Pereka Dalaman Dedah TIGA Sebab Rumah Tetap Nampak Bersepah Walaupun Sudah Dikemaskan

Tip kemas rumah yang betul amat penting bagi membuatkan kediaman anda kelihatan bersih dan teratur. Ada beberapa perkara ibu kena perhatikan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rata-rata wanita berperanan sebagai 'pengurus' di rumah bagi memastikan setiap ruang kediaman dalam keadaan baik. Beberapa tip kemas rumah yang betul dapat memudahkan urusan seharian anda.

Rumah adalah tempat kita pulang dan duduk berehat bersama keluarga. Bagi yang ada anak kecil, anda perlu tingkatkan kesabaran apabila melihat ruang tamu bersepah dengan mainan ataupun sisa makanan yang terjatuh.

Tip kemas rumah agar berseri dan teratur

Pernahkah anda berdepan dengan pengalaman penat kemas rumah, namun bila selesai ia tetap kelihatan bersepah dan seolah-olah tiada apa yang berubah?

Menurut penasihat dekorasi kediaman, Khairunnisa Hamzah, para wanita khususnya suri rumah perlu perhatikan semula tiga perkara di bawah yang mungkin menjadi penyebab kenapa rumah nampak bersepah walaupun telah dikemaskan.

#1. Terlalu banyak barang di dalam rumah

Terlalu banyak penampakkan barang-barang kelengkapan seharian boleh membuatkan ruang dalam rumah bersepah. Walaupun sudah disusun kemas dan elok, tapi tertayang kesemuanya.

Mata kena hadap dan akan auto fokus kepada SETIAP SATU barang. Jadi, kalau ambil barang, letakkan semula pada tempat asal simpanannya.

Bukan itu sahaja tip kemas rumah yang anda perlu praktikkan adalah memastikan tempat simpan barang itu bertutup, yakni bertirai atau berpintu.

Contoh dalam bilik air, nampak segala botol sabun, syampu, perapi dan pelbagai jenis berus gigi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, mata kita boleh nampak semuanya, bukan?

Terlalu banyak item yang mata kena lihat walaupun ia bersusun. Ini berbeza dengan pandangan yang selesa pada bilik air dengan segala kelengkapan diletakkan di dalam bakul atau kabinet bertutup seperti menggunakan pintu atau tirai.

#2. Setiap item penuh dengan corak

Sebab kenapa rumah tetap nampak bersepah walaupun sudah mengemas adalah kerana corak yang terlalu banyak dalam satu ruang.

Justeru tip kemas rumah agar kelihatan cantik adalah pastikan hanya satu sahaja item yang bercorak dalam satu ruang.

Jika terpaksa pakai yang bercorak juga setelah melebihi 3 item bercorak, cuba pastikan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • corak tersebut sejenis yang nampak tak nampak (Bukan yang terang dan timbul)
  • yang lain biarkan sahaja kosong tanpa corak.

Paling senang nak difahamkan, Kita bayangkan seseorang memakai kain bercorak pelekat, baju bercorak bunga, tudung pula bercorak buah strawberi.

Bagaimana rupanya? Begitu juga dalam rumah kita.

Andai minat corak bunga, biarkan satu sahaja yang bercorak bunga dan sebaiknya bunga yang sama.

Contoh, bantal kusyen bercorak bunga matahari, maka hanya corak bunga matahari sahaja ada di ruang tamu dan dikhususkan pada bantal kusyen sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Itu pun kalau boleh hanya satu atau dua sahaja bantal bercorak bunga matahari tadi. Kalau 10 bantal bercorak bunga matahari pun boleh nampak serabut juga.

Kalau tema daun, daun sahaja. Tapi hanya satu item sahaja bercorak. Langsir, karpet, dinding, tidak bercorak.

Jika mahu corakkan dinding, yang selainnya tidak bercorak.

Saya harap ramai faham hal ini kerana ia berkaitan pandangan mata yang akan mempengaruhi ketenangan minda kita. Tenang atau serabut di rumah, kita yang mencorakkannya.

#3. Penggunaan banyak warna

Warna boleh mempengaruhi mata, emosi dan perasaan seseorang. Sebagai contoh, warna merah boleh membangkitkan selera, boleh juga menggelodakkan jiwa.

Gandingan warna ada kesannya. Untuk jumpa gandingan warna yang sesuai, boleh cari di internet dengan menaip Color Wheel (Roda Warna) atau Color Scheme (Skema Warna).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ruang yang ada terlalu banyak warna boleh menyumbang kepada rasa dan pandangan yang bersepah walaupun ruang itu telah habis dikemas.

Contoh, dinding warna merah hati, langsir warna hijau pokok pisang, sofa warna biru gelap, karpet warna jingga dan sebagainya.

Terlalu banyak warna yang terang yang menyebabkan mata kena lihat semua sehingga menyebabkan mata tidak berehat ketika berada di ruang tersebut.

Untuk rumah, banyakkan warna yang lembut atau warna warna alam.

Ingat balik warna warna yang digunakan untuk dekorasi hotel. Warna warna yang dipakai kebanyakannya menggunakan warna putih dan warna alam seperti warna kayu, warna abu, warna daun, warna biru awan.

Gandingan warna dalam satu ruang, cuba untuk maksima 3 hingga 4 warna sahaja.

Maksudnya bukan hanya pada dinding, tetapi ambil kira sekali warna pada pasu, bingkai gambar, alas meja dan apa jua sekali pun yang ada di ruang tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh dan tip kemas rumah agar kelihatan cantik

Elakkan banyak warna dan banyak corak pada barang kelengkapan kita sekeluarga. Sebagai contoh:

1. Sikat kalau hitam, hair dryer pun hitam. Bukan sikat biru, hairdryer pink.

Apabila letak berdua, di situ sahaja mata dah penat kena lihat 2 warna walau elok disimpan dalam bakul kedua duanya.

2. Dalam laci dapur. Segala sodek, tempat buka tin, bakul, alat-alat dapur, seragamkan dengan warna putih.

Kalau terlalu banyak warna, mata kena lihat semua warna. Susun macam mana sekalipun tetap nampak penat seakan bersepah sebab mata perlu lihat banyak warna.

3. Untuk item berbotol, boleh masukkan cecair ke dalam botol satu warna atau masa nak beli lagi cari yang warna sama jika malas nak membotolkan semula.

4. Mata kita memandang semuanya dan kepala akan proses untuk terima segala pandangan mata.

Sekiranya lantai putih yang luas, tertumpah setitik air milo berwarna coklat, maka mata akan terus nampak tompok air milo tadi, bukan?

Setompok warna pun mata akan nampak, jadi bayangkan ruang yang punya banyak barang, banyak corak dan banyak warna? Walaupun kemas, tetap bersepah jadinya.

Orang kata, bagaimana cara kita buat sesuatu benda, begitulah cara kita membuat keseluruhan perkara. Bila tinggal di dalam rumah, kita yang bertanggungjawab menenangkannya.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Idea Deko Bilik Berpantang 44 Hari Yang Cantik & Selesa, Buat Para Isteri Rasa Dihargai

Baca juga: 11 Jenis Pokok Hiasan Rumah Yang Bahaya & BERACUN, No.5 Paling Ramai Tak Tahu!

Baca juga: Idea Deko Bilik Tidur Kecil Yang Ringkas & Menarik, Ini Panduan Berguna Untuk Ibu Ayah!