Kebanyakan ibu ayah suka anak-anak mereka tinggi badan dan kuat, kerana ia dianggap sebagai tanda perkembangan kesihatan yang baik. Ketinggian si manja sebenarnya berkaitan dengan beberapa faktor.
Faktor utama yang mempengaruhi ketinggian seseorang adalah susunan genetik mereka. Walau bagaimanapun, banyak faktor lain mempengaruhi ketinggian si manja seperti gaya pemakanan, hormon, tahap aktiviti, dan tahap kesihatan.
Cara meningkatkan tinggi badan anak dengan semula jadi
Para saintis percaya bahawa genetik atau DNA mempengaruhi sehingga 80% ketinggian seseorang. Ini bermaksud ibu ayah yang tinggi badan cenderung mempunyai anak tinggi juga.
Bagi meningkatkan peluang anak-anak mereka membesar dengan sihat, ada beberapa cara nak tinggi melalui kaedah semula jadi. Antaranya:
#1. Pendedahan cahaya matahari
Cara untuk tinggi yang paling mudah adalah mendedahkan anak-anak dengan cahaya matahari. Ia merupakan sumber Vitamin D, dapat membantu pertumbuhan otot dan tulang dalam meningkatkan ketinggian anak anda.
Vitamin D juga membolehkan badan menyerap kalsium daripada pemakanan dan menguatkan tulang anda.
Waktu yang terbaik untuk dedahkan anak dengan cahaya matahari adalah antara jam 9 hingga 10 pagi dan pada jam 5.30 hingga 6.30 petang.
#2. Ambil makanan yang seimbang
Cara nak tinggi yang seterusnya adalah ibu ayah perlu menjaga pemakanan anak.
Ia perlulah mengandungi protein, karbohidrat, lemak dan vitamin mencukupi untuk proses perkembangan si manja. Elakkan beri anak makanan ringan seperti minuman manis, makanan bergoreng atau burger tanpa kawalan.
Pemakanan yang seimbang bukan sahaja menyediakan nutrien yang baik untuk meningkatkan ketinggian anak, tetapi juga menjadikannya lebih kuat dalam setiap langkah.
#3. Dapatkan tidur yang cukup
Tidak hanya orang dewasa, kanak-kanak juga perlu mendapatkan waktu tidur yang cukup setiap hari.
Ponteng tidur sekali-sekala tidak menjejaskan tumbesaran anak dalam jangka masa panjang- walau bagaimanapun, anda perlu memastikan bahawa si manja hendaklah mendapatkan waktu tidur 8 jam pada waktu malam agar dia menjadi lebih tinggi dan kuat.
Ini kerana hormon pertumbuhan pada kanak-kanak, HGH, dikeluarkan hanya apabila kanak-kanak itu tidur. Ini memainkan peranan langsung dalam menjadikan anak lebih tinggi.
Senaman untuk tinggi
Ada beberapa aktiviti dan senaman untuk tinggi yang boleh anda galakkan pada si manja iaitu:
#4. Senaman regangan
Senaman regangan, walaupun ianya mudah, boleh memberi impak yang besar kepada ketinggian anak anda.
Memperkenalkan anak dengan senaman regangan sejak kecil akan memudahkan proses pertumbuhan ketinggian. Regangan membantu memanjangkan tulang belakang dan memperbaiki postur anak pada setiap masa.
Caranya adalah dengan anak duduk di atas lantai dengan kaki dibuka lebar dan minta mereka menyentuh jari kaki kedua-dua kaki dengan tangannya.
#5. Berenang
Berenang ialah satu lagi tabiat sihat dan menyeronokkan. Ia menjadi salah satu senaman untuk tinggi kerana melibatkan pergerakan seluruh badan.
Berenang memerlukan anak melakukan banyak regangan ke hadapan, sekaligus menguatkan tulang belakang yang menjadi asas tinggi badan dan sihat.
#6. Panjat dan bergantung
Bergantung pada monkey bar telah dicadangkan untuk ibu ayah yang ingin anak mereka lebih tinggi.
Manfaatnya dapat membantu memanjangkan tulang belakang, yang menjadi bahagian penting untuk lebih tinggi.
Selain daripada gantung biasa, anda juga boleh menggalakkan anak melakukan pull-up dan chin-up. Kedua-duanya menjadikan otot lengan dan belakang lebih kuat.
#7. Skipping
Terdapat beberapa latihan seperti skipping yang membantu melatih seluruh badan. Terkenal dengan kesan hebatnya pada jantung, ia juga merupakan senaman yang bagus jika anda mahu anak menjadi lebih tinggi.
Badan meregang sepenuhnya apabila seseorang melompat, jadi ia menggalakkan perkembangan. Skipping antara senaman kardio yang menakjubkan, dan pasti membuatkan si manja cergas dan aktif.
#8. Menjaga postur badan
Untuk meningkatkan ketinggian anak, adalah penting penting memastikan si manja memiliki postur yang betul.
Cara duduk yang membongkok boleh memberi tekanan pada tulang belakang dan sekaligus memberi banyak kesan negatif pada badan.
Selain itu, postur yang lemah boleh mengubah bentuk tulang belakang anak hingga menjejaskan pertumbuhannya.
Pastikan anak anda mengamalkan postur yang baik bukan sahaja untuk meningkatkan ketinggiannya tetapi juga untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan jangka panjang. Ingatkan dia untuk duduk
#9. Berjoging
Berjoging adalah senaman yang menakjubkan, bukan sahaja untuk kanak-kanak- ia mempunyai pelbagai faedah untuk orang dewasa juga.
Berjoging menguatkan tulang kaki dan juga meningkatkan kuantiti HGH, hormon pertumbuhan, yang diperlukan untuk sebarang pertumbuhan dalam badan.
Untuk menjadikannya lebih menyeronokkan, ibu ayah boleh menyertai anak dan menjadikan jogging sebagai aktiviti yang dilakukan bersama.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ‘’Bapa Borek, Anak Rintik’’- Ayah Jangan Macam-Macam, Anak Ikut Tingkah Laku Anda!
Baca juga: Nak Elak Anak Jatuh Sakit, Ibu Ayah Kena Ajar Mereka Makan Makanan Sihat Sejak Kecil
Baca juga: 9 Manfaat Buah Strawberi Untuk Si Manja, Ia Merawat Kulit & Menambah Daya Ingatan