Sekolah Bakal Bermula? Ini Tips Kembali Ke Sekolah Yang Perlu Tahu Bagi Memudahkan Pagi Ibu Bapa

Sudah tiba masanya untuk menyediakan buku-buku dan beg sekolah anak kerana cuti sekolah hampir berakhir. Anda kelam kabut untuk kembali ke rutin sekolah selepas lama bercuti? Kami di theAsianparent menyediakan senarai semak yang berguna buat ibu bapa untuk memastikan tiada apa yang tertinggal!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepanjang durasi cuti sekolah, ibu bapa akan mengabaikan semua rutin harian dan anak akan diberi kelonggaran untuk bermain sepanjang hari. Faham dengan situasi anda itu, kami di theAsianparent telahpun menyediakan senarai semak dan tips kembali ke sekolah yang berguna buat ibu bapa untuk memastikan tiada apa yang tertinggal!

Jom check senarai semak ini sebelum sekolah buka dan anak kembali ke sekolah:

Tips Kembali Ke Sekolah – Senarai Semak Untuk Ibu Bapa

#1 Tips kembali ke sekolah: Balik ke rutin asal beberapa hari sebelum sekolah mula

Kredit: Freepik

Ibu bapa perlu mula kembali ke rutin asal beberapa hari sebelum sekolah bermula. Anak akan dapat menyesuaikan diri dengan lebih baik, lebih fokus di sekolah dan kurang gementar.

Ibu bapa juga perlu bertegas apabila berkenaan dengan masa tidur anak. Kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia selalu tidak cukup tidur dan anak memerlukan rehat yang cukup untuk membesar dengan baik.

Kanak-kanak dalam anggaran 6 – 7 tahun memerlukan sekurang-kurangnya 9 jam untuk tidur pada waktu malam. Jadi jangan benarkan mereka tidur lambat sangat, ya!

#2 Tips kembali ke sekolah: Periksa saiz baju dan kasut sekolah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Shopee

Suruh anak cuba pakai seragam dan kasut sekolahnya untuk memastikan saiz semua pakaian dan kasut itu masih betul.

Jangan hairan jika anak anda mengalami lonjakan pertumbuhan tiba-tiba dan memerlukan saiz pakaian yang baru. Jangan lupa untuk melabelkan nama pada semua barang anak dengan jelas dan tunjukkan kepada anak mana labelnya.

#3 Tips kembali ke sekolah: Bekas makanan dan botol air 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Freepik

Semak bekas bekal dan botol air anak. Adakah ia masih selamat digunakan? Beli yang baru jika perlu. Pastikan anda membeli bekas yang senang untuk dibuka sendiri. 

#4 Tips kembali ke sekolah: Semak kerja rumah

Kredit: Freepik

Semak semua kerja rumah mereka agar ia sudah siap! Manalah tahu anak-anak leka bermain ketika cuti sekolah hingga lupa dengan homework yang dia ada, kan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Tips kembali ke sekolah: Semak beg sekolah 

Kredit: Freepik

Periksa beg sekolah anak bersama-sama dengan mereka. Pastikan kotak pensel anak mempunyai semua alat tulis yang diperlukan dan pensel itu sudahpun diasah.

Jika anak jenis pelupa, sediakan senarai semak bergambar dan lekatkan di tepi pintu supaya dia boleh memeriksa beg sendiri sebelum meninggalkan rumah.

Baca juga: Sebelum beli beg sekolah untuk anak, ikut tips memilih beg sekolah ini dulu

#6 Bersikap positif

Kredit: Pexels

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sembang secara positif dan berikan semangat kepada anak untuk kembali ke sekolah. Bincang dengan anak betapa gembiranya untuk berjumpa dengan rakan, guru dan melibatkan diri dengan aktiviti sekolah semula.

Bincang dengan anak jika dia mempunyai sebarang kebimbangan (dalam kes anda mungkin risau anak dibuli/membuli) dan beri pertunjuk kepada anak bagaimana untuk mengendali masalah.

#7 Jangan bandingkan anak dan jangan berleter

Kredit: Freepik

Jangan asyik berleter dan memberitahu anak supaya lebih rajin dan dengar kata guru-guru di sekolah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan bandingkan anak anda dengan anak orang lain. Anak anda adalah unik –  setiap perbandingan yang anda buat hanya akan membangkitkan kemarahan anak. 

#8 Makan makanan yang berkhasiat

Kredit: Freepik

Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan mula sediakan makanan sarapan pagi yang cepat tapi baik untuk seisi keluarga.

Buah-buahan dan bijiran semuanya pilihan yang baik. Keluarga boleh menyesuaikan diri dengan bangun lebih awal beberapa hari sebelum sekolah bermula dan melakukan aktiviti riadah atau senaman seperti berjalan kaki atau jogging.

#9 Perancangan awal

Kredit: Pexels

Jika anda ibu bapa yang berkerja sepenuh masa, buat perancangan awal untuk menyediakan bekal makanan yang berkhasiat untuk anak.

Perancangan awal akan memastikan anak mendapat makanan yang terbaik setiap hari.

Semoga senarai semak dan tips ini bermanfaat untuk anda. Jom sama-sama menyediakan anak untuk kembali ke sekolah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Anak Mogok Taknak Ke Sekolah? Ini 5 Tips Dorong Anak Ke Sekolah Tanpa Dipaksa

Penulis

Rosanna Chio