Fluorosis boleh menjejaskan keadaan gigi. Ia disebabkan oleh pendedahan berlebihan kepada fluorida. Untuk pengetahuan anda, fluorosis gigi ini boleh berlaku ketika pembentukan dan pertumbuhan gigi kekal.
Kanak-kanak boleh mengalami fluorosis pada bila-bila masa sepanjang tahun apabila gigi mula terbentuk (bayi baru lahir hingga 8 tahun) jika mereka terdedah kepada tahap fluorida yang tinggi. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang berumur lebih daripada 8 tahun, masalah fluorosis ini jarang atau tidak langsung dihadapi oleh mereka.
Kenapa Kanak-Kanak Digalakkan Mengguna Ubat Gigi Bebas Fluorida
Fluorida yang berlebihan boleh didapati daripada ubat gigi, air minuman dan makanan. Tahap rendah fluorida sebenarnya membantu mencegah kaviti dan sering disyorkan sebagai langkah pencegahan untuk kesihatan pergigian pada kanak-kanak dan orang dewasa.
Walaupun begitu, oleh kerana kanak-kanak tidak biasanya tidak mengetahui cara untuk meludah semasa mereka memberus gigi, mereka akan menelan ubat gigi tersebut dan kesannya fluorida yang berlebihan boleh mengubah rupa enamel gigi pada kanak-kanak yang gigi kekalnya masih belum terbentuk.
Tetapi jika Si Kecil anda sudah tahu bagaimana untuk meludah dan tidak menelan ubat gigi semasa memberus, ianya tidaklah menjadi satu masalah untuk menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida kerana ianya mempunyai banyak manfaat pada pertumbuhan gigi anak anda.
Punca Fluorosis Gigi
Fluorosis disebabkan oleh tahap fluorida yang tinggi. Fluorida ialah mineral semulajadi yang telah terbukti membantu mencegah kaviti. Kebiasaannya, fluorida terdapat pada ubat gigi dan ubat kumur.
Kanak-kanak di bawah 8 tahun cenderung untuk menelan lebih banyak fluorida daripada kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa kerana mereka cenderung untuk menelan ubat gigi apabila mereka berus.
Simptom Fluorosis Gigi
Gigi yang tidak terjejas oleh fluorosis kelihatan licin, berkilat dan warnanya juga haruslah seperti putih pucat. Gigi yang mengalami fluorosis boleh menyebabkan rupa enamel gigi berubah, biasanya mempunyai tompok atau berjalur putih.
Walaubagaimanapun, fluorosis yang teruk boleh menjejaskan kesihatan pergigian. Tanda-tanda fluorosis yang teruk termasuklah:
- Bintik coklat pada enamel gigi
- Lubang pada gigi yang teruk
- Kerosakan kekal pada enamel gigi
8 Ubat Gigi Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi
Menyedari tentang perlunya elakkan fluorosis gigi terutama kepada bayi dan kanak-kanak kecil, pemilihan ubat gigi yang terbaik perlu diteliti sebelum diberikan kepada si manja. Antara jenama ubat gigi kanak kanak yang tidak mempunyai fluorida dan sangat disyorkan kepada ibu bapa adalah seperti berikut:
[product-comparison-table title="Ubat Gigi Bebas Fluorida"]
Ubat Gigi Bayi Terbaik Secara Keseluruhan
Jenama ubat gigi yang sangat disyorkan kerana ianya dihasilkan daripada bahan food-grade dan telah diuji selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Antara kelebihannya, ia dihasilkan daripada Calendula organik yang berfungsi sebagai anti-bakteria serta memberi perlindungan terhadap gusi.
Bersama agen perlindungan berganda iaitu Xylitol dan Hydroxyapatite dapat bagi mencegah kaviti dan memineralkan semula gigi. Ubat gigi ini adalah pilihan yang tepat buat si kecil anda jika anda mencari produk yang selamat, semulajadi dan halal.
Ianya bebas alkohol, fluorida dan diuji secara dermatologi. Dengan bahan semulajadi & selamat, ubat gigi ini tidak akan memberi apa-apa kesan pedih, pedas atau membahayakan kesihatan.
Apa yang kami suka?
- Food-grade – menjadikannya selamat jika si kecil tertelan
- Bebas fluorida, alkohol dan diuji secara dermatologi
- Diiktiraf menggunakan Calendula organik sebagai agen antibakteria & perlindungan gusi
- Mengandungi Xylitol yang mampu mencegah kerosakan gigi dan kaviti
- Mempunyai 2 perisa lazat – Strawberi dan Bubblegum
- Sesuai untuk umur 6 bulan hingga 3 tahun
- Diyakini halal
Ubat Gigi Bayi Terbaik Vegan
Jenama daripada Mismis buatan Malaysia ini dirumus dengan teliti berasaskan polifenol koko tanin dan campuran rempah ratus seperti kayu manis dan pelaga untuk menghilangkan plak dengan lembut dan gigi yang lebih bersih dan gusi yang kelihatan sihat.
Bebas fluorida dan formulasinya tanpa sodium lauryl sulfate (SLS), karagenan, triclosan, paraben atau warna tiruan.
Apa yang kami suka?
- Bahan yang berasaskan daripada tumbuhan, sesuai untuk kanak-kanak
- Merupakan ubat gigi vegan
- Mampu melawan plak untuk gigi yang lebih bersinar dan sihat
- Cruelty-free - Tidak melakukan sebarang ujian keatas haiwan
- Memberi efek buih apabila memberus gigi menjadikannya seronok untuk si kecil
Ubat Gigi Bayi Terbaik Bahan Organik
Diformulasi daripada flourida semulajadi dengan rasa menyegarkan dari daun pudina. Ianya. bebas surfaktan, pemanis tiruan dan minyak mineral. Ubat gigi Little Innoscents yang kaya dengan kalsium ini juga boleh menjadikan gigi serta gusi sihat dan kuat rasa pudina segar dengan strawberi memberikan si manja pengalaman memberus gigi dengan selamat dan menyeronokkan.
Apa yang kami suka?
- Tiada bahan sintetik/kimia
- Menggunakan 77% bahan organik dan 23% bahan semulajadi
- Selamat ditelan
- Tiada pemanis tiruan - sebaliknya gunakan Stevia
- Mengandungi aloe vera
- Boleh digunakan seawal umur 3 bulan
Ubat Gigi Bayi Terbaik Bebas Bahan Tiruan
Ubat Gigi Colgate Kids ini terbukti secara klinikal untuk perlindungan kaviti dan enamel. Pembersihan lembut dan rasa buah pasti akan membuatkan anak lebih gemar memberus. Penggunaan ubat gigi ini satu permulaan yang baik untuk senyuman sihat sepanjang hayat.
Ianya merupakan ubat gigi yang mesra bayi, tidak mempunyai pewarna dan perisa tiruan.
Apa yang kamu suka?
- Tidak mempunyai perisa tiruan; bahan pengawet; pemanis & pewarna
- Rasa buah-buahan semulajadi
- Bebas Fluorida selamat jika tertelan
- Sesuai untuk bayi berumur 0-2 tahun
Ubat Gigi Bayi Terbaik Tanpa Pengawet
Ubat gigi ini mengandungi xylitol dan juga garam bukit serta tiada langsung bahan kimia. Ianya tidak mmberi kesan kepada mereka yang mengalami gigi dan gusi sensitif. Untuk info, xylitol merupakan gula asli dari tumbuhan bagi menambah rasa manis pada ubat gigi dan tidak menyumbang kepada kaviti dan pereputan.
Dengan gabungan garam bukit dapat memberikan perlindungan gusi dan gigi maksimum. Selain itu, ianya bebas fluorida dan tidak akan menyebabkan fluorosis gigi. Memberi pembersihan lembut pada gigi, dan tidak akan menyebabkan kerengsaan pada gigi dan gusi yang sensitif
Apa yang kami suka?
- Sifar risiko pengambilan fluorida
- Selamat jika tertelan secara tidak sengaja
- Rasa blackcurrant yang lazat dan menjadi kegemaran setiap kanak-kanak
- 100% tanpa pengawet
Ubat Gigi Bayi Terbaik Perisa Buah-Buahan
Ubat Gigi Bayi BZU BZU diformulasikan dengan Silika Terhidrat berkualiti tinggi yang melindungi gusi dan gigi. Bayi suka rasa manis buah kerana ia lembut dan tidak menyengat.
Diperkaya dengan Dandelion, Aloe Vera, dan Teh Hijau, ia memberikan perlindungan terbaik untuk kesihatan mulut si manja.
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun
- Perlindungan enamel dengan Silika Terhidrat berkualiti tinggi
- Mengandungi Dandelion, Aloe Vera, dan Teh Hijau
- Rasa buah-buahan dengan ekstrak teh hijau untuk kesegaran berpanjangan
Ubat Gigi Bayi Terbaik Tanpa Fluorida
Ubat gigi ini rasanya lazat seperti pencuci mulut, memberikan perlindungan yang boleh dipercayai dan tahan lama untuk gigi susu daripada makanan berasid dan kerosakan gigi. Ia tidak mengandungi fluorida, menjadikannya sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 0 tahun ke atas.
Rasa buah-buahan segar menjadikan rutin harian membersihkan gigi si kecil dianggap sebagai aktiviti yang menyeronokkan.
Apa yang kami suka?
- Perisa strawberi
- Tidak mengandungi bahan berbahaya seperti SLS, triclosan atau mikroplastik
- Mengandungi sorbitol yang berfungsi memastikan ubat gigi tidak cepat kering.
- Bebas flourida jadi selamat jika tertelan
Ubat Gigi Bayi Terbaik Selamat Dimakan
Mamaearth 100% Natural Berry Blast Kids Toothpaste ialah ubat gigi bebas fluorida dan SLS yang menguatkan gusi, menghilangkan plak, dan mempunyai rasa yang sedap.
Ubat gigi ini membersihkan gigi dengan lembut, mengurangkan pembentukan plak, menghalang pertumbuhan semula bakteria, dan memberikan perlindungan maksimum terhadap kaviti, sambil lembut pada gusi yang sensitif. Anda tidak perlu risau jika lebih banyak ubat gigi tertelan oleh anak anda berbanding masuk ke sinki kerana ia dirumus dengan bahan semulajadi.
Apa yang kami suka?
- Berperisa beri, kanak-kanak sukakannya
- Selamat untuk ditelan
- Diperakui bebas toksik
- Dibuat tanpa Fluorida, SLS, Paraben, Phthalates, dan Petrokimia
- Membersih dan mengekalkan gigi putih berseri
Perbandingan Harga Ubat Gigi Bebas Fluorida Untuk Cegah Fluorosis Gigi
Jenama |
Berat kandungan (ml/gram)
|
Harga |
Mama’s Choice Baby & Kids Toothpaste |
45g |
RM13.50 |
Mismis Natural Toothpaste |
50g |
RM5.99 |
Little Innoscents Milky Toothpaste |
50ml |
RM18.00 |
Colgate Kids Fluoride Free 0% Artificial Toothpaste 0-2 Years |
50g |
RM35.50 |
Dentepro Kids Fluoride Free Toothpaste |
75g |
RM12.90 |
BZU BZU Baby Toothpaste |
50g |
RM18.90 |
CURAPROX Kids Toothpaste No Fluoride |
60ml |
RM32.00 |
Mamaearth 100% Natural Berry Blast Kids Toothpaste |
50g |
RM17.00 |
Rawatan Dan Pencegahan Fluorosis Gigi
Kebanyakan kes fluorosis adalah ringan dan tidak memerlukan rawatan. Dalam kes yang lebih teruk, cara hilangkan fluorosis gigi menggunakan kaedah pemutihan gigi, venir atau teknik merawat pergigian boleh digunakan untuk membetulkan perubahan warna kekal.
Parents boleh membantu mencegah fluorosis pada si manja melalui beberapa cara, antaranya:
- Bertukar kepada ubat gigi dan ubat kumur bebas fluorida dan selamat untuk kegunaan si kecil
- Menggunakan hanya sedikit ubat gigi ketika memberus gigi si kecil
- Mengawasi si kecil semasa mereka memberus bagi memastikan mereka meludah keluar dan tidak menelan ubat gigi atau ubat kumur yang mengandungi fluorida
- Jauhkan ubat gigi dan ubat kumur daripada capaian kanak-kanak
- Mendapatkan info lebih lanjut daripada sekolah kanak-kanak tentang program rawatan fluorida, jika ada
Diharapkan dengan artikel ini, ia sedikit sebanyak memberi manfaat buat ibu ayah di luar sana tentang penjagaan gigi si manja agar kekal kuat dan bersih, bebas daripada masalah fluorosis.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.theAsianparent Malaysia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Umur Berapa Bayi Tumbuh Gigi? Ini Jadual Lengkap Pertumbuhan Gigi Bayi Ibu Kena Tahu
Baca juga: Kerap Beri Aiskrim & Gula-Gula, Doktor Tegur Ibu Ayah BERHENTI Rosakkan Gigi Anak
Baca juga: Bayi Belum Tumbuh Gigi? Jangan Panik, Cuba Ini Untuk Rangsang Pertumbuