Tekak rasa tercekik boleh terjadi apabila sesuatu makanan pepejal atau bendasing terperangkap di dalam kerongkong. Kanak-kanak sering tercekik akibat menelan pepejal atau objek kerana sifatnya yang sentiasa ingin mencuba.
Dalam sesetengah kes, objek boleh dikeluarkan dengan sendiri tetapi kalau sampai sukar untuk bernafas, ia dikategorikan sebagai kes kecemasan.
Seorang jururawat, Bel Nawhen di laman Facebook miliknya berkongsi tentang bahaya tercekik dalam kalangan kanak-kanak dan cara untuk menghadapi apabila terjadinya insiden anak tercekik.
Tercekik dan rawatan kecemasan
Menurut Bel Nawhen, kematian berlaku disebabkan saluran pernafasan menjadi sempit tersekat separuh atau sepenuhnya dan menghalang oksigen memasuki paru-paru dan seterusnya ke otak.
Ia boleh terjadi apabila anak tercekik apa-apa jenis objek tidak kiralah berupa duit syiling, manik, tulang ikan/ayam, buah pinang, gigi palsu, mainan kanak-kanak dan lain-lain.
Tegasnya, tercekik merupakan kes kecemasan. Ia bukan kes biasa-biasa yang mana boleh lewat dirawat.
Tanda-tanda anak tercekik
Mereka yang tercekik boleh dilihat melalui tanda;
- Sesak nafas secara tiba-tiba dan bunyi nafas seolah bersiul (ada kesekatan berlaku).
- Spontan menggenggam kerongkong.
- Kawasan bibir kebiruan tanda kekurangan oksigen.
- Mereka kelihatan cuba bernafas dengan cepat.
- Pengsan
- Berhenti bernafas.
- Tersedak tiba-tiba.
- Batuk dan cuba batuk lebih kuat.
Apa yang perlu anda buat jika anak/mangsa tekak rasa tercekik
- Kenalkan diri dan tanya jika perlukan bantuan.
- Minta mangsa untuk batuk dengan kuat.
- Kalau tak keluar, cuba tepuk belakang mangsa.
- Minta bantuan jika keadaan tidak terkawal.
- Buka mulut anak atau minta mangsa membuka mulut bagi melihat lokasi objek yang menyekat.
- Jika objek JELAS kelihatan, keluarkan dengan menggunakan jari kelingking, jika tidak, JANGAN jolok jari kedalam tekak (dibimbangi akan menyebabkan objek menyebabkan kesekatan yang mudarat).
- Tepuk belakang mangsa (antara tulang belikat) dengan menggunakan tapak tangan dan kepala mangsa menunduk ke bawah.
- JANGAN mendongakkan kepala mangsa.
Jika tercekik tidak dapat diberikan bantuan segera, beberapa komplikasi boleh berlaku antaranya radang di paru-paru, kerosakan otak kerana kekurangan oksigen ke otak dan kematian.
Boleh gunakan
kaedah Heimlich Maneuver seperti di bawah atau carian di youtube tentang kaedah Heimlich Maneuver yang betul.
Cara elakkan tekak rasa tercekik
Kanak-kanak, sering ingin mencuba beberapa perkara baru. Bagi mengelakkan kejadian tercekik kerana mereka rajin mengutip dan memasukkan objek kedalam mulut;
- Sediakan makanan dalam saiz kunyahan. Asingkan tulang dan isi bagi ikan dan ayam.
- Jangan beri anak masa makan dan bermain SERENTAK. Dibimbangi akan menyebabkan mereka menyuap mainan kedalam mulut kerana menyangkakan ia juga boleh dimakan.
- Pastikan kawasan gapaian anak-anak seperti meja, lantai, mini almari serta kawasan bermain mereka bebas dari objek kecil, berwarna warni seperti manik, duit syiling, guli dll.
- Elakkan makanan yang boleh menyebabkan anak-anak yang belum pandai mengunyah dari tercekik seperti kacang, buahan berbiji seperti mata kucing/rambutan dan gula-gula.
- Beri mainan yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak bukannya objek kecil yang menarik perhatiannya untuk dimasukkan ke mulut.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak tercekik? Apa perlu saya buat?
Baca juga: Budak 6 Tahun Nyaris Maut Tercekik Kepingan Pelitup Muka Dalam Nugget!
Baca juga: Cikgu tengok saja anak murid ini terkapai-kapai tercekik sampai mati!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!