal. Bagi anda yang baru pertama kali berdepan masalah ini, pasti tidak begitu tahu bayi positif Covid apa perlu buat kali pertama kan?

Hal ini kerana variasi virus Covid menunjukkan simptom yang berbeza pada setiap pesakit. Untuk bayi dan kanak-kanak, mereka mungkin memerlukan penjagaan yang lebih rapi berbanding orang dewasa.

Bayi positif covid apa perlu buat

Covid-19 adalah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus Corona, yang dinamakan SARS COV 2. Jangkitan ini menyebabkan simptom serupa flu. Ianya mudah tersebar dan telah menjangkiti ramai orang di seluruh dunia termasuk kanak-kanak. 

Untuk mengetahui sama ada si manja dijangkiti virus ini ataupun tidak, perkara pertama ibu perlu buat adalah menggunakan test kit untuk budak terlebih dahulu sebelum ke klinik.

Ibu jangan risau kerana test kit untuk budak kini adalah dalam bentuk ‘lollipop’. Memang sesuai untuk si manja yang tidak pandai meludah ataupun keluarkan air liurnya sendiri.

Cara nak guna test kit untuk budak lollipop:

  1. Masukkan bahagian yang ada kapas ke dalam mulut
  2. Pastikan kedudukannya mendatar
  3. Tunggu sehingga kapas serap air
  4. Keluarkan dari mulut anak
  5. Tunggu 10 minit untuk melihat keputusan

Sebilangan besar bayi dan kanak-kanak akan menghidapi gejala-gejala yang ringan dan boleh dijaga di rumah. Apa perlu buat jika bayi positif Covid adalah:

  1. Mengasingkan diri anak yang dijangkiti dan tidak membenarkan orang datang ziarah
  2. Selalu memantau keadaan si manja
  3. Jika bayi sudah mula makan makanan pejal, pastikan beri menu makanan yang sihat dan minum banyak air
  4. Setiap ahli keluarga hendaklah membasuh tangan atau menggunakan cecair sanitasi tangan secara kerap. 

Bayi positif Covid apa perlu buat dan bila perlu jumpa doktor?

Bayi positif Covid apa perlu buat adalah sebagai ibu anda hendaklah memantau keadaan si manja. Perhatikan jika dia menunjukkan tanda covid pada bayi seperti:

  • Demam panas yang berpanjangan lebih dari 2 hari
  • Kurang minum separuh daripada yang kebiasaannya
  • Mempunyai kurang daripada 4 lampin basah atau kencing kurang daripada 4 kali dalam 24 jam
  • Lemah dan tidak aktif seperti biasa
  • Muntah atau cirit-birit berterusan

Sekiranya anak anda mengalami simptom-simptom yang mengancam nyawa seperti kelihatan pucat atau biru, mengalami masalah bernafas atau bernafas terlalu cepat, mengalami kesakitan atau ketidakselesaan yang teruk, sila hubungi talian 991.

Tempoh kuarantin kanak kanak

Tempoh kuarantin kanak kanak hendaklah selama lima hari. Jika anak anda disahkan positif COVID-19, mereka perlu mengasingkan diri selama lima hari penuh.

Jika anak mengalami simptom, tempoh kuarantin kanak kanak adalah selepas simptom covid bermula.

Manakala sekiranya si manja tidak mengalami simptom, mula mengira hari pertama sehari selepas anda menggunakan test kit untuk budak (bukan hari anda menerima keputusan ujian positif.)

Jika anak anda mempunyai masalah dengan sistem imun mereka, bagaimanapun, sila hubungi pasukan penjagaan kesihatan anda.

Anak anda mungkin perlu mengasingkan diri untuk tempoh yang lebih lama dan mungkin perlu mendapatkan rawatan covid untuk kanak-kanak.

Tanda tanda covid 19 yang umum

Anak positif Covid mungkin mengalami banyak simptom, hanya beberapa simptom ataupun tidak mengalami sebarang simptom.

Tanda tanda covid 19 yang biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak adalah batuk dan demam. Tanda positif Covid yang lain pula ialah:

  • Demam
  • Tanda covid pada bayi: Batuk yang berpanjangan
  • Sakit dada
  • Tanda positif covid: Sakit tekak
  • Loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit
  • Anak keletihan melampau
  • Hidung tersumbat
  • Tanda covid pada bayi: menggigil
  • Tanda positif covid: Sakit kepala

Tanda Covid dan penyakit baharu yang bahaya

Menurut laporan dikeluarkan oleh The Guardian, kebanyakan kanak-kanak menunjukkan tanda Covid penyakit baharu yang boleh meragut nyawa mereka, termasuklah sakit perut dan masalah jantung.

