Tilam Sememangnya Faktor Penting Menjamin Tidur Lena Anak, Ibu Patut Pilih Jenama Baby Mattress Ini Untuk Realisasinya

Tilam Sememangnya Faktor Penting Menjamin Tidur Lena Anak, Ibu Patut Pilih Jenama Baby Mattress Ini Untuk Realisasinya

Bayi memerlukan tidur yang selesa dan berkualiti bagi perkembangan yang baik. Tak salah untuk parents melabur untuk baby mattress yang bagus!

Setiap parents mahukan si manja mendapatkan tidur yang berkualiti dan selesa yang sangat penting untuk tumbesaran fizikal dan perkembangan emosinya. Selain persekitaran yang selamat, baby mattress berkualiti juga sangat bagus untuk keselesaan yang bukan sahaja baik untuk anak, tetapi ibu ayah juga akan terkesan untuk mendapat tidur yang cukup!

Bagaimana Memilih Baby Mattress Yang Terbaik?

tilam terbaik

Bagi baby mattress, sebaik-baiknya gunakan tilam paling bagus dengan ukuran sesuai untuk tempat tidur dan tidak mempunyai jurang yang boleh membahayakan bayi.

Ada sesetengah ibu ayah terlepas pandang dalam pemilihan tilam bayi yang selamat, yang mana ia haruslah tidak terlalu keras atau terlalu lembut. Ini kerana tilam yang terlalu lembut meningkatkan risiko mati lemas atau sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS).

Selain itu, baby mattress yang bagus haruslah ada ciri-ciri berikut:

1. Keselesaan

Lembut tidak bermakna selesa ya, jadi pastikan tilam itu selesa dan selamat.

2. Kualiti

Pastikan baby mattress tidak mudah rosak, terlalu nipis atau diperbuat dari bahan bertoksik!

3. Saiz

Yang sesuai dengan katil bayi, jadi pastikan parents semak ukuran katil dan tilam sebelum membuat pembelian.

8 Baby Mattress Yang Terbaik di Pasaran

Bagi membantu anda, kami senaraikan beberapa pilihan baby mattress yang terbaik dan selamat untuk si manja. Klik saja pada pautan untuk membuat pembelian ya!

Tilam Bayi Terbaik
GETHA Baby Good Latex Mattress 
Tilam Bayi Terbaik Sistem Pengudaraan Semula Jadi
more info icon Beli di Lazada
Aussie Sleep Baby Love
Tilam Bayi Terbaik 100% Daripada Serat Kelapa
more info icon Beli di Lazada
Bumble Bee - Latex Playpen Mattress
Tilam Bayi Terbaik Bebas Dari Bahan Kimia
more info icon Beli di Lazada
DreamPillow Tricot Baby Mattress 
Tilam Bayi Terbaik Fabrik Tricot Berkualiti Tinggi
more info icon Beli di Shopee
Baby Kimdom Playpen Mattress
Tilam Bayi Terbaik Muat Di Dalam Playpen
more info icon Beli di Shopee
Sunpillo 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress
Tilam Bayi Terbaik Cukup Lembut
more info icon Beli di Shopee
Comfy Baby Purotex Travel Mattress Set
Tilam Bayi Terbaik Mudah Bawa Travel 
more info icon Beli di Shopee
Ikea Pluttig Baby Foam Mattress
Tilam Bayi Terbaik Boleh Balik
more info icon Beli di Shopee

GETHA Baby Good Latex Mattress

Terbaik Sistem Pengudaraan Semula Jadi

tilam bayi

Tilam bayi GETHA mempunyai ratusan lubang yang membuatkan sistem pengudaraan semula jadi dengan unit takungan udara yang memastikan aliran udara segar yang berterusan.

Ini membolehkan haba dan kelembapan badan hilang sepanjang tidur, memberikan kesegaran dan keselesaan maksima pada waktu malam.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Secara semula jadi sesuai dengan kelengkungan badan, memberikan sokongan anatomi untuk kepala, leher, bahu dan tulang belakang.
  • Kurang gangguan tidur.

Kualiti 

  • Tidak beracun
  • Hypoallergenic 
  • Sesuai untuk penghidap alergi dan asma.

Saiz

  • L 120 x W 60 x H 12 cm

Aussie Sleep Baby Love

Terbaik 100% Daripada Serat Kelapa

cara tidurkan anak

Tilam bayi buatan Malaysia ini istimewa kerana ia diperbuat 100% daripada serat kelapa, dengan fabrik tidak panas yang diimport.

Kami juga sukakannya kerana tilam ini anti debu dan mempunyai sistem ventilasi yang baik, membuatkan si manja dalam keadaan tidur yang terjamin dan pastinya selesa!

Tilam baby ini juga mudah dibersihkan kerana mempunyai alas kapas lembut yang boleh dicuci.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Baik untuk sokongan tulang belakang bayi dan kanak-kanak
  • Dibuat dengan bahan berkualiti memastikan banyak aliran udara untuk memastikan bayi sentiasa selesa sepanjang masa
  • Tilam dapat menyerap kebisingan

Kualiti

  • 100%  bahan semulajadi
  • Bahan serat kelapa berkualiti untuk memberikan pengudaraan yang baik
  • Selesa dan tahan lama

Saiz

  • Saiz S: 98X55cm
  • Saiz M: 115X60cm
  • Saiz L: 120X50cm
  • Saiz XL: 120X60cm

Bumble Bee – Latex Playpen Mattress

Terbaik Bebas Dari Bahan Kimia

Bumble Bee - Latex Playpen Mattress

Produk Bumble Bee Latex menggunakan teras getah berkualiti tinggi dari Getha, yang merupakan pengeluar tilam busa lateks semula jadi dan produk tempat tidur pemenang anugerah terkemuka di Malaysia.

Yang paling penting, produk ini bebas dari bahan kimia berbahaya. Sangat selamat untuk digunakan sebagai tilam baby anda!

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Ruang ventilasi yang baik
  • Membantu mencegah sesak nafas dan mengurangkan risiko SIDS

Kualiti

  • 100% lateks semula jadi yang berkualiti tinggi
  • Tidak Alergenik
  • Anti-Bakteria
  • Anti-Kulat

Saiz

  • Pelbagai

DreamPillow Tricot Baby Mattress

Terbaik Fabrik Tricot Berkualiti Tinggi

DreamPillow Tricot Baby Mattress

Tilam ini memberikan sokongan yang sangat baik, dengan ketegasan dan keselesaan tambahan. Ia sangat ringan, dan ini menjadikannya mudah dan senang untuk menukar cadar.

Foam banyak lapisan ini dilapisi dengan tilam kain tricot berkualiti tinggi dan bagus untuk bayi yang baru lahir hingga kanak-kanak berumur 5 tahun. 

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Ketebalan yang selesa untuk bayi
  • Sokongan yang baik

Kualiti

  • Fabrik tricot dengan pengudaraan yang baik
  • Ketebalan 3 inci
  • Memberi sokongan dan keselesaan

Saiz

  • 26" x 46" x 3" Inch (66cm x 117cm)

Baby Kimdom Playpen Mattress

Terbaik Muat Di Dalam Playpen

Baby Kimdom Playpen Mattress

Tilam bayi Baby Kimdom ini bukan sahaja diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat untuk bayi, ia juga mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

Ia boleh dimuatkan di dalam playpen dan boleh didapati dalam saiz yang berbeza jadi pastikan parents semak dahulu sebelum membuat pembelian ya.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Menyokong tulang belakang bayi
  • Sistem ventilasi yang baik

Kualiti

  • Material serat kelapa
  • Fabrik tricot

Saiz

  • 71cm (28") X 102cm (40") X 6cm (2") 
  • 71cm (28") X 102cm (40") X 7.6cm (3")

Sunpillo 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress

Terbaik Cukup Lembut

Sunpillo 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress

Tilam Sunpillo 2-in-1 ini menarik kerana ia bukan sahaja selesa, malah boleh dilipat menjadikan ia mudah disimpan dan sangat sesuai dibawa travel.

Sangat sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 3 bulan, tilam baby ini juga sangat selesa digunakan, tidak lembut yang boleh membahayakan bayi dan muat dengan serasi di dalam cot bayi.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Sangat selesa
  • Sesuai untuk bayi baru lahir
  • Mudah dibawa travel

Kualiti

  • Serat kelapa semula jadi dengan foam berkepadatan tinggi
  • Kain Damask sutera dan lembut (berlapis)

Saiz

  • 28" (71cm) x 40" (100cm) x 2" (5cm)

Comfy Baby Purotex Travel Mattress Set

Terbaik Mudah Bawa Travel 

Comfy Baby Purotex Travel Mattress Set

Set tilam Comfy Baby ini sangat sesuai buat keluarga yang sentiasa travel! Ia hadir dengan alas serat buluh yang boleh dicuci dan lapisan memory foam yang mengurangkan tekanan pada badan dan membentuk kedudukan badan yang memberi bayi tidur selesa.

Bahagian silang buluh dipenuhi dengan celahan dan lubang mikro yang mampu menyerap dan menguap peluh, memastikan material sentiasa terasa sejuk dan segar.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Sesuai untuk bayi yang aktif
  • Tidur yang lebih baik untuk bayi – Mengurangkan bagi kerap berpusing sebanyak 80%
  • Menyokong postur dan peredaran darah

Kualiti

  • Bahan semulajadi
  • Kalis air
  • Bebas daripada kepekatan bahan berbahaya yang boleh mendatangkan ancaman kepada kesihatan
  • Dirawat 100% Probiotik Semula jadi
  • Perlindungan daripada Alergi Tungau Debu

Saiz

  • Tilam: 24 “x 48" x 1.2 “
  • Baby Bolster x 2 : 16 “x 4"
  • Bantal Bayi: 24 x 40 x 3.5 cm

Ikea Pluttig Baby Foam Mattress

Terbaik Boleh Balik

Ikea Pluttig Baby Foam Mattress

Tilam bayi keluaran IKEA ini mempunyai permukaan yang rata dan lembut pada kedua-dua belah, anda boleh membalikkannya dengan mudah jika anda mahu. 

Ia mempunyai ketebalan 5cm menjadikan ia sangat selesa digunakan untuk bayi yang baru lahir. Malah, Ikea mattress ini juga diperbuat daripada 100% polipropilena yakni selamat, mampan dan bebas daripada bahan kimia berbahaya!

Jika ibu ayah belum mendapatkan katil bayi, apa kata anda padankan tilam baby ini sekali dengan katil bayi IKEA.

Apa yang kami suka?

Keselesaan

  • Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berusia 3 tahun
  • 100% bahan polipropilena
  • Sangat selesa
  • Boleh guna kedua-dua belah tilam
  • Sarung boleh ditanggalkan

Kualiti

  • Telah diuji mengikut standard keselamatan yang ketat
  • Bebas daripada bahan kimia berbahaya
  • Diperbuat daripada kain bukan tenunan
  • Bahan kalis api seperti penghalang gentian

Saiz

  • 22" x 47.2" x 5" Inch (60cm x 120cm)

Perbandingan Harga Baby Mattress Terbaik

Jenama Saiz (inci) Harga (RM)
GETHA Baby Good Latex Mattress
  • 47 x 24 x 5
RM602.10
Aussie Sleep Baby Love
  • 39 x 22
  • 45 x 24
  • 47 x 20
  • 47 x 24
RM188.00
Bumble Bee – Latex Playpen Mattress
  • 26 x 38 x 1
  • 28 x 41 x 1
  • 28 x 41 x 2
RM135.00
DreamPillow Tricot Baby Mattress
  • 26 x 46 x 3
RM51.57
Baby Kimdom Playpen Mattress
  • 28 x 40 x 2
  • 28 x 40 x 3
RM118.70 – 152.00
Sunpillo 2-in-1 Foldable Baby Playpen Mattress
  • 28 x 40 x 2
RM92.00
Comfy Baby Purotex Travel Mattress Set
  • 24 x 48 x 1.2 
RM231.00
Ikea Pluttig Baby Foam Mattress 
  • 22 x 47.2 x 5
RM105.00

Jenis Baby Mattress

Tilam Sememangnya Faktor Penting Menjamin Tidur Lena Anak, Ibu Patut Pilih Jenama Baby Mattress Ini Untuk Realisasinya

Untuk mula memilih baby mattress yang sesuai untuk bayi  anda, anda perlu mengetahui jenis tilam yang kini ditawarkan di pasaran selain model yang bersesuaian mengikut jenis katil di rumah anda.

1. Tilam innerspring

Innerspring atau lebih dikenali sebagai tilam gelung anjal adalah model yang paling biasa dibeli oleh kebanyakan pengguna. Produk ini biasanya dibuat menggunakan sistem sokongan gegelung keluli yang mana disambungkan ke dalam satu unit. Kebiasaannya, apabila bilangan gegelung meningkat, kualiti tidur yang dialami juga adalah lebih tinggi.

2. Tilam lateks

Sejak kebelakangan ini, tilam lateks menjadi semakin popular kerana ia dihasilkan menggunakan sumber semula jadi. Malah, dari segi harga pula ia juga mempunyai nilai yang berpatutan dan menampilkan ketahanan yang anda perlukan untuk memanfaatkan sepenuhnya kos pembelian tilam anda.

Secara umumnya, tilam lateks semula jadi mempunyai ketahanan selama 10 hingga 20 tahun yang mana ia jauh lebih lama daripada tilam biasa anda.

Selain itu, penghasilan tilam lateks datang dari dua proses pembuatan berbeza yang digunakan dalam penciptaan semua produk lateks yang menghasilkan kualiti yang berbeza. 

Tilam lateks cenderung agak responsif yang boleh mendorong kepada pergerakan merentasi permukaan. Walau bagaimanapun, ia tidak bergoyang kerap seperti tilam innerspring dan hibrid. Namun, tilam ini tidak mempunyai sokongan tepi yang kuat. Anda berkemungkinan besar akan tenggelam sedikit apabila duduk atau tidur berhampiran tepi katil getah.

3. Tilam serat semula jadi

Tilam yang diperbuat daripada serat semula jadi merupakan tilam 100% kapas, atau campuran bulu dan kapas. Tilam ini cenderung lebih mahal yang berkemungkinan besar disebabkan oleh penggunaan komponen yang berkualiti tinggi.

Malah, selari dengan harga juga tilam serat semula jadi mempunyai tekstur yang lembut dengan sokongan yang padu. Dari segi tempoh penggunaan pula, tilam serat semula jadi dilihat dapat bertahan melebihi purata industri selama 7 tahun.

4. Tilam udara 

Terdapat beberapa tilam udara berkualiti di pasaran yang telah melaksanakan ciri dan teknologi yang berkualiti yang boleh membuatkan anda berasa lebih tenang sekiranya anda bercadang untuk menggunakannya.

Disebabkan ia diperbuat daripada angin dan udara, maka tilam udara tidak akan mengalami isu kendur. 

Seterusnya, tilam udara ini juga sangat membantu dalam pemulihan dan rawatan ulser dekubitus. Bagi anda yang mempunyai masalah ini, adalah disarankan untuk anda menggunakan tilam udara kerana ia dilengkapi dengan mekanisma melambung sendiri.

5. Tilam foam

Tilam yang diperbuat daripada polifoam sering digunakan sebagai lapisan peralihan atau sokongan dalam tilam. Sesetengah katil juga mempunyai lapisan keselesaan polifoam kerana ia agak responsif, jadi anda tidak akan mengalami tenggelam badan.

Apa yang tidak menarik mengenai tilam foam, ia cenderung terasa panas jika anda berbaring di atasnya pada waktu panas. Namun, sesetengah pengeluar tilam kebiasaannya akan memasukkan komponen penyejuk ke dalam lapisan tilam bagi keselesaan pengguna. Ia bertujuan untuk meminimumkan pembentukan haba pada permukaan.

Perkara Penting Perlu Dititikberatkan Untuk Baby Mattress

tilam bayi terbaik

Ada beberapa perkara yang harus dititikberatkan bagi penggunaan baby mattress untuk si manja seperti:

1. Elakkan barang terpakai

Jangan guna barang secondhand, terutamanya yang tidak diketahui penggunaannya sebelum ini. Baby mattress tersebut berisiko ada bakteria atau kulat yang kita mungkin tidak nampak dengan mata kasar, yang boleh membahayakan bayi.

2. Biarkan tilam kosong

Walaupun kelihatan cantik, bantal, bumper, haiwan dan selimut tidak boleh diletakkan di dalam buaian bayi. Ini kerana ia boleh menutupi wajah bayi dan berisiko menyebabkan mati lemas.

3. Jangan tiarapkan bayi

Kedudukan tidur paling selamat untuk bayi adalah pada bahagian belakang. Ia mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS), yang merupakan penyebab utama kematian pada tahun pertama mereka dilahirkan.

Cara Mencuci Baby Mattress

tilam bayi

Tilam bayi seharusnya dicuci pada satu ketika kerana pastinya tilam bayi akan menjadi kotor akibat susu, muntah, air kencing, peluh dan sebagainya. Jadi seeloknya cuci dengan bersih agar ia sentiasa segar dalam mengelak dari penyebaran bakteria sekaligus membuatkan bayi mudah sakit.

1. Cuci tilam dan bantal bayi

Cuci semua peralatan tidur bayi menggunakan sabun pencuci hipoalergenik, tanpa wangian sekali seminggu di dalam air panas untuk membersih dan melindungi bayi anda daripada hama habuk. Elakkan gunakan pods mesin basuh ini kerana ia biasanya mengandungi pewangi, ini tidak disarankan berikutan ejen pewangi boleh menjadi punca radang kulit bayi. 

Ibu ayah boleh menggunakan sarung tilam untuk membantu memastikan tilam bersih dan melindungi bayi anda dari hama habuk.

2. Vakum

Mulakan dengan mengvakum tilam anda dengan bersih. Ini akan membantu membasmi banyak habuk dan kotoran daripada tilam sebelum anda mula menyental, yang mana boleh menambah masalah dan menjadi punca alergi pada si kecil. Vakum kedua-dua belah tilam dan seluruh sisinya.

3. Basmi kesan degil

Kini habuk telah pun hilang, tambah beberapa bahagian air dengan jus lemon atau cuka di dalam botol semburan dan sembur secara ringan ke atas kotoran degil. Tabur serbuk baking soda ke atas tilam dan biarkannya selama 20 minit untuk menghapus bau yang kurang menyenangkan. Vakum permukaan tilam sepenuhnya.

4. Skrub

Di dalam satu baldi, campurkan bersama satu galon air dan kira-kira satu suku cawan sabun pencuci hipoalergenik. Skrub permukaan tilam dengan lembut menggunakan berus skrub.

5. Bilas

Penuhkan semula baldi dengan air suam dan gunakan kain lap yang bersih untuk membilas tilam tersebut. Jangan tuang air atau sabun pencuci terus ke atas tilam.

6. Sanitasi

Jika jus buah tertumpah atau peluh melekat dan meresap ke dalam tilam, ini akan menyebabkan bakteria terbentuk. Ia penting untuk melakukan sanitasi permukaan tilam sepenuhnya untuk melindungi bayi daripada jangkitan. Gunakan satu botol semburan dan sembur permukaan tilam katil bayi dengan cecair pembasmi kuman yang berasaskan alkohol.

Tilam tersebut tidak perlu dibilas, kerana alkohol tersebut akan tersejat.

7. Keringkan sepenuhnya

Gunakan sehelai tuala kering untuk menyerap sebanyak air yang boleh untuk membuatkan proses pengeringan lebih cepat. Tilam tersebut perlu diletakkan di ruang yang bercahaya dan mempunyai pengudaraan yang bagus dan biarkan ia kering secara semula jadi untuk beberapa jam.

Pastikan tilam tersebut telah pun kering sepenuhnya sebelum meletakkannya semula ke atas katil bayi. Biarpun satu tilam lembap boleh menghasilkan kulat dan cendawan yang mana merbahaya untuk kesihatan bayi.

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu ayah di luar sana.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Kerap Terjaga & Menangis Waktu Malam Sebab Tilam Tak Selesa?

Baca juga: Cara Mudah Melatih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia 1 Bulan, #3 Ramai Ibu Tidak Tahu!

Baca juga: Bila Bayi Anda Boleh Guna Bantal Dan Selimut Untuk Tidur? Kami Ada Jawapannya!