Adakah Normal Terberak Semasa Bersalin? Usah Malu! Ini Penerangan Sebenar

Anda pasti takut dengan situasi terberak semasa bersalin jika anda bakal beranak, kan? Jangan risau, di sini ada panduan bagaimana anda boleh atasinya.

Ibu yang bakal bersalin tidak lama lagi pasti gementar dan takut menanti saat tiba masanya untuk beranak. Tapi ada satu lagi ketakutan yang diam-diam kita semua takut — terberak semasa bersalin.

Jika ini ialah proses bersalin pertama anda, pasti anda pernah mendengar nasihat tentang bahaya bayi termakan najis, kan? Tapi sebenarnya banyak saja ibu terberak semasa bersalin. Adakah ia satu perkara yang normal? Sebenarnya ya, dalam proses bersalin normal, anda boleh terberak.

Terberak semasa bersalin — adakah ia normal?

Adakah Normal Terberak Semasa Bersalin? Usah Malu! Ini Penerangan Sebenar

Kredit: Shutterstock

Ini kerana proses meneran merupakan teknik utama untuk mengeluarkan bayi dengan cepat. Dan proses meneran ini mampu membuatkan anda terberak semasa bersalin.

Dengar macam jijik dan memalukan saja. Tapi hakikatnya masalah ini normal dan ia sering terjadi. Jadi, anda tak perlu malu. Sebaliknya, anda perlu tahu mengapa kejadian ini boleh berlaku.

Mengapa ibu hamil boleh terberak ketika meneran?

Alasannya mudah saja. Otot-otot yang digunakan ibu semasa ingin meneran ialah otot pergerakan usus. Pergerakan ini sama seperti meneran ketika ingin buang air besar.

Satu lagi, ketika proses meneran, ibu akan mengalami tekanan pada usus besar dan rentum kerana berat bayi yang sedang “melalui” saluran peranakan. Ketika bayi bergerak untuk keluar, usus besar ibu akan tertekan. Ia sama seperti pergerakan ubat gigi. 

 

Jika usus besar ibu belum dikosongkan sebelum bersalin, tekanan bayi yang bergerak akan mendorong ibu terberak semasa bersalin. Hormon prostaglandin juga bertanggungjawab untuk insiden ini. Ia berfungsi untuk melakukan gerakan usus atau induksi secara semula jadi untuk membenarkan ibu bersalin. 

Sebab itu sebelum bersalin, ibu akan diminta untuk buang air besar terlebih dulu. Namun begitu, ini juga beberapa punca mengapa ada ibu terberak semasa bersalin:

1. Ia adalah hormon

Malangnya, ia mungkin salah satu daripada beberapa faktor yang menyebabkan anda ingin membuang air besar pada saat yang sangat penting semasa proses bersalin. Tiada apa yang boleh dilakukan apabila melibatkan hormon.

Pembebasan hormon prostaglandin sebenarnya membantu mematangkan serviks anda untuk bersalin. Jadi, anda boleh berterima kasih kepada hormon ini selepas bayi anda keluar.

2. Kedudukan bayi anda

Sama seperti bagaimana bayi anda menekan pundi kencing anda dan menyebabkan anda kencing, mereka juga boleh menekan kolon dan saraf sakral anda, membuatkan anda ingin membuang air besar.

Selalunya ini berlaku apabila mereka berada dalam kedudukan posterior oksipital, atau lebih suka dirujuk sebagai kedudukan “muka ke atas” atau “sisi ke atas”. Ini bermakna punggung mereka bersandar pada tulang belakang anda. Jadi, kepala mereka menekan kolon anda.

Malangnya, tiada cara untuk mengalihkan kedudukan bayi anda dari kedudukan posterior oksipital (occipital posterior) ke kedudukan anterior oksipital (occipital anterior). Jadi, anda hanya boleh bertabah sahaja.

3. Anda meneran bayi dan najis

Seperti yang anda mungkin telah lihat dalam banyak filem, wanita hamil akan diminta untuk meneran apabila mereka sudah bersedia untuk bersalin.

Dan anda akan mendapati OB atau jururawat anda memberitahu anda untuk meneran seperti yang anda lakukan semasa anda membuang air besar kerana ia adalah gerakan yang sama apabila anda cuba menolak bayi anda keluar.

Malangnya, apabila anda melakukan ini ia memang sama seperti anda membuang air besar. Lantas akan menyebabkan anda akan membuang air besar. Tetapi, perkara yang baik adalah tiada siapa yang akan menilai anda untuk itu. Doktor dan jururawat pernah melihat perkara yang lebih teruk atau dahsyat berbanding situasi anda. Najis anda tidak akan mengejutkan mereka.

Apa untuk mengelak ibu terberak semasa bersalin?

Oleh sebab kita tidak dapat mengagak bila kotoran atau najis itu akan keluar, maka kita tidak dapat mengelak insiden ini. Namun, ada juga beberapa cara yang boleh mengelak kejadian ini daripada berlaku. Antaranya ialah:

#1 Makan ubat enema

Beberapa tahun lalu, wanita yang ingin bersalin akan diberi ubat enema untuk membersihkan usus besar ketika bakal bersalin. Ia bertujuan untuk mencegah keluarnya najis secara spontan semasa bersalin. Namun, kajian mendapati enema tidak terlalu membantu. Enema pula dikatakan mampu meningkatkan risiko jangkitan dan prosedur yang menimbulkan rasa sakit.

#2 Pergi ke tandas lebih awal

terberak semasa bersalin, terberak masa bersalin, keluar najis ketika bersalin, najis keluar ketika bersalin, bayi tertelan najis, bayi termakan najis

Jika boleh, ibu patut pergi ke atas ketika melihat tanda-tanda bakal bersalin. Jika ibu sudah di hospital, cuba minta bantuan jururawat. Untuk mengelak sembelit, ibu sepatutnya memperbanyakkan minum air dan makan serat semasa kehamilan. 

#3 Elak makan berat sebelum bersalin

Sebelum bersalin atau sudah menghampiri bukaan bersalin, elak makan makanan yang terlalu berat. Anda digalakkan untuk makan makanan yang memberi tenaga tapi tidak membuatkan anda rasa ingin berak. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Menurut pakar, ibu jangan risau jika terberak semasa bersalin. Pakar dan bidan yang selalu menangani proses bersalin sudah biasa dengan keadaan ini.

Mereka akan sentiasa peka dengan situasi ibu. Jika bayi sudah dilahirkan, jururawat akan segera menyeka dan membersihkan baik. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Berapa Lama Masa Yang Normal Untuk Meneran? Bilakah Ibu Patut Bimbang? Ini Jawapannya

Baca juga: Baju Bayi Newborn: Jangan Pilih Yang Comel Saja, Penting Pilih Yang SELESA!

Baca juga: 6 Resepi Sandwich Untuk Ibu Berpantang Yang Sedap & Mengenyangkan, Bantu Turunkan Berat Badan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!