Ini Variasi Resepi BerasaskanTelur Mata Yang Pasti Boleh Bertambah Nasi Dibuatnya

Telur merupakan salah satu makanan yang popular sebagai hidangan utama atau sampingan. Kami kongsikan variasi telur mata untuk anda cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Telur sememangnya salah satu makanan utama yang tidak dapat dipisahkan dengan orang melayu. Hidangan telur mata yang sedap dan mudah ini merupakan menu wajib di setiap rumah, lebih-lebih lagi menjelang hujung bulan.

Menu yang murah dan berkhasiat ini sedap dimakan dengan nasi putih kosong panas-panas. Selain digoreng begitu sahaja, telur mata ini juga sesuai divariasikan dalam pelbagai hidangan. 

Kami kongsikan beberapa resepi ringkas yang mudah dan lazat untuk anda cuba, pasti membangkitkan selera makan dan makan menambah-nambah!

Telur mata sambal hijau

Bahan-bahan:

  • 15-20 biji cili padi hijau/merah (nak campur pun boleh)
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji telur ayam
  • Secubit garam
  • Gula sedikit saja (jika suka)

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Tumbuk semua bahan diatas sehingga lumat kasar. Tak perlu halus sangat. 
  2. Tumiskan dan masak sehingga sedikit garing. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Kemudian pecahkan telur ke atasnya dan tunggu sehingga masak.

Nak pecahkan telur, lebih baik pecahkan terlebih dahulu dalam bekas lain sebab takut telur yang dipecah adalah telur tembelang.

Ikut citarasa masing-masing sama ada mahu telur kuning masak atau cair. Jika mahu berkuah, boleh tambah sedikit air. 

Masak sambal tumis

Bahan-bahan:
  • 500 gram udang, atau 4 biji telur goreng mata
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar gula perang
  • ½ sudu besar garam
  • ½ sudu besar pes asam jawa
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 7 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak yang banyak sesuai dengan bahan tumis. Tumis bahan kisar sehingga benar benar masak dan terbit minyak.
  2. Setelah terbit minyak, masukkan gula perang dan kacau rata sehingga warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. 
  3. Masukkan sedikit air, pes asam jawa dan garam. 
  4. Setelah sambal dimasak cantik, masukkan telur mata  dan gaul rata.
  5. Siap untuk dihidang.

Proses menumis agak lama. Bila dah terbit minyak, masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak sekali lagi. Barulah sambal dimasak dengan baik dan tahan lama.

Telur mata masak kicap

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 3 atau 4 biji telur
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • Beberapa cili merah atau cili hijau
  • 1 biji tomato (dipotong baji)
  • Kicap lemak manis
  • Sedikit sos tiram

Cara penyediaan: 

  1. Telur mata kerbau yang telah digoreng terlebih dahulu. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  3. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih sehingga sebati.
  4. Masukkan kicap lemak manis sedikit demi sedikit berserta sos tiram.
  5. Masak sehingga mendidih, masukkan tomato dan cili api yang siap dipotong.
  6. Tutup api. Curahkan kuah ke atas telur mata kerbau.
  7. Siap untuk dihidang.

Kelebihan Mengambil Telur Mata

Telur mata atau telur mata kerbau adalah satu hidangan ringkas yang berasaskan telur. Ia biasanya digoreng dengan sedikit minyak dan masa menggoreng tidaklah terlalu lama kerana ingin mendapatkan hasil gorengan yang lembut. Berikut adalah beberapa kelebihan mengambil telur mata:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Sihat dan berkhasiat: Telur mengandungi tinggi protein yang dapat membantu memberikan rasa kenyang.
  2. Menyokong pola pemakanan yang baik: Telur setengah masak kaya akan nutrisi
  3. Baik untuk kesihatan: Telur mengandungi lemak baik untuk kesihatan dan dapat menstabilkan kadar kolesterol darah sehingga mampu mencegah risiko timbulnya penyakit serius.
  4. Menguatkan otot: Kandungan protein yang ada pada telur dapat meningkatkan otot secara perlahan-lahan
  5. Memudahkan proses untuk tidur: Telur merupakan makanan yang tinggi tryptophan yang dapat membantu otak mengeluarkan melatonin – hormon tidur
  6. Baik untuk rambut dan kuku: Telur memiliki manfaat untuk rambut dan kuku kerana ia memiliki sumber vitamin D yang tinggi
  7. Membantu menjaga kesihatan mata: Telur mengandungi lutein dan zeaxanthin yang dapat membantu menjaga kesihatan mata
  8. Menurunkan risiko kanser: Telur mengandungi antioksidan yang tinggi dan dapat membantu menurunkan risiko kanser
  9. Baik untuk kesihatan tulang dan gigi: Telur mengandungi vitamin D yang tinggi dan dapat membantu menjaga kesihatan tulang dan gigi
  10. Meningkatkan daya ingatan: Telur mengandungi kolin yang dapat membantu meningkatkan daya ingatan
     

Dengan demikian, mengambil telur mata kerbau dapat memberikan banyak manfaat bagi kesihatan dan kecantikan tubuh.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Variasi Resepi Sambal Belacan Yang Boleh Anda Cuba, Yang Pasti Kick Dan Mudah Dibuat!

Baca juga: 8 Resepi Sambal Yang Mudah & Cukup Menyelerakan, Belum Cuba Lagi Dah Kecur Air Liur!

Baca juga: Idea Masakan Serta Menu Berasaskan Ayam Untuk Anak 2 Tahun, Sedap & Tinggi Protein

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah