X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Tinggal Anak Umur Setahun Dalam Kereta Sorong Untuk Naik Permainan di Thorpe Park

6 Jun, 2017
Tinggal Anak Umur Setahun Dalam Kereta Sorong Untuk Naik Permainan di Thorpe Park

Daniel Bevis, 22 sedang bersama dengan kawan-kawannya ketika beliau menjumpai bayi tersebut berdekatan permainan Colossus di taman tema Thorpe, Surrey.

Metro UK, telah melaporkan yang seorang pelawat taman tema Thorpe telah menjumpai seorang bayi berusia lebih kurang setahun dibiarkan keseorangan di dalam kerete sorong bersebelahan tong sampah.

Menakutkan bagaimana ibu bapa bayi tersebut sanggup meninggalkan anak lebih satu jam supaya mereka dapat menaiki permainan di taman tema.

Tinggal Anak Umur Setahun Dalam Kereta Sorong Untuk Naik Permainan di Thorpe Park

Permainan yang dinaiki ibu bapa bayi tersebut, foto ehsan Rex

Pelawat yang menjumpai bayi tersebut telah menotifikasikan pekerja taman tema mengenai bayi yang dijumpainya.

Pihak sekuriti kemudian menghubungi polis dan pekerja sosial yang tiba tidak lama kemudiannya.

Daniel Bevis, 22 sedang bersama dengan kawan-kawannya ketika beliau menjumpai bayi tersebut berdekatan permainan Colossus di taman tema Thorpe, Surrey.

Tinggal Anak Umur Setahun Dalam Kereta Sorong Untuk Naik Permainan di Thorpe Park

Daniel Bevis yang telah menjumpai bayi tersebut, foto ehsan News Group Newspapers LTD

Menurut Daniel lagi, mereka telah menemani bayi tersebut selama hampir 15 minit namun tiada siapa yang datang mengambilnya, jadi mereka menelefon pihak sekuriti.

Mereka telah membawa bayi tersebut ke bilik rawatan dan hanya selepas lebih satu jam, baru ibu bapanya tiba. Ianya sungguh menakutkan kerana sesiapa boleh menculik bayi itu, tambah Daniel. 

Tinggal Anak Umur Setahun Dalam Kereta Sorong Untuk Naik Permainan di Thorpe Park

Bayi tersebut dijumpai oleh pelawat lain berdekatan tong sampah, foto ehsan The Sun

Mereka telah bercakap dengan ibu bapa bayi tersebut tentang apa yang baru terjadi, namun mereka hanya berdiam diri.

Kemudiannya mereka menjawab yang anak mereka berusia 11 tahun sedang menjaga bayi mereka itu.

Wakil pihak polis Surrey telah menyatakan yang mereka akan meminta pihak berkuasa di kawasan tempat tinggal keluarga itu untuk membuat susulan.

Keadaan ini sungguh mengejutkan dan menakutkan. Tetapi apa yang lebih teruk ialah, keadaan ini biasa terjadi di taman tema tersebut.

Menurut pihak sekuriti taman tema tersebut, ibu bapa sering berbuat demikian untuk menaiki permainan di taman tema ini.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menjaga anak anda ketika di luar?

Hal ini sungguh mengejutkan hingga saya hilang kata-kata. Ia tidak sepatutnya terjadi. Mereka tidak patut membawa bayi ke taman tema jika akan meninggalkan mereka begitu.

Jika anda ingin ke taman tema yang tidak sesuai untuk membawa bayi, anda mungkin boleh mencuba alternatif ini:

  • menggunakan khidmat pengasuh bayi. 
  • meminta bantuan kenalan atau ahli keluarga untuk menjaga bayi anda.
  • menghantar bayi anda ke spa bayi
  • membawa pembantu untuk menjaga bayi anda

Pilihan taman tema mesra keluarga

Berikut adalah beberapa cadangan tempat permainan yang ibu bapa boleh turut bermain bersama anak-anak atau selamat untuk kanak-kanak:

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
  1. The Parenthood
    Selain ibu bapa boleh turut bermain dengan ibu bapa, tempat ini juga menyediakan spa untuk ibu bapa yang ingin merehatkan diri sementara anak-anak bermain. Mereka mempunyai penjaga yang mengawasi kanak-kanak bermain.
  2. Trampoline park
    Terdapat dua taman Trampoline di Malaysia; Amped dan Jumpstreetasia. Kedua tempat ini memang mempunyai penjaga yang mengawasi anak anda. Namun ianya tidak sesuai untuk bayi kecil.
  3. Legoland
    Ia mempunyai bahagian di mana anda boleh berseronok dengan anak kecil anda. Namun tidak menyediakan perkhidmatan menjaga anak anda.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh kunjungi untuk berseronok dengan anak kecil. Mereka tidak selamanya kecil . Sampai masa nanti mereka juga boleh bermain pelbagai permainan yang lebih mengujakan bersama anda 🙂

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Tinggal Anak Umur Setahun Dalam Kereta Sorong Untuk Naik Permainan di Thorpe Park
Kongsikan:
  • 6 perkara anda patut buat dengan bayi sebelum dia berumur 1 tahun

    6 perkara anda patut buat dengan bayi sebelum dia berumur 1 tahun

  • Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air

    Angkara Anak, Dapur Jadi Taman Tema Air! 3 Sebab Jangan Marah Anak Main Air

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.