X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sibuk 'Membawang' & Lupa Tutup Api Memasak, Wanita Dituduh Jadi Punca Kebakaran

13 Aug, 2021
Sibuk 'Membawang' & Lupa Tutup Api Memasak, Wanita Dituduh Jadi Punca KebakaranSibuk 'Membawang' & Lupa Tutup Api Memasak, Wanita Dituduh Jadi Punca Kebakaran

Tong gas meletup telah menjadi punca berlakunya kebakaran puluhan rumah. DIfahamkan seorang wanita sibuk berbual dengan jiran tetangganya ketika memasak

Kes kebakaran banyak dilaporkan terjadi yang berpunca oleh penyimpanan tong gas tidak betul, litar pintas dan penggunaan api mancis. Siapa sangka hanya dengan kesilapan kecil sahaja boleh menyebabkan risiko kemalangan sehingga meragut nyawa insan tersayang.

Tidak dinafikan kebanyakan dari kita menggunakan gas memasak di rumah kerana lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit. Apa yang sering dilupakan oleh kita sebagai pengguna adalah tidak memberi perhatian tentang aspek keselamatan selagi tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Terlupa tutup api dapur, tong gas meletup dan rumah terbakar

bahaya tong gas memasak

Puluhan rumah di sekitar Kompleks Perumahan Lepping, Makassar, Indonesia telah dilaporkan terbakar. Difahamkan ia berpunca daripada letupan gas di dapur.

Menurut keterangan oleh ketua bomba Kota Makassar, Hasanuddin menyatakan sebanyak 95 buah kediaman telah hangus dan musnah akibat kejadian terbabit. 

Bagi mengawal keadaan, pihaknya telah mengerahkan puluhan jentera bomba dan anggota ke lokas untuk proses memadam api.

”Sebanyak 22 jentera bomba dan 95 anggota dikerahkan ke lokasi untuk memadam kebakaran. Kami telah berjaya memadam api kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan.” jelasnya.

Salah seorang penduduk tampil dan mendakwa bahawa kejadian itu berlaku disebabkan oleh ada seorang wanita sibuk berbual sehingga terleka untuk mematikan api di dapur.

”Ia berpunca dari kelalaian seorang makcik yang sedang memasak. Dia kemudiannya berbual dengan jiran sebelah sehingga terlupa menutup api tong gas.” jelasnya.

Disebabkan insiden itu, penduduk yang hilang tempat untuk berteduh terpaksa menumpang tidur buat sementara di masjid.

Ada juga beberapa penduduk berusaha mengumpul sisa-sisa barangan yang masih boleh digunakan.

Ketua Perkhidmatan Sosial Kota Makassar, Rusmayani Masjid menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang berusaha menyediakan keperluan makanan untuk kesemua mangsa kebakaran.

Panduan dan cara mengendalikan tong gas di rumah

cara menyimpan tong gas

credit to sources

Sikap acuh tidak acuh dalam pengendalian tong gas boleh memerangkap diri sendiri dan mengundang bahaya kepada orang lain.

Justeru khidmat masyarakat Shell telah menggariskan panduan lengkap kepada pengguna gas di rumah di dalam buku kecilnya. 

Antara perkara yang perlu diberikan perhatian ialah:

  • Beli silinder dan alat kelengkapan daripada wakil pengedar gas yang sah
  • Pastikan anda meletakkan silinder gas dalam posisi menegak
  • Letakkan dapur dan silinder gas tinggi dari paras tanah. Saluran getah tidak tersentuh dengan mana-mana bahagian dapur atau ketuhar panas
  • Silinder gas hendaklah berada pada paras 1 cm hingga 1.5 sentimeter dari sebarang nyalaan atau punca haba seperti alat elektrik

Cara menyalakan dapur atau ketuhar yang bukan automatik

cara menggunakan tong gas yang selamat

credit to sources

  1. Nyalakan mancis terlebih dahulu. Kemudian cucuh api ke pembakar dan barulah putar alat kawalan nyalaan
  2. Ketika memasak, pastikan anda membuka pintu atau tingkap bagi memastikan pengudaraan yang baik
  3. Jauhkan langsir dari dapur agar tidak berkibaran dan disambar api ketika memasak
  4. Jangan sesekali anda meninggalkan masakan di atas dapur tanpa sebarang pengawasan
  5. Elak letakkan perkakas memasak yang masih panas di atas silinder gas.
  6. Jangan biarkan silinder gas terdedah kepada haba yang berlebihan
  7. Sekiranya anda tidak memasak untuk jangka waktu yang lama, tutup saluran bekalan gas di dapur dan alatan lain
  8. Jika berlaku kebocoran gas, anda boleh mengesannya dari bau-bau yang meresap keluar secara berlebihan
  9. Lakukan pemeriksaan saluran gas dari semasa ke semasa. Anda boleh mengesan kebocoran dengan menggunakan air sabun. Jika terdapat buih yang semakin membesar, ia menandakan berlakunya kebocoran

Sekiranya berlaku sebarang kecemasan akibat kebocoran gas, ada beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan. Antaranya:

  • Tutup alat-atur dan kawalan nyalaan dapur
  • Buka kesemua tingkap. Jangan pasang atau cuba menutup sebarang perkakas elekrtik atau memetik suis
  • Sebaiknya laporkan kepada pengedar gas yang berdekatan

Jika berlaku kebakaran gas:

Stories Rakan Kongsi
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
#StayHome And Have Fun With The Friso® Gold x Lazada 11.11 Moo-Possible Campaign
Mengapakah Si Manja Anda Memerlukan MFGM?
Mengapakah Si Manja Anda Memerlukan MFGM?
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
6 Perkara Ibu Bapa Mengatakan Tentang Kewangan - Dan Apa Yang Anak-Anak Pelajari Daripadanya
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
  • Tutup segera bekalan gas. Jangan cemas
  • Segera beritahu tentang kebakaran tersebut dan suruhlah semua orang keluar
  • Jangan membahayakan diri sendiri untuk memadam api. Segeralah menghubungi pihak bomba secepat mungkin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gara-Gara Letak Tong Gas Dalam Kabinet Tertutup, Wanita Melecur Disambar Api Ketika Memasak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sibuk 'Membawang' & Lupa Tutup Api Memasak, Wanita Dituduh Jadi Punca Kebakaran
Kongsikan:
  • Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

    Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

  • 'Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta,'' Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz

    'Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta,'' Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz

  • Isteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik Tangan

    Isteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik Tangan

app info
get app banner
  • Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

    Gambar Mira Filzah Lepas Bersalin Dipuji Natural Beauty, Peminat Tak Sabar Nak Tengok Baby

  • 'Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta,'' Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz

    'Pertama Kali Bawa Rumah Mak, Ya Allah Terjatuh Cinta,'' Neelofa Dedah Kisah Cinta PU Riz

  • Isteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik Tangan

    Isteri Terkilan Suami Berubah 100% Akibat Ketagihan Ketum, Jadi Panas Baran & Selalu Naik Tangan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.