Bahaya Posisi Tidur Terlentang Bagi Ibu Hamil, Ia Boleh Menyebabkan Bayi Lahir Mati

Tidur terlentang bagi ibu hamil dikatakan menjadi punca kepada kehilangan bayi dalam kandungan. Ketahui lebih lanjut dengan penjelasan daripada pakar ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika mengandung, kebanyakan ibu akan mengalami banyak perubahan pada diri disebabkan oleh pembawakan budak. Ada yang selera makan bertambah dan ada juga berasa ingin kerap tidur ketika siang. Namun tahukah anda akan bahaya posisi tidur terlentang bagi ibu hamil?

Seiring dengan peningkatan usia kehamilan, anda mungkin menyedari bahawa bahagian perut semakin membesar. Sesetengah ibu akan mengadu rasa sakit belakang yang agak teruk apabila tiba waktu tidur malam terutamanya ketika berada trimester ketiga.

Kesan bahaya tidur terlentang bagi ibu hamil, boleh menyebabkan kematian bayi ketika lahir

Apabila merujuk kepada doktor, mereka mungkin menyarankan anda untuk mengamalkan posisi tidur dengan betul. Hal ini kerana tidur terlentang bagi ibu hamil bukan sahaja boleh menyebabkan sakit pada bahagian belakang, tetapi boleh membahayakan janin dalam kandungan.

Manakala menurut Dr. Loiuse O’Brien dari Sleep Disorder Center di University of Michigan, tidur menelentang berupaya meningkatkan risiko kelahiran bayi dengan kekurangan berat badan pada kadar 5 kali ganda lebih rendah sehingga membawa kepada kematian.

Hal ini kerana tekanan uterus pada vena kava inferior boleh menyebabkan pengurangan pada isian venus dan keluaran jantung. Hasil kajian ini mendapati bahawa  sebanyak ¼ kematian ketika lahir dapat dielakkan dengan memperbaiki cara tidur ketika hamil.

Kajian mengenai kelahiran mati disebabkan oleh posisi tidur terlentang bagi ibu hamil

Seorang pakar neonatal dari Royal Prince Alfred Hospital di Sydney, Dr Adrienne Gordon melalui kajian Sydney Stillbirth Study telah melibatkan seramai 295 wanita daripada lapan buah hospital sekitar Australia.

Kajian selama 5 tahun ini mendapati ibu mengandung tidur menelentang meningkatkan risiko sebanyak 6 kali ganda terhadap kelahiran mati yang dipercayai disebabkan oleh cara tidur menyekat aliran darah kepada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada tahun 2011 pula, satu kajian yang memfokuskan terhadap tabiat tidur seramai 155 ibu hamil telah dilakukan di Auckland, New Zealand oleh sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Dr. Tomasina Stacey.

Antara salah satu hasil kajian ini menunjukkan wanita yang tidur menelentang mempunyai risiko kematian ketika lahir lebih tinggi berbanding mereka yang tidur sisi atau mengiring.

Risiko tidur menelentang menurut pakar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Donna Arand, Pengarah Klinial, Kettering Sleep Disorder Center, Ohio

  • Uterus memberati spina, otot belakang, usus dan saluran darah utama menyebabkan lenguh dan kesakitan pada otot, hemorrhoids dan gangguan pada peredaran darah yang juga menyebabkan ketidakselesaan pada wanita serta mengurangkan peredaran darah kepada bayi.
  • Tekanan darah turun serta merta mengakibatkan pening kepala, manakala laporan lain menunjukkan peningkatan tekanan darah.
  • Menyebabkan berdengkur dan bersama peningkatan berat badan, ia boleh mengakibatkan sleep apnea.

#2. Glade B. Curtis (American College of Obstetricians and Gynecologists) dan Judith Schuler (Consumer and Family Studies), pengarang buku bersiri Your Pregnancy

  • Mendatangkan masalah sakit belakang, pernafasan, sistem penghadaman, hemorrhoids, tekanan darah rendah dan pengurangan edaran darah kepada jantung ibu serta bayi.
  • Semuanya disebabkan oleh abdomen yang menekan usus dan saluran darah utama (aorta dan vena cava).

#3. Vera Stucky, Pakar Obstetrik di Pusat Kesihatan San Diego, University of California

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Uterus yang membesar menekan vena kava inferior mengakibatkan tekanan darah rendah, memburukkan lagi keadaan ginjal dan tekanan darah tinggi, menyumbang kepada hemorrhoids, vena varikos dan edema.

#4. George Verrilli, Pakar Obstetrik di Rhinebeck, New York.

  • Pada kes-kes terpencil, ia menyekat oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh bayi. Namun, simptom tekanan darah rendah akan menyebabkan ibu hamil tidur berdengkur sebelum dapat memberi kesan kepada bayi.
  • Juga, jika bayi rasa tidak selesa, dia akan menendang menyebabkan ibu terjaga dan menukar posisi tidur.

Posisi tidur terbaik dan selamat bagi ibu mengandung adalah secara mengiring

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dr. Arand mencadangkan tidur sisi sebagai posisi terbaik. Posisi ini memberi manfaat kepada bayi dengan memperbaiki aliran darah serta nutrien ke plasenta.

Ia juga membantu ginjal menyingkirkan bahan terbuang dan cecair dalam badan dengan lebih berkesan, dan seterusnya mengurangkan bengkak pada buku lali, kaki dan tangan.

Dr. Curtis juga mencadangkan posisi sama serta menambah supaya tidur dengan kaki bengkok dan meletakkan bantal di antara dua kaki. Jika terasa kurang selesa, kerapkan bertukar posisi daripada sisi kanan kepada sisi kiri dan sebaliknya.

Kajian oleh Dr. Stacey juga mendapati wanita hamil yang tidak mengamalkan posisi tidur sisi kiri pada hari terakhir sebelum melahirkan meningkatkan risiko kematian dua kali ganda berbanding mereka yang tidak mengamalkan tidur sisi kiri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Normalkah Ibu Hamil Kerap Berasa Mengantuk & Tidur Lama Ketika Waktu Siang?

Baca juga: Ibu, Pastikan Anda Tidur Secara Mengiring Agar Kandungan Sentiasa Kekal Selamat & Sihat

Baca juga: Selalu Mimpi Mengarut Ketika Mengandung? Ibu, Sila Semak ‘Makna’ Di Sebaliknya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan