Segala hal tentang anak memang menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk mengendalikannya. Ia termasuklah mengenai hal pemakanan mereka. Apa nak buat jika anak anda tiba-tiba menolak untuk makan makanan berkhasiat dan hanya nak makan makanan ringan atau snek saja? Apa maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Anak tolak makanan berkhasiat secara tiba-tiba, apa anda perlu buat?
- Jangan panik, ia memang normal & tak pelik
- Tetap pendirian
- Tanya soalan
- Menawarkan pilihan—tetapi terhad, pilihan yang diluluskan ibu ayah
- Biar mereka ikut beli belah, sediakan makanan, masak
- Jadi kreatif, ‘nampak tiada, tapi sebenarnya ada’
Yang peliknya sebelum ini elok saja dia terima makanan sihat, tetapi tiba-tiba dia tak mahu pula sekarang. Sayur dan sebagainya memang ditolak. Malah ibarat macam nak berperang jika dipaksa.
Jika dari permulaan dia memang tidak makan atau tidak menggemarinya tiada masalah, tetapi ia berlaku secara tiba-tiba. Sudah pasti ibu ayah pelik mengenai keadaan itu.
Anak tak mahu makan makanan berkhasiat secara tiba-tiba, apa anda perlu buat?
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman seorang ibu mengenai keadaan anaknya yang tiba-tiba saja tidak mahu makan makanan sihat seperti sebelumnya.
Dia hanya mahu makan makanan ringan yang tidak berkhasiat. Malah bila diberikan makanan berkhasiat, bagai nak berperang jadinya dan ibu ini pun hampir give up!
Ikuti perkongsian ibu ini:
Saya melakukan segalanya untuk tarik minat anak saya kepada makakan dan ia nampaknya berjaya. Saya memperkenalkannya kepada pelbagai jenis makanan sejak dari awal, dan dari brokoli hinggalah kekacang, bayam hingga salmon, telur hingga terung, dan dia memang makan saja semua makanan itu.
Namun, keadaan berubah apabila dia berumur dua tahun.
Tiba-tiba, dia mula menolak makanan sihat yang sebelum ini menjadi kegemarannya dan menuntut makanan ringan sebagai hidangan pembuka. Sejak itu, setiap waktu makan menjadi ibarat peperangan dan saya seperti mahu menjerit rasanya. Stres betul ketika itu.
Jangan panik, ia memang normal & tak pelik
Jika anda pernah atau sedang mengalami keadaan ini, menurut pakar nutrisi dari Toronto, Cara Rosenbloom, yang penting jangan panik!
Menyukai makanan dan kemudian tidak menyukainya pada hari berikutnya adalah perkara normal dalam perkembangan anak kecil.
Kadang kala makanan akan menjadi lebih masin, rangup atau lebih pahit daripada biasa dan mereka akan bertindak balas terhadap perbezaan rasa dan tekstur.
Kadang kala mereka ini juga sengaja mahu menguji anda, jadi jangan terperangkap dan terpedaya. Jadi apa yang perlu anda lakukan?
#1. Tetap pendirian
Perkara utama ialah menghormati kebebasan kanak-kanak kecil yang semakin berkembang dari semasa ke semasa. Anda pasti tidak akan berkompromi jika berkaitan menetapkan waktu skrin untuk anak-anak serta waktu tidur mereka. Jadi sama juga dengan prinsip waktu makan.
“Ingat peranan anda dalam hubungan pemakanan,” kata Rosenbloom. “Anda tidak seharusnya membenarkan anak anda membuat keputusan bila hendak makan (sepanjang hari!), di mana hendak makan (di hadapan TV!) dan apa yang hendak dimakan (coklat dan gummy bear!).
Itulah tugas anda. Mereka boleh memutuskan makanan yang hendak dimakan daripada apa yang anda tawarkan kepada mereka. Makan berkhasiat atau makanan ringan, boleh dimasukkan sebagai salah satu menu, tetapi bukan dalam setiap hidangan. Perlu ada hadnya.
#2. Tanya soalan
Jika sebelum ini makanan itu menjadi kesukaannya, tetapi tiba-tiba saja dia menolak, cuba tanyakan pada anak apa yang anda boleh bantu untuk menjadikan ia lebih baik?
Jangan terkejut jika anak anda beri jawapan mengejutkan seperti mahu tambah sos dan sebagainya.
#3. Menawarkan pilihan—tetapi terhad, pilihan yang diluluskan ibu ayah
Kanak-kanak kecil mahukan semuanya, tetapi mereka mungkin boleh tersilap buat pilihan. Jangan beri terlalu banyak pilihan, cukup dua hingga tiga saja.
Jadi ia lebih mudah untuk anak kecil buat pilihan.
#4. Biar mereka ikut beli belah, sediakan makanan, masak
Libatkan anak-anak dalam proses ini supaya mereka nampak apa yang ibu buat dengan makanan yang diberikan kepada mereka. Ajar mereka mengenai khasiat makanan secara tidak langsung.
#5. Jadi kreatif, ‘nampak tiada, tapi sebenarnya ada’
Anda boleh buat kuah karbonara dengan menambah brokoli kisar di dalamnya yang mana ia akan teradun sekali tanpa anak anda nampak seulas brokoli di dalamnya.
Jadi secara tidak langsung anak anda akan dapat makanan berkhasiat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Makan Ikut Mood Bukannya Picky Eater, Ibu Wajib Tahu Bezakan Perkara Ini!
Baca juga: Anak Anda Picky Eaters? Cuba Ubah Cara Bercakap Dengannya Mengenai Makanan
Baca juga: Wawa Zainal Gembira Akhirnya Anak Makan Ayam,Mak-Mak Anak Picky Eater Je Faham Perasaan Ni!