8 jenis ubat yang berbahaya dan mampu memudaratkan si kecil anda

Jangan beri ubat sebarangan kepada si kecil kecuali jika ia disarankan oleh doktor sebagai ubat yang selamat dan sesuai untuknya. Ini antara 8 ubat yang ibu bapa patut elak bagi pada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan tidak memberi ubat sebarangan kerana ia mungkin ubat berbahaya untuk bayi.

Badan bayi tidak sama seperti badan orang dewasa. Mereka sangat sensitif dan boleh mengalami tindak balas yang teruk dari ubat yang tidak sesuai.

Biarpun ubat itu ubat herba atau ubat yang boleh dibeli over the counter,tanpa preskripsi doktor, ibu bapa masih perlu berhati-hati.

Jom semak panduan 8 jenis ubat berbahaya untuk bayi ini agar anda lebih bersedia dan mampu mengelak sebarang kecelakaan yang tidak diingini.

Ketahui 8 jenis ubat berbahaya untuk bayi

1. Aspirin

Jangan pernah beri bayi aspirin atau ubat apapun yang mengandung aspirin kecuali atas saranan doktor.

Aspirin adalah ubat berbahaya untuk bayi kerana ia boleh menyebabkan Reye’s syndrome; sejenis keadaan yang boleh menyebabkan pembengkakkan hati dan otak. Walaupun jarang berlaku, Reye’s sindrom adalah penyakit yang boleh membawa maut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aspirin kadang-kadang mempunyai nama lain contohnya “salicylate” atau “acetylsalicylic.”

Acetaminophen atau ibuprofen adalah ubat yang lebih sesuai apabila bayi demam atau dalam kesakitan, tetapi ibuprofen tidak selamat untuk bayi di bawah 6 bulan.

2. Ubat mual dan muntah-muntah

Jangan beri ubat untuk merawat rasa mual dan muntah pada bayi kecuali jika anda ada preskripsi dari doktor. Ubat jenis ini ubat berbahaya untuk bayi kerana ia mempunyai risiko untuk menimbulkan komplikasi pada bayi.

Jika bayi menunjukkan tanda-tanda dehidrasi, bawa anak untuk berjumpa doktor dengan segera.

3. Ubat batuk dan selesema over the counter yang dijual secara bebas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian telah membuktikan ubat batuk dan selesema yang dijual bebas terbukti kurang berkesan. Bahkan ubat batuk dan selesema ini ubat berbahaya untuk bayi apabila terlebih dos yang disyorkan!

Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya seperti:

  • mengantuk yang berlebihan
  • meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung
  • loya
  • melambatkan pernafasan
  • kekejangan
  • cirit-birit
  • ruam

4. Ubat orang lain atau ubat untuk penyakit lain

5. Ubat untuk orang dewasa

Apabila ibu bapa sembuh dengan satu dos, ini tidak bermakna si kecil juga akan sembuh jika diberi dos yang lebih kurang.

Dos untuk bayi selalu ditentukan oleh doktor melalui berat badannya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Ubat yang sudah luput

Ubat yang sudah tamat tempohnya perlu dibuang. Begitu juga dengan ubat yand telah berubah warna atau berubah bentuk misalnya pil yang telah hancur.

Ubat yang sudah luput tidak akan berkesan lagi malah berbahaya jika diberi.

7. Ubat dalam bentuk pil

Ubat kunyah atau ubat dalam bentuk pil merupakan salah satu ubat berbahaya untuk bayi. Si kecil senang tercekik apabila menelan ubat dalam bentuk pil.

Jika ubat masih diberi dalam bentuk pil, tanya doktor dulu cara pemberian yang betul. Bolehkah ubat itu dihancurkan dan dicampur dengan makanan anak misalnya, atau dilarutkan dengan sedikit air?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak mesti menghabiskan ubat itu untuk memenuhi dos yang ditetapkan.

8. Ubat titis mata

Jika mata si kecil keluar lelehan atau gatal, jangan sebarang menggunakan ubat titis mata orang dewasa.

Mata si kecil belum berkembang sepenuhnya, dan ubat titis mata yang biasa dimiliki di rumah adalah ubat khas untuk mata dewasa. Jadi bawalah si kecil berjumpa dokter untuk mendapat ubat yang sesuai.

Semoga artikel ini menjadi peringatan supaya ibu bapa tidak memberi ubat sesuka hati. Ubat boleh memudaratkan apabila tidak digunakan dalam cara yang betul.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: FDACanIgivemyBabyMayoclinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Tiada Lagi Drama Semasa Beri Bayi Makan Ubat Dengan Helah Ibu Ini!

Penulis

Rosanna Chio