X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tarikh Bersalin Makin Hampir? Ini Tanda-Tanda Bersalin Yang Akan Dialami

5 min bacaan
Tarikh Bersalin Makin Hampir? Ini Tanda-Tanda Bersalin Yang Akan Dialami

Makin dekat tarikh bersalin makin teruja, namun dalam keterujaan anda perlu peka dengan tanda-tanda nak bersalin seperti berikut!

Makin dekat tarikh bersalin makin nervous pula. Tapi dalam takut-takut tu rasa teruja mampu mengatasi segalanya betul tak?

Lagi-lagi bila dah ada tanda-tanda nak bersalin lagilah mix feeling. Maklumlah proses bersalin bagi semua yang pernah mengalaminya tahu kan, ia adalah satu proses yang cukup meletihkan.

Walau bagaimanapun, tak semua bakal ibu baru akan mengalami semua tanda-tanda tau. Akan tetapi, jika anda tahu 13 tanda yang berikut, anda boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi proses bersalin!

Tarikh bersalin makin hampir, ini tanda-tandanya

tarikh bersalin

#1. Rasa perut seperti “menurun” ke bawah

Dalam minggu-minggu terakhir sebelum proses bersalin semakin dekat, anda akan mengalami situasi di mana kandungan seakan bergerak “menurun” ke bahagian bawah perut anda.

Sesetengah ibu hamil akan mengalami tanda ini sama ada dalam tempoh 4 minggu atau 2 minggu sebelum bersalin.

Buat wanita yang pernah bersalin sebelum ini, anda tak akan merasai kandungan seperti “menurun” kerana otot pelvis anda sudah merenggang.

Akan tetapi, kepala bayi memang akan semakin menghampiri pintu pelvis anda.

#2. Menggigil seluruh badan

Biasanya, anda mungkin akan menggigil pada waktu malam, walaupun ketika tidak sejuk. Sebenarnya, itu tanda badan sedang melepaskan tekanan.

Mungkin anda terlalu nervous menunggu tarikh bersalin. Jika ingin mengatasi keresahan itu, cuba lakukan senaman mudah untuk ibu mengandung ini.

Pasti anda akan kembali tenang.

#3. Asyik rasa nak kencing

Rasa nak kencing semakin meningkat. Ia disebabkan oleh kedudukan kepala bayi yang semakin hampir dengan tulang pinggul dan pundi kencing anda. Maka, anda akan semakin kerap ke bilik air.

#4. Sakit belakang

Anda akan merasai kesakitan di bahagian punggung, perut dan bahagian belakang badan.

Hal ini sebab bayi yang bakal dilahirkan semakin berat dan “menurun” semakin rendah ke pintu pelvik. Lalu, rahim dan legimen pelvis semakin merenggang.

#5. Sukar untuk tidur

Dengan segala kesakitan, kegelisahan dan keterujaan yang anda rasai kini, pasti sukar untuk tidur, kan?

#6. Kontraksi Braxton-Hicks yang menyakitkan

Salah satu tanda tanda bersalin yang paling biasa dialami ibu-ibu hamil adalah rasa kesakitan melampau akibat Braxton-Hicks.

Braxton-Hicks sering dipanggil sebagai “kontraksi palsu”. Ia rasa kesakitan di bahagian perut dan pinggul akibat pengecutan perut. Sekejap ia datang, sekejap ia pergi dengan sendiri. Walaupun kesakitannya tak sama seperti kontraksi betul ketika bersalin, tapi kontraksi ini boleh berlangsung sehingga 120 saat!

Jika anda ingin meredakan kesakitan, cuba ubah posisi duduk atau mula berjalan.

#7. Berat badan anda menurun

Perasan tak yang berat badan anda sedikit menurun pada trimester ketiga? Itu sebenarnya tanda tanda nak bersalin juga! Berat badan mampu mempengaruhi hormon anda.

