Tips Ibu Menyusu Travel Bersama Bayi Atau Tanpa Bayi Agar Perjalanan Anda Lancar

Tips travel atau bercuti buat ibu menyusu adalah penting bagi memastikan perjalanan percutian anda lancar dan membuatkan anda tenang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik sahaja bersalin, pergerakan ibu menjadi terbatas kerana perlu menguruskan anak yang masih kecil. Namun apabila sudah beberapa bulan usianya, anda mungkin bersedia keluar bercuti sebagai healing. Justeru beberapa tips travel ini dapat membantu para ibu.

Tidak dinafikan bercuti bersama bayi buat kali pertama boleh menjadi perkara yang agak mendebarkan. Tidak kiralah anda pergi ke luar negeri ataupun negara, perlu sentiasa pastikan segala keperluan bayi dibawa bersama. 

Tips travel ibu menyusu bersama bayi

Perancangan awal sebelum pergi bercuti adalah amat penting. Adalah lebih baik jika anda menyenaraikan setiap keperluan bayi agar tidak lupa dan tertinggal. Selain itu ikuti beberapa tips travel ibu menyusu ini sebagai panduan anda.

#1. Keluar rumah awal

Jangan tergesa-gesa. Jika percutian anda menaiki kapal terbang, pastikan keluar dari rumah beberapa jam awal bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti kesesakan lalu lintas, bayi meragam ataupun masalah ketika ingin mendaftar masuk di lapangan terbang.

Jika bergerak menaiki kereta, anda hanya perlu berhenti seketika untuk menyusukan bayi kerana si manja perlu diletakkan dalam carseat sepanjang perjalanan.

#2. Cari bilik yang mesra penyusuan

Menyusu di khalayak ramai bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Jika anda malu, adalah lebih baik menghubungi pihak lapangan terbang untuk mengetahui sama ada terdapatnya kemudahan bilik menyusu.

Kini kebanyakan lapangan terbang menyediakan bilik penyusuan bagi memudahkan ibu menyusu atau mengepam dengan lebih tenang. Walaupun saiznya agak kecil, namun cukup selesa untuk ibu dan anak kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Dapatkan tempat duduk di tepi tingkap

Sekiranya anda menaiki pesawat bersama pasangan mahupun ahli keluarga, mendapatkan tempat duduk di tepi tingkap sebenarnya adalah lebih selesa untuk menyusu.

#4. Berhenti seketika untuk tenangkan bayi

Perjalanan jauh ada kalanya boleh membuatkan bayi meragam. Jika menaiki kenderaan sendiri, anda dinasihatkan untuk berhenti setiap 2 atau 3 jam sekali. Bawa bayi keluar dari carseat buat seketika agar tubuhnya tidak terasa beban.

Jika menaiki kapal terbang, anda boleh mandi dan tukarkan pakaian bayi yang baru supaya si manja lebih selesa. Ajak bayi bermain atau bercakap dengannya sementara menunggu untuk berlepas.

#5. Ibu perlu makan dan minum air secukupnya

Memandangkan anak yang masih kecil banyak menempel dengan ibu, adalah penting untuk anda kekal terhidrat bagi memastikan bekalan susu badan tidak berkurang.

Menguruskan bayi dan menyusukannya boleh membuatkan anda rasa begitu dahaga. Justeru ibu disarankan mengambil air putih sekurang-kurangnya 3.5 liter sehari.

Anda boleh minum dalam kuantiti yang sedikit-sedikit tetapi kerap. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Kekal selamat

Basuh tangan anda dengan kerap dan guna tisu sanitasi untuk membersihkan permukaan sentuhan di mana-mana ruang yang anda menyusui, dan pakai topeng pelitup muka ketika anda berada di lapangan terbang mahupun stesen kereta api.

Tips travel ibu menyusu tanpa bayi

Mengepam boleh menjadi sukar apabila anda dalam perjalanan jauh terutamanya di khalayak ramai. Namun, anda mempunyai pilihan.

  1. Tetapkan jadual. Cuba kekalkan jadual penyusuan normal bayi agar dapat mengekalkan susu badan dan mengelakkan bengkak susu.
  2. Rancang terlebih dahulu. Sebelum keluar bercuti, tentukan bilangan botol susu ibu yang perlu disediakan awal untuk memastikan bayi dapat menyusu badan dengan cukup semasa ketiadaan anda.
  3. Sekali lagi, persediaan adalah kunci. Ketahui di mana anda boleh mengepam dengan selamat dan persendirian sebelum anda sampai ke lapangan terbang atau di jalan raya. Seperti yang dinyatakan di atas, cari bilik laktasi yang ditetapkan di lapangan terbang yang mengandungi ruang peribadi dengan kerusi, meja dan plag elektrik yang boleh membuatkan ibu selesa untuk mengepam susu.
  4. Bawa peralatan untuk mencuci pam susu. Jika ibu merancang untuk mengepam lebih daripada sekali sebelum sampai ke destinasi, pastikan anda mempunyai berus dan sabun untuk membersihkan pam dan botol.

Tips travel ibu menyusu: barang yang perlu dibawa bersama

Percutian kali pertama dengan bayi sememangnya membuatkan ibu berasa sedikit janggal. Justeru pastikan anda membawa beberapa barangan bersama bagi memudahkan perjalanan nanti iaitu:

#1. Pakaian tambahan 

Di dalam beg tangan anda, bawa baju tambahan untuk diri sendiri dan bayi. Hal ini kerana jika si manja termuntah susu, ibu boleh menukar pakaian terlebih dahulu sebelum penerbangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Nursing cover

Nursing cover antara barangan yang paling penting untuk ibu menyusu bagi mengelakkan aurat terdedah sewaktu menyusu dalam kenderaan ataupun di tempat awam.

#3. Tisu atau semburan antibakteria

Bawa tisu antibakteria dan cecair pembasmi kuman. Berada di dalam kenderaan dengan penumpang yang ramai memiliki risiko tinggi untuk mendapat sebarang jangkitan kuman penyakit.

#4. Stroller

Memandangkan perjalanan menaiki pesawat ataupun pengangkutan awam lain adalah jauh, pertimbangkan untuk membawa stroller bersama. Justeru nanti tidaklah anda berasa penat untuk berjalan dan mendukung bayi.

Kebanyakan penerbangan menerima penggunaan stroller. Anda boleh menolak bayi dengan stroller sehinggalah ke pintu pesawat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Kipas angin

Sesetengah bayi akan berasa panas terutamanya ketika menyusu badan. Justeru ibu disaran membawa bersama kipas angin kecil bagi membuatkan si manja selesa sepanjang berada di lapangan terbang atau stesen kereta api.

#6. Mainan dan makanan

Selain itu bagi menarik perhatian bayi agar tidak berasa bosan, anda boleh bawa beberapa mainan kegemarannya. Jika si manja sudah mula menikmati makanan pejal, sediakan stok makanan bayi yang mudah disediakan seperti biskut, roti ataupun pek puri.

Tips mengekalkan susu badan ketika bercuti

Sesetengah wanita mendapati bekalan susu mereka berkurangan buat sementara waktu semasa bercuti. Ini mungkin disebabkan oleh dehidrasi selepas penerbangan atau sakit (seperti demam ataupun cirit birit) atau kerana peluang untuk menyusukan bayi berkurangan.

Beberapa tips ini mungkin membantu anda:

  • Teruskan menyusu sekerap yang bayi anda mahu.
  • Minum banyak air terutamanya dalam penerbangan jarak jauh.
  • Elakkan minuman berkafein.
  • Jangan merokok.
  • Elakkan persekitaran berasap.
  • Dapatkan rehat yang cukup.
  • Rancang banyak rehat dan makan
  • Minum lebih banyak air jika anda mengalami cirit-birit

Semoga bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senarai Tempat Bercuti Di Malaysia Yang Menarik & Menyeronokkan Untuk Seisi Keluarga

Baca juga: Elak Anak Moody Ketika Bercuti, Ini Tips Mudah Bawa Bekal Bayi Yang Sedap & Berkhasiat!

Baca juga: Top 10 Taman Tema Yang Best & Menarik Di Kuala Lumpur, Sesuai Bawa Anak Bercuti!