Anak positif Covid demam kebiasaannya akan diserang batuk. Ia akan menjadi lebih teruk jika ibu ayah melengahkan masa untuk membawa mereka mendapatkan rawatan hospital.

Difahamkan, sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak telah menerima rawatan Extra Corporeal Membrane Oxygenation (ECMO), iaitu kaedah menyelamatkan nyawa pesakit yang tidak mampu untuk bernafas dengan baik.

‘’Bagi anak positif covid demam dan dijangkiti penyakit Kawasaki, keadaan vaskular agak rare dan menjadi penyebab utama penyakit jantung untuk golongan usia bawah 18 tahun,’’

‘’Berdasarkan laporan selama tiga minggu jelas menunjukkan berlakunya peningkatan dalam jumlah anak-anak yang memiliki masalah radang dan memerlukan rawatan rapi di seluruh London dan UK,’’ ujar sumber.

Bukan itu sahaja, langkah berjaga-jaga kepada para frontliners dan kumpulan doktor pakar juga telah dimaklumkan. Meskipun kanak-kanak tanpa gejala Covid-19 dan diuji negatif, ia tidak mustahil bahawa ujian tersebut salah.

‘’Sakit pada bahagian perut dan gastrointestinal menjadi simptom umum. Pemerhatian ini telah dilakukan terhadap kanak-kanak yang positif dan negatif Covid-19,’’

‘’Peningkatan kes dalam kalangan kanak-kanak sangat tidak dijangka di UK dengan keadaan kritikal akibat tindak balas masalah keradangan yang dialami pesakit,’’ ujarnya.

Tanda positif Covid dengan gabungan penyakit Kawasaki

Menurut perunding Hospital di London dan Ahli Jawatankuasa Alergi, Imunologi dan Penyakit Berjangkit, Dr. Liz Whittaker mengatakan bahawa maklumat ini bukanlah untuk mendatangkan ketakutan terhadap orang ramai

‘’Kami berasa sangat bimbang dengan situasi yang sangat jarang berlaku. Disebabkan oleh virus Corona tersebut, jumlah kes pesakit kanak-kanak meningkat luar biasa.’’ Ujarnya.

Gabungan gejala kejutan toksik dan Kawasaki berpotensi menyebabkan anak kecil mengalami gejala covic seperti demam berterusan, sakit perut yang teruk dan mengalami masalah ruam kulit. Bukan itu sahaja, hasil ujian darah turut menunjukkan keradangan sama seperti pesakit dewasa dengan jangkitan Covid-19.

Para doktor turut mengesyaki bahawa penyakit itu mungkin merupakan tindak balas keradangan pasca-infeksi di mana sistem kekebalan tubuh terpaksa bekerja secara berlebihan.

Presiden Royal College of Paediatrics and Child Health, Prof Russell Viner berusaha meyakinkan ibu ayah bahawa pada umumnya tahap kesihatan anak berkemungkinan menjadi sangat tidak sihat kerana Covid-19.

Sindrom jarang berlaku pada kanak-kanak di UK

Berdasarkan hebahan segera yang dikirimkan kepada kumpulan doktor tahun lalu, mengatakan jabatan rawatan intensif di London dan UK menerima jumlah pesakit kanak-kanak kritikal dengan gejala bukan biasa.

Ini termasuklah masalah keradangan dengan gejala seperti selesema.

Pengarah perubatan NHS England, Stephen Powis mengatakan bahawa mereka menyedari laporan mengenai penyakit jarang berlaku dan teruk pada kanak-kanak. “Hanya dalam beberapa hari terakhir kami melihat laporan tersebut dan meminta penelitian dari beberapa orang pakar,’’

‘’Pesakit muda dari pelbagai usia mengalami kemerosotan kesihatan yang ekstrem. Mereka mempunya ciri serupa dengan penyakit Kawasaki dan kejutan toksik menyebabkan suhu badan tinggi, tekanan darah rendah, kemunculan ruam dan sukar untuk bernafas,’’

‘’Bukan itu sahaja, ada yang mengalami gejala gastrointestinal iaitu sakit perut, muntah, cirit-birit, radang jantung serta hasil ujian darah tidak normal. Kesannya, tubuh anak-anak menjadi lemah untuk melawan serangan jangkitan Covid-19,’’ jelasnya.