#8. Loya dan cirit-birit

Hormon kelahiran akan mengakibatkan anda rasa tidak selesa di bahagian perut. Ada beberapa sebab mengapa perut anda seolah-olah “meragam” dengan teruk.

Antara sebabnya adalah kerana badan ingin mengosongkan usus dan memberi ruang kepada bayi. Oleh itu, anda akan mengalami cirit-birit atau loya kerana bahagian bawah abdomen (bahagian usus) mula “bekerja”.

#9. Keluar lendir dari vagina

tarikh bersalin
Anda mungkin akan perasan ada lendir berwarna putih dan merah jambu (beserta telur) yang semakin banyak keluar daripada vagina.

Lendiran ini mungkin berbeza daripada lendiran darah. Ini merupakan salah satu tanda-tanda nak bersalin.

#10. Lendiran darah

Apakah tanda tanda yang saya sebenarnya dah nak bersalin?

Ketika hamil, bahagian servik anda dilindungi oleh lendiran yang takkan mengalir. Akan tetapi, apabila proses bersalin semakin dekat, bayi semakin menghampiri “pintu” pelvik dan kontraksi mengakibatkan lendiran yang “terkunci” ini terbuka.

Oleh itu, anda akan melihat banyak lendiran bercampur darah keluar dari vagina. Jika lendiran bercampur darah ini semakin banyak, seolah-olah anda datang haid – hubungi doktor dengan segera!

Namun, jangan mudah panik. Kadang-kadang, lendiran darah juga boleh diakibatkan oleh hubungan seks ketika hamil atau sebab pemeriksaan vagina.

#11. Pintu rahim semakin mengembang dan terbuka

Pintu rahim (atau serviks) akan semakin menipis dan terbuka untuk memberi laluan kepada bayi keluar. Ia satu persediaan oleh badan untuk kelahiran.

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Tapi, pintu rahim yang semakin mengembang dan terbuka bukan bermaksud anda terus akan bersalin, ya! Doktor akan periksa dulu berapa saiz pembukaan pintu rahim.

Jika pembukaan sudah sepenuhnya, barulah anda boleh bersalin.

#12. Badan rasa letih & perlu rehat

Antara  tanda tanda bersalin adalah ibu rasa letih mengantuk nak tidur. Ibu akan mudah berasa penat ketika dalam minggu-minggu terakhir kehamilan. Kepenatan itu termasuklah:

  • Susah nak bergerak
  • Tak lalu makan, atau susah tidur

Salah satu cara terbaik untuk kurangkan rasa penat semasa hamil ialah dengan amalkan madu untuk membekalkan tenaga pada anda.

tarikh bersalin

#13. Air ketuban pecah

Ini tanda yang paling umum. Ada wanita yang mengalami kontraksi teruk sebelum air ketuban pecah. Ada wanita pula sebaliknya!

Air ketuban pecah dulu sebelum kesakitan kontraksi menerjah. Agak bahaya jika air ketuban sudah pecah, tapi anda tak mengalami sebarang kontraksi.

Cepat-cepatlah ke hospital ya, jika air ketuban anda itu sudah pecah!

Untuk tak mahu kelam-kabut dan panik ketika saat-saat genting ini, anda digalakkan menyimpan semua kelengkapan diri dalam satu beg dan tinggalkan ia dalam kereta. Senang, nanti tak ada benda yang terlupa!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Perut Mengeras Tanda Nak Bersalin VS Kontraksi Palsu, Apa Bezanya?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Sebelum & Proses Bersalin
  • /
  • Tarikh Bersalin Makin Hampir? Ini Tanda-Tanda Bersalin Yang Akan Dialami
Kongsikan:
  • Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

    Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

  • Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

    Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

    Ini 9 Tanda-Tanda Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat - Apa Perlu Buat?

  • Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

    Perut Mengeras Ketika Hamil Tanda Nak Bersalin Atau Kontraksi Palsu? Ketahui Ini Perbezaannya

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.