Tidak seperti zaman dahulu, kini kebanyakan isteri perlu bersama-sama suami keluar mencari rezeki untuk memenuhi keperluan keluarga. Sedar ataupun tidak, perhubungan di tempat kerja turut berupaya menyebakan keretakan rumah tangga.
Mungkin bagi anda yang sudah biasa bergurau senda dan sering keep in touch melalui Whatsapp atau media sosial, tidak menjadi suatu masalah. Namun jika salah satu pihak bertindak berlebihan, ia boleh menjadi ‘barah’ sehingga berlakunya perceraian.
Tempat kerja juga mampu menjejaskan kebahagiaan rumah tangga
Menurut perkongsian menarik oleh seseorang yang menggunakan nama ‘The Man With The Golden Gun’ di lama IIUM Confession, sudah hampir 6 tahun dirinya bekerja dalam industri.
Sengaja aku tidak nyatakan dalam industri mana. Tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan yang lain dalam bidang kerjaya.
Mulanya nak guna perkataan ‘ikhtilat’, tetapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah atau mungkin pelajar UIA. Bergurau, jangan marah.
Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.
Sering kita baca berita mengenai pergaulan bebas dalam kalangan remaja atau pelajar. Tapi rasanya jarang kita dengar teguran mengenai pergaulan bebas di tempat kerja melibatkan mereka yang sudah bergelar suami atau isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.
Bergurau keterlaluan antara lelaki dan perempuan di tempat kerja
Benda ni adalah sangat biasa. Bergurau, gelak tawa bersama dan yang paling aku tidak berkenan sampai tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitahu, aku juga lelaki normal. Maksudnya adalah juga nafsu bila bergurau sebab rasa seronok.
Tapi nafsu itu kalau dirai dan dilayan, memang akan merosakkan.
Aku dah berkahwin dan sudah tentu kalau ada lelaki lain cuba-cuba bergurau dengan isteri sendiri, memang aku tak suka. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh rakan-rakannya di tempat kerja.
Mungkin kumpulan senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata untuk mengambil berat. Yang ni mungkin tidak keterlaluan.
Budaya suka bercakap mengenai hal-hal dalam kain tanpa segan di tempat kerja
Keterlaluan yang dimaksudkan ialah apabila gurauan itu melebihi garisan merah. Contohnya tanpa rasa malu bercakap tentang hal dalam bilik, dalam kain dan malam jumaat antara lelaki dan wanita.
Masing-masing sudah jadi suami dan isteri orang, pandai-pandailah jaga maruah pasangan.
Tidak cukup dengan itu, aku juga kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalunya dinner) sebab menggalakkan lagi pergaulan ini. Masa inilah bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya kerana majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial.
Memang akan ada tiba-tiba yang jadi miang, tidak kira lelaki ataupun wanita. Waktu ini juga masing-masing akan pakai baju cantik-cantik.
Kewujudan kumpulan Whatsapp bagi ahli keseluruhan syarikat dan jabatan yang tertentu juga sedikit sebanyak membuka peluang untuk suami atau isteri orang bergurau.
Tak cukup di tempat kerja, mereka akan sambung di Whatsapp pula. Ada juga wanita yang suka menghantar gambar selfie dalam kumpulan kerja.
Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) aku kenal, malam-malam dia tidak layan media sosial kerana suaminya tidak mengizinkan. Itu satu langkah yang sangat wajar.
Islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Jangan kerana anda berfikiran maju dan terbuka, membolehkan segalanya berlaku melebihi batas sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Kesimpulannya, jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Bagi yang belum, apatah lagi. Ingat ya! banyak berlaku kes-kes curang di tempat kerja malah sampai sampai berzina.
Sumber: IIUM Confession
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bila Rumah Tangga Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha