Kecil-kecil cili padi bak kata orang. Usianya baru 7 tahun, tapi sudah pandai tebar roti canai! Malah bukan sekeping dua ya, 50 keping dia boleh tebar dalam sehari.
Hebat betul adik ini. Menerusi laporan sebuat portal, kelihatan kanak-kanak cilik ini menebar roti canai di gerai ayahnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia pandai dan mahir membuat roti canai seperti sudah lama membuatnya.
Tebar roti canai 50 keping sehari
Kanak-kanak ini dilaporkan belajar menebar roti canai dengan ibu dan ayahnya tiga bulan yang lalu. Kini dia sudah mampu menebar 50 hingga 60 keping roti canai dalam masa sehari.
Ramai yang kagum dengan kemahiran anak kecil ini kerana bukan semua orang boleh menebar roti canai, perlu juga kemahiran untuk berbuat demikian.
Adik ini juga dikatakan bercita-cita untuk memiliki restoran sendiri apabila dewasa kelak mungkin ingin meneruskan legasi ayahnya yang memang membuka restoran sendiri.
Kemahiran asas yang penting diajar pada anak
Anak perlu memiliki kemahiran asas penting untuk mereka meneruskan hidup. Ini penting untuk mereka, sekiranya apa-apa berlaku dan mereka terpaksa teruskan kehidupan berdikari. Jadi apakah kemahiran yang boleh diajar kepada anak?
#1. Memasak
Untuk ajar anak memasak, ibu bapa perlu melibatkan anak secara aktif ketika anda membeli barang dapur dan sebagainya. Beri peluang untuk anak anda kenal barang dapur.
Ajar juga anak mengenai bahaya di dapur dan sebagainya. Biar dia buat yang senang-senang saja. Janganlah sampai nak dia jadi level yang tinggi atau mahir sangat.
Dia sudah tahu asas pun boleh cukup bersyukur dan pastikan kena dengan peringkat umurnya.
#2. Cuci baju
Apabila anak masuk universiti atau kolej nanti, pasti mereka kena cuci pakaian sendiri bukan? Takkan tak cuci langsung! Sebab itu ibu bapa boleh mengajar anak untuk mencuci baju seawal 6 tahun.
Ajarkan anak langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan mesin basuh dan sebagainya. Anak kecil ini adalah individu yang penuh rasa ingin tahu.
Jadi mereka memang akan suka jika anda ajar mereka kemahiran baharu.
#3. Cuci pinggan, kemas meja makan
Cuci pinggan tidak kira lelaki atau perempuan, pastikan anak anda ada kemahiran ini. Pada usia kecil ini mereka mungkin akan cuci tidak sempurna.
Tidak mengapa. practice makes perfect. Semakin mereka membesar, kemahiran ini akan dikuasai dengan semakin baik dari semasa ke semasa.
Jadi jangan terlalu rigid mahu anak basuh pinggan sama bersih seperti anda.
#4. Kemas bilik sendiri
Kemas bilik sendiri dan tempat tidur sendiri. Ini adalah kemahiran yang perlu anda pastikan anak anda pandai. Bukanlah nak kemas macam bilik hotel, tetapi rapikanlah katil selepas bangun tidur dan sebagainya.
Ia akan membentuk diri anak-anak ini juga bila mereka meningkat dewasa nanti. Sangat penting untuk ajar mereka uruskan diri sendiri.
#5. Sidai dan lipat kain
Tak kira lelaki atau perempuan, anak perlu ada kemahiran ini. Lipat kain masing-masing. Ketika dia masih 7-8 tahun ini memanglah belum berapa cantik lipatannya.
Namun, ia akan mengajar mereka bagaimana untuk melipat baju dengan cara yang betul. Jadi, pastikan anda ajar anak anda cara lipat baju dan sidai kain.
Ini adalah kemahiran asas yang perlu mereka tahu dan kuasai walaupun masih pada usia muda sebegini.
#6. Uruskan wang
Ini pun penting. Wang antara keperluan hidup yang kita semua perlukan. Jadi mestilah bijak mengurus wang. Jadi perlu pastikan anak anda tahu mengguna dan menguruskan wang.
Jangan ingat mereka kecil anda tak perlu ajar, ajar anak cara gunakan wang dan cara mengira. Ajar mereka kena not duit kertas bagi pastikan mereka mengenali duit ‘not’ RM.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 7 kemahiran hidup penting yang ibu bapa wajib ajar pada anak!
Baca juga: Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis
Baca juga: Kembangkan Kemahiran Anak Dengan Main Air, Bagus Untuk Kanak-Kanak Prasekolah!