Sepanyol dan Itali telah melaporkan kes yang serupa: “Sebilangan kanak-kanak mengalami penyakit septik jenis kejutan dan ruam. Ia turut dilihat dalam sindrom kejutan toksik dan penyakit Kawasaki.’’

Justeru, ibu ayah perlu prihatin terhadap kesihatan anak-anak melalui amalan penjagaan kebersihan serta pengambilan makanan berkhasiat. Anda perlu segera ke hospital apabila:

  • Anak berubah menjadi pucat, berbintik-bintik dan tubuh sangat sejuk
  • Corak pernafasan yang tidak teratur atau mula meragam
  • Bibir menjadi biru
  • Mengalami sawan
  • Berubah menjadi tertekan (menangis, bingung, sangat lesu dan tidak bermaya
  • Sakit pada bahagian testis

Rawatan covid untuk kanak-kanak

Kebanyakan anak kecil akan menghidapi gejala ringan tidak akan memerlukan rawatan khusus dan boleh saja pulih di rumah; pada lazimnya, mereka akan beransur pulih dalam 1 ke 2 minggu.

Rawatan covid untuk kanak-kanak adalah sama dengan demam panas atau jangkitan viral yang lain.

Bagi kanak-kanak yang berumur 3 bulan atau lebih, mereka boleh diberikan ubat paracetamol menurut dos dan tempoh masa yang telah disarankan.

Cara merawat covid 19 mengikut perkongsian ramai ibu

#1. Hidu wap rebusan cengkih

Cara merawat Covid 19 menggunakan wap cengkih paling ramai ibu kongsi kerana ia dikatakan berkesan untuk melegakan selesema, sakit tekak dan batuk.

Walaupun tiada kajian berkaitan rawatan tersebut (selesema, batuk dan sakit tekak), namun ia mempunyai keberkesanannya.

Menurut catatan di media sosial, sesetengah netizen berkongsi amalan menghidu wap rebusan bunga cengkih sebagai amalan menghindari jangkitan COVID-19.

Sungguhpun begitu, orang ramai dinasihati supaya berhati-hati jika menyedut wap panas cengkih kerana wap tersebut boleh menyebabkan keradangan pada paru-paru.

#2. Minum air kelapa

Air kelapa mempunyai khasiat dan fungsi yang boleh membantu mengurangkan masalah cirit birit iaitu gejala yang dialami anak positif Covid.

Namun air kelapa tidak boleh menghapuskan virus ini daripada tubuh badan. Selain merawat cirit birit, air kelapa juga boleh digunakan untuk mengelakkan dehidrasi.

#3. Makanan yang mengandungi halia, bawang putih dan kunyit

Terdapat juga beberapa kajian yang menyatakan halia, bawang putih dan kunyit mempunyai fungsi antikeradangan yang dapat melawan Covid-19.

Namun, kajian percubaan klinikal ke atas manusia belum dapat dibuktikan secara besar-besaran.

Cara merawat covid 19 yang seterusnya adalah bawang putih. Ia mengandungi Allicin, yang mempunyai sifat anti bakteria, antiseptik, antioksidan dan mampu merawat keradangan.

Bawang putih juga mampu meningkatkan daya imunisasi seseorang. Bagi anak yang sudah mula makanan pejal, ibu boleh sediakan menu sup atau singgang sebagai ikhtiar di rumah.

Jika anak-anak menunjukkan perubahan terhadap kurang menyusu atau makan, kurang aktif, selesema atau batuk berpanjangan, jangan berlengah dan terus bawa mereka ke hospital berdekatan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Rasa Nak Pengsan,” Ibu Baru Habis Pantang Kena Covid-19, Satu Keluarga Masuk Hospital

Baca juga: Anak 3 Tahun Dijangkiti Covid Buat Kali Ketiga, Ibu Menyesal Tak Sudah Bawa Pergi Bercuti

Baca juga: Kesan ‘Long Covid-19’ Pada Anak Yang Ibu Ayah Wajib Peka, Ini Penjelasan Tepat Dari Pakar