Bagus Untuk Mata, Ini Rupanya Khasiat Tembikai Susu Untuk Kesihatan Tubuh Badan Yang Ramai Tak Tahu!

Tembikai susu bukan sahaja lazat malah kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan yang ramai tak tahu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tembikai susu atau honey dew mungkin tidaklah sepopular buah tembikai merah, tetapi antara buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana sedap dimakan begitu sahaja. 

Isinya berwarna putih, mempunyai banyak biji dan buahnya berbau harum. Bukan sahaja rasanya rangup, juicy, dan manis, malah tembikai susu kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan.

Antara nutrisi penting di dalamnya adalah folat, magnesium dan kalium. Selain itu, buah tembikai susu turut tinggi dengan kandungan antioksida, beta karotin dan asid kafeik.

Khasiat tembikai susu, boleh buat kulit jadi cantik 

Buah tembikai susu memiliki rasa yang tidak terlalu manis seperti buah tembikai merah dan memiliki kandungan kalorinya yang rendah menjadikannya sesuai dimakan oleh semua peringkat umur.

Antara khasiatnya untuk kesihatan tubuh badan adalah:

1. Mencantikkan kulit

Nak awet muda? Makan sepotong buah tembikai susu secara konsisten. Ini kerana buah ini kaya dengan antioksidan kerana memiliki kandungan vitamin C yang tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia dapat mencegah kerosakan sel dalam kulit yang disebabkan radikal bebas dan meningkatkan penghasilan kolagen pada kulit.

2. Baik untuk kesihatan mata

Selain itu, buah-buahan tempatan ini juga baik untuk kesihatan mata kerana mengandungi sejenis antioksida iaitu zeaxantin dan lutein.

Fungsinya adalah untuk menjaga kesihatan dan saraf mata daripada rosak.

3. Membuatkan rasa kenyang lebih lama

Tembikai susu mengandungi kandungan serat tinggi yang membuatkan anda rasa kenyang lebih lama. Ia juga buah pilihan yang sesuai untuk mereka yang sedang berdiet.

Caranya, ambil dahulu sepotong buah tembikai susu sebelum makan untuk mengurangkan portion dalam makanan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Mengembalikan elektrolit

Buah tembikai susu mengandungi kandungan air dan elekrolit yang tinggi seperti kalium yang boleh mengembalikan keseimbangan elektrolit yang diperlukan tubuh badan setelah seharian penat bekerja.

5. Menguatkan tulang 

Kekurangan mineral seperti kalsium, vitamin K dan D akan membuatkan tulang rapuh atau dikenali sebagai penyakit osteoporosis.

Oleh itu, kandungan vitamin K yang terdapat di dalamnya meningkatkan penghasilan protein yang baik untuk pembentukan tulang yang sihat.

6. Mengawal tekanan darah dan paras gula

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buah tembikai susu mengandungi kandungan kalium yang tinggi untuk mengurangkan paras tekanan darah yangmenyebabkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi akan menjadikan risiko salur darah pecah dan risiko serangan angin ahmar. 

Kandungan vitamin C yang tinggi membantu mengaktifkan sel darah putih kepada tubuh badan untuk melawan virus, bakteria dan patogen asing yang menyerang tubuh badan.

Sementara, serat yang terdapat dalam buah ini mampu mengawal kenaikan paras gula di dalam darah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Melancarkan sistem pencernaan

Jika anda sering sembelit, makanlah tembikai susu kerana ia kaya dengan sumber serat yang menggalakkan proses peristalsis iaitu pergerakan usus dalam perut supaya mengelakkan masalah sukar membuang air besar.

Biasanya, masalah ini terjadi disebabkan kekurangan air atau serat di dalam badan. 

Cara memilih tembikai susu yang terbaik 

Sebelum membeli buah tembikai susu, cuba beberapa tips yang kami kongsikan di bawah untuk mendapatkan buah yang sudah masak, juicy dan tidak tawar. 

Antara tipsnya:
  • Jangan pilih kulit yang licin bersih. Lagi banyak garisan coklat dan kulit yang buruk lagi bagus dan elok manisnya.
  • Pilih kulit yang berwarna kuning berbanding putih
  • Bandingkan antara berat buah dengan saiznya. Biar saiznya kecil tetapi berat kerana lebih juicy.
  • Goncang buah dan dengar jika ada bunyi biji jatuh atau berlaga. Jika ada, maksudnya buah dah cukup masak.
  • Jangan pilih tangkai yang masih hijau, tetapi pilih tangkai yang kering menunjukkan buah sudah masak ranum.
  • Paling senang, hidu sahaja. Jika buah dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda atau belum masak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kebaikan Epal Hijau Bukan Saja Bagus Untuk Elak Penyakit, Boleh Kurangkan Berat!

Baca juga: Khasiat Buah Tembikai Untuk Ibu Hamil, Ia Menjadikan Bayi Bakal Lahir Cantik & Bijak!

Baca juga: Manfaat Jambu Batu Untuk Ibu Hamil, Bantu Tambah Darah & Jaga Sistem Saraf Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah