Mungkin ada yang terfikir, Kuala Lumpur ni hanya bandar dan tiada tempat menarik selain pusat beli-belah. Salah tu, banyak je tempat menarik di KL. Jom kami kongsikan 35 tempat menarik di Kuala Lumpur!
Tempat Menarik Di KL Untuk Keluarga
1. Taman KLCC/ KLCC Park
Alamat: KLCC, Lot No. 241, Level 2, Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Taman KLCC, atau KLCC Park, adalah taman awam yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Menara Berkembar Petronas. Ia adalah destinasi popular untuk keluarga dan kanak-kanak kerana pelbagai kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan.
Malah, anda juga dapat menikmati pemandangan bangunan KLCC yang sungguh memukau dengan jarak lebih dekat. Di sini ada kolam kanak-kanak secara percuma, trek joging dan juga taman permainan yang agak besar. Jadi pastikan bawa pakaian tambahn jika datang ke sini ya!
Parking Taman KLCC atau KLCC park yang kami sarankan adalah bersebelah ExxonMobil Tower kerana harganya lebih murah berbanding dalam mall Suria KLCC.
2. Menara Kuala Lumpur
Alamat: 2 Jalan Punchak, Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur (Menara KL) ialah sebuah menara komunikasi yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Menara KL mempunyai pelbagai tarikan yang menarik untuk keluarga dan kanak-kanak. Berikut adalah beberapa tarikan utama di Menara Kuala Lumpur seperti Observation Deck, Sky Deck dan Sky Box, Atmosphere 360 dan KL Tower Mini Zoo.
3. Taman Rama-Rama KL (Kuala Lumpur Butterfly Park)
Alamat: Jalan Cenderawasih, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur
Taman Rama-Rama Kuala Lumpur adalah salah satu tarikan yang menarik di Kuala Lumpur, terletak bersebelahan dengan Taman Tasik Perdana dan Taman Burung Kuala Lumpur.
Dengan bayaran tiket RM30, Butterfly Park KL ini menjadi destinasi yang menarik untuk keluarga dan kanak-kanak, terutama bagi mereka yang mencintai alam semula jadi.
4. Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery
Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery menawarkan pelbagai tema melalui enam galeri tetapnya: Galeri Kanak-Kanak, Galeri Bank Negara Malaysia, Galeri Ekonomi, Galeri Kewangan Islam, Galeri Numismatik, dan Galeri Seni.
Galeri-galeri ini meneroka ekonomi Malaysia, peranan Bank dalam pembangunan ekonomi negara, dan landskap kewangan sejak sebelum kemerdekaan hingga kini.
5. Taman Tema Berjaya Times Square
Alamat: No. 09-103, 9th Floor, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur.
Laman Web: Berjaya Times Square Themepark
Merupakan taman tema indoor Kuala Lumpur ini terbesar di Malaysia. Bukan hanya permainan dan aktiviti untuk kanak-kanak, ia juga sesuai untuk keluarga atau penjaga.
Terdapat empat zon permainan berbeza iaitu Galaxy Station, Fantasi Garden, Virtual Reality dan Function Venue. Dibuka Isnin hingga Jumaat pukul 12 tengah hari hingga 8 malam manakala, hujung minggu dan cuti umum pada 11 pagi hingga 8 malam.
6. Petrosains, The Discovery Centre
Alamat: Petronas Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur.
Mahu membawa anak-anak meneroka dunia sains, mari berkunjung ke Petrosains. Pelbagai aktiviti menarik disediakan yang memerlukan mereka berfikir dan belajar perkara baharu.
Dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Untuk hari minggu, cuti sekolah dan cuti umum dilanjutkan hingga 6.30 petang. Tiket kanak-kanak RM7.50 manakala dewasa RM18.50.
7. Perpustakaan Kanak-Kanak
Alamat: 1, Jalan Raja, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Terletak di aras bawah Perpustakaan Kuala Lumpur. Ia menampilkan dekorasi menarik dan ceria serta terdapat ruang membaca untuk kanak-kanak. Suasana sebegini menaik minat mereka untuk menjadi ulat buku.
8. Superpark
Alamat: Unit 4-1, Level 4 Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Mahu mencuba aktiviti lasak, ini adalah tempatnya. Pelbagai aktiviti mencabar dan menarik untuk anak-anak seperti Superhoop, flying fox, kid’s gym, sliding mountain dan pelbagai lagi.
Beroperasi dari Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 7.30 petang. Tiket berhata RM45 untuk dewasa dan kanak-kanak. Bagi mengelakkan kesesakan, digalakkan membeli secara dalam talian.
9. Camp5 Eco City
Alamat: 4th Floor, KL Eco City Mall, No 3 Jalan Bangsar, 47 800 Kuala Lumpur.
Banyak cawangan di Malaysia dan salah satu di Eco City, Kuala Lumpur. Tempat ini sesuai untuk anak-anak aktif dan sukakan aktiviti lasak.
Turut disediakan pelatih selain mempunyai sistem keselamatan yang baik. Beroperasi setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. Untuk hari minggu dan cuti umum ditutup lebih awal jam 8 malam.
Tiket percuma untuk kanak-kanak manakala, dewasa RM36.
10. Central Market Kuala Lumpur (Pasar Seni)
Alamat Pasar Seni: Lot 3.04-3.06, Central Market Annexe, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur.
Jika anda mencari cenderahati yang murah, datanglah ke Central Market! Turut dikenali sebagai pusat seni, Central Market turut menjual hasil kraftangan masyarakat.
Untuk pengetahuan anda semua, anda boleh masuk secara percuma ke dalam kebanyakan tempat-tempat yang dicadangkan ini. Hah, rancang percutian anda hari ini ke Kuala Lumpur.
11. Aquaria KLCC
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Nikmati keindahan hidupan marin dengan mengunjungi tempat ini. Lebih 5,000 spesies yang ada di sini seperti piranha, kuda laut, jerung dan sebagainya.
Beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam dengan tiket berharga RM49 untuk dewasa dan kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun pula RM39.
12. Kampung Baru
Kampung Baru merupakan kampung terakhir yang terletak di tengah-tengah bangunan di kawasan Kuala Lumpur dan merupakan perkampungan Melayu tertua yang dibina pada zaman penjajahan British.
Selain bertemu dengan rumah tradisional Melayu, anda juga pelbagai jenis makanan khas Melayu seperti bubur lambuk, nasi lemak, ais kacang dan banyak lagi.
13. Taman Burung KL
Alamat: KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, Perdana Botanical Gardens, 50480 Kuala Lumpur.
Lokasi menarik membawa anak-anak mengenali lebih 200 spesies burung. Ia mempunyai empat zon berbeza dengan suasana nyaman dikelilingi pokok-pokok serta tumbuhan.
Beroperasi jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Harga tiket untuk dewasa RM25 manakala kanak-kanak pula RM12.
14. KL Hop On Hop Off
Nikmati keindahan malam di Kuala Lumpur bersama anak anda dengan menaiki bas bertingkat! Apa yang lebih menarik, tingkat atas bas ini juga tanpa bumbung dan anda boleh melihat suasana bandar dengan jelas sambil ditiup angin malam.
Tiket bagi dewasa RM25 dan kanak-kanak pula RM15 untuk perjalanan sekeliling Kuala Lumpur dari jam 8 malam hingga 10 malam.
Ia bermula dari Bukit Bintang dan melalui beberapa kawasan tarikan di Kuala Lumpur seperti River of Life, Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
15. Zoo Negara
Alamat: Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang
Dengan lebih daripada 400 spesies Mamalia seperti burung, reptilia, amfibia dan ikan, tempat ini memang sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga anda.
Menggunakan konsep terbuka, zoo ini memiliki keluasan lebih daripada 100 ekat tanah dan didedikasikan untuk pemuliharaan, rekreasi, pendidikan dan penyelidikan pelbagai jenis haiwan.
16. KidZania Kuala Lumpur
Alamat: KidZania Kuala Lumpur: Curve Nx, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Bagi yang berkeluarga, bawa anak anda datang ke bandar interaktif kecil ini. Kidzania yang terletak di Pusat Beli-Belah Curve NX ini pasti akan memberikan pengalaman baharu buat anak anda!
Tarikan-tarikan di bandar ini dibina khas bagi membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kebebasan, tanggungjawab dan keyakinan diri mereka.
Antara pengalaman yang anak anda boleh rasai di bandar kecil ini adalah menjadi bomba, saintis, juruterbang atau mana-mana peranan yang mereka minati.
17. Sunway Lagoon
Alamat: Sunway Lagoon: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Sunway Lagoon bukan sahaja sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga, namun ia turut menarik untuk dikunjungi bersama rakan-rakan anda!
Dengan lebih daripada 90 tarikan dan tunggangan, Sunway Lagoon menawarkan pengalaman bermain dengan gelongsor air, roller coaster, kapal lanun dan rumah berhantu.
Selain itu, taman tema ini turut menempatkan Taman Bertema Nickelodeon pertama di Asia, kolam luncur terbesar di dunia dan juga Taman Hidupan Liar yang menjadi habitat kepada lebih 150 spesies haiwan lain.
18. Batu Caves
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi gua batu kapur yang dijaga oleh monumen dewa Hindu, Dewa Murugan yang mempunyai ketinggian 42 meter.
Batu Caves merupakan antara tarikan yang wajib untuk anda lawati! Rasai pengalaman memanjat sebanyak 272 buah anak tangga berwarna-warni bersama monyet-monyet nakal!
Untuk peringatan, Batu Caves adalah tempat keagamaan. Jadi anda perlu berpakaian sopan seperti memakai seluar, skirt atau pakaian labuh di bawah lutut dan bahagian atas anda tidak terdedah.
19. Dataran Merdeka
Tak sah kalau tak datang ke Dataran Merdeka. Tapak ini merupakan tapak bersejarah Malaysia yang mana kemerdekaan negara ini diumumkan di Dataran Merdeka.
Untuk mempelajari lebih tentang Kuala Lumpur, kunjungi Galeri Bandar Raya Kuala Lumpur yang betul-betul terletak di bersebelahan dengan dataran ini.
Galeri ini menempatkan model bandar yang besar serta koleksi pameran yang mengagumkan dan inovatif.
20. Bangunan Sultan Abdul Samad
Lepas dah belajar tentang bandar Kuala Lumpur, anda boleh berkunjung pula ke monumen terpenting Malaysia, Bangunan Sultan Abdul Samad.
Terletak betul-betul di seberang jalan dari Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina sepenuhnya daripada bata dengan gerbang yang anggun.
Tak dilupakan, ia turut mempunyai menara jam yang kelihatan seperti Big Ben mini. Bangunan Sultan Abdul Samad telah dibina pada tahun 1897 dan direka bentuk oleh arkitek yang telah mereka bentuk Masjid Jamek.
21. River of Life, Masjid Jamek
Projek River of Life adalah inisiatif yang dilancarkaan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2012 yang mana projek ini mengubah suai kawasan Masjid Jamek KL menjadi tempat bergambar yang santai dan hidup pada waktu malam.
Antara tarikan yang anda boleh nikmati di sini termasuklah Air Pancut Simfoni Tarian dengan muzik dan kesan visual!
Untuk pengetahuan anda, The River of Life berjaya memasuki senarai Independent untuk ’10 Kawasan Persisiran Terbaik Dunia’ bersama tarikan popular lain di seluruh dunia seperti Shibuya Stream di Tokyo.
22. Planetarium Negara
Alamat: 53, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Planetarium Negara merupakan sebuah institusi pendidikan tidak formal dalam bidang Astronomi dan Sains Angkasa. Terletak di atas tanah seluas 14 ekar di dalam kawasan Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Seni binanya yang unik bercirikan seni bina Islam berinspirasikan pencapaian Astonomi dan Sains Angkasa semasa kegemilangan tamadun Islam.
23. Tugu Negara
Dengan ketinggian 15.5 meter, Tugu Negara dibina demi memperingati tentera yang gugur memperjuangkan kemerdekaan Malaysia.
Tugu ini merupakan antara satu tempat bersejarah yang paling penting di negara ini. Patung yang terdiri daripada tujuh orang tentera itu mewakili tujuh sifat kepimpinan iaitu perintah, perpaduan, keberanian, kekuatan, kewaspadaan, penderitaan dan pengorbanan.
Memang berbaloi untuk lawat tugu ni, tapi jangan lupa bawa payung atau pakai topi kalau anda berkunjung pada waktu siang kerana lokasi ini tiada tempat berteduh.
Alamat: Perdana Botanical Garden, Jln Parlimen, Kuala Lumpur City Centre, 50480 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
24. Golden Triangle
Terkenal sebagai hab komersial, membeli-belah dan hiburan Kuala Lumpur, Golden Traingle adalah tempat tiga jalan bergabung dan membentuk segi tiga.
Golden Triangle menjadi lokasi di mana bangunan pencakar langit menjulang tinggi, hotel bertaraf dunia serta koleksi pusat membeli-belah popular di KL seperti Pavilion Kuala Lumpur, Plaza Low Yat dan Berjaya Times Square.
Kalau anda mahu mencuci mata sambil membeli belah, Golden Triangle adalah tempat wajib untuk anda lawati!
25. Chinatown Kuala Lumpur
Terletak tidak jauh dari Pasar Seni, Chinatown atau juga dikenali sebagai Petaling Street adalah tempat terbaik untuk menyaksikan budaya, warisan dan sejarah bandar ini.
Terdapat banyak kafe dan restoran tempatan yang menyajikan hidangan seperti mee daging lembu, tart telur atau minuman kacang soya yang wajib anda rasa!
26. Bukit Bintang
Menjadi salah satu tempat paling popular di Kuala Lumpur, Bukit Bintang mempunyai kehidupan malam yang meriah dan menjadi pusat hiburan utama di Kuala Lumpur.
Tempat yang wajib dilawati oleh pelancong tempatan dan luar negara, Bukit Bintang menawarkan deretan kedai, restoran dan bar mewah.
27. Masjid Wilayah Persekutuan (The Federal Territory Mosque)
Masjid Wilayah Persekutuan, juga dikenali sebagai The Federal Territory Mosque, adalah salah satu masjid yang paling indah dan megah di Kuala Lumpur. Masjid ini terletak di Jalan Duta dan menawarkan pelbagai tarikan serta kemudahan untuk pengunjung.
Alamat: Anjung B, Wilayah Persekutuan, Jln Tuanku Abdul Halim, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
28. Taman Botani Perdana
Taman Botani Perdana, juga dikenali sebagai Taman Tasik Perdana atau Lake Gardens, adalah taman awam tertua di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1888.
Taman seluas 91.6 hektar ini menawarkan pelbagai tarikan termasuk taman herba, taman orkid, taman rusa, dan kolam teratai. Pengunjung boleh menikmati pemandangan yang indah, berkelah, berjalan-jalan atau berjoging. Taman ini juga mempunyai laluan berjalan kaki yang menghubungkan pelbagai kawasan tarikan di sekitar taman.
Alamat: Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
29. Taman Layang-Layang/ Taman Metropolitan Kepong
Taman Layang-Layang atau Taman Metropolitan Kepong adalah taman awam yang terkenal sebagai tempat bermain layang-layang.
Taman seluas 95 hektar ini mempunyai kawasan yang luas dan terbuka, sesuai untuk aktiviti keluarga seperti bermain layang-layang, berbasikal, berjoging, dan berkelah. Taman ini juga mempunyai tasik besar, taman permainan kanak-kanak, dan trek joging.
Alamat: Jalan Lingkaran Tengah 2, Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
30. KL Forest Eco Park
KL Forest Eco Park, dahulu dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nanas, adalah salah satu hutan simpan tertua di Malaysia yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Taman ini menawarkan pengalaman hutan tropika di bandar dengan pelbagai laluan berjalan kaki dan jambatan gantung yang menarik.
Pengunjung boleh menikmati keindahan alam semula jadi sambil belajar tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Ia juga berdekatan dengan Menara Kuala Lumpur, menjadikannya destinasi yang mudah diakses oleh pelancong.
Alamat: Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia.
31. Selfie Museum
Selfie Museum adalah muzium interaktif yang direka khas untuk peminat fotografi dan media sosial. Terletak di Kuala Lumpur, muzium ini menawarkan pelbagai bilik tema yang berwarna-warni dan unik, masing-masing dengan latar belakang yang kreatif untuk sesi bergambar.
Pengunjung boleh berselfie dan mengambil gambar yang menarik di pelbagai ruang pameran yang disediakan. Muzium ini adalah tempat yang sesuai untuk keluarga, kawan-kawan, dan sesiapa sahaja yang ingin mengabadikan kenangan melalui gambar.
Alamat: Fahrenheit88, 179, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
32. Skywalk FRIM
Skywalk FRIM, juga dikenali sebagai FRIM Canopy Walkway, adalah salah satu tarikan utama di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur.
Laluan kanopi ini memberikan pengalaman mendebarkan dengan berjalan di atas laluan gantung yang terletak di ketinggian 30 meter dari tanah.
Skywalk ini menawarkan pemandangan indah hutan tropika dan landskap sekitar dari perspektif yang unik. FRIM juga terkenal dengan pelbagai aktiviti luar seperti berjalan kaki, mendaki, berbasikal, dan meneroka alam semula jadi, menjadikannya destinasi yang sesuai untuk pencinta alam dan keluarga.
Alamat: Forest Research Institute Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor, Malaysia.
33. Jambatan Link Saloma/ Saloma Bridge
Lokasi Jambatan Saloma: Lorong Raja Muda Musa 3 (Sisi Kampung Baru) dan Jalan Saloma (Sisi KLCC-Ampang).
Bagaimana untuk sampai ke Jambatan Saloma?
Turun di Stesen LRT Kampung Baru untuk akses dari Kampung Baru. Jika dari KLCC, anda perlu berjalan kaki melalui Public Bank, belok kanan ke Jalan Saloma apabila anda melihat NZ Curry House. Berjalan lurus dan jambatan akan terlihat
Keseluruhan jambatan ini tidak panjang, hanya 69m tetapi sangat cantik dengan reka bentuk seni bina yang terinspirasi oleh Sireh Junjung.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Tempat Menarik Di Kuala Lumpur, Percuma Pula Tu, Boleh Bawa Keluarga Di Hujung Minggu!
Baca juga: 5 tempat menarik anda harus melawat bersama anak anda di Malaysia
Baca juga: 10 Tempat Menarik Di Melaka Yang Mungkin Jarang Anda Dengar, Tapi Berbaloi Untuk Dilawati!