Sakitnya Tonsil Bengkak, Elakkan Buat Pantang Larang Ini Semasa & Selepas Dibuang!

Tonsil bengkak sehingga berdenyut sudah semestinya meninggalkan rasa ketidakselesaan terhadap tubuh yang menyebabkan kita demam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tonsil bengkak terjadi disebabkan jangkitan virus yang menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran pernafasan. Ia menjadikan individu rasa tidak selesa untuk menelan makanan pejal dan ada sesetengahnya mengalami demam panas.

Sakit tonsil bengkak boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, tetapi lebih kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berbanding golongan remaja, dewasa dan orang tua.

Punca tonsil bengkak

Tonsil adalah sejenis tisu limfoid yang terletak di bahagian kerongkong pada saluran pernafasan. Ia berfungsi sebagai sistem imun yang melindungi badan daripada terkena jangkitan. 

Masalah tonsil bengkak atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai tonsilitis berpunca daripada jangkitan virus tetapi boleh terjadi disebabkan jangkitan bakteria lain seperti Streptococcus pyogenes, Influenza dan Adenovirus.

Simptom

Jika anda ingin mengenal pasti sama ada anda terkena tonsil bengkak, berikut adalah merupakan simptom tonsil bengkak:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Demam panas
  • Lemah badan
  • Sakit tekak
  • Pening kepala
  • Kelenjar limfoid membengkak
  • Tonsil berubah warna merah timbul nanah
  • Ulser di sekitar tekak
  • Tidak selesa menelan
  • Hilang selera makan
  • Suara berubah garau
  • Nafas berbau busuk

Pantang larang tonsil bengkak

Bagi yang sedang mengalaminya, sebarang kelewatan menerima rawatan akan mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan seperti mengalami kesukaran bernafas, gangguan tidur yang teruk dan kegagalan organ yang mengakibatkan kematian.

Ini kerana, tekak bengkak terbahagi kepada tiga tahap iaitu akut, kronik dan berulang. Bagi tonsilitis akut, anda mungkin tidak perlu melakukan pembedahan berbanding dengan tahap kronik dan berulang.

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi antaranya: 

Semasa sakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Rehat secukupnya.
  • Perlu menghabiskan antibiotik untuk membunuh bakteria dan mengelakkan jangkitan berulang.
  • Minum air kosong secukupnya bagi mengurangkan risiko dehidrasi.
  • Mengambil makanan yang bertekstur lembut seperti bubur, sup dan aiskrim bagi melegakan sakit tekak. 

Selepas pembedahan tonsilitis kronik dan berulang

  • Mengambil makanan dan minuman yang mudah ditelan dan elakkan saiz hidangan yang terlalu besar dan keras.
  • Kurangkan bercakap, berteriak atau menyanyi sebelum benar-benar pulih.
  • Pastikan cukup rehat dan tidur supaya badan kembali bertenaga.

Cara merawatnya di rumah

Jika anda mengalami sakit tekak bengkak berulang dan tidak begitu teruk, ini cara rawatan yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Kumur dengan air garam.
  2. Persekitaran yang bersih .
  3. Mengambil gula-gula sakit tekak seperti lozenges.
  4. Makan ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor perubatan.

 

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung, Sampai Terasa Gas Di Tekak, Ada Penawar Tak?

Baca juga: “Pedihnya Ulu Hati, Rasa Macam Kena Bakar”, Doktor Samhan Kongsi Cara Rawat Gastrik Dengan Mudah

Baca juga: Masalah Sakit Gigi Berdenyut, 11 Petua Ini Terbukti BERKESAN Menghilangkannya!

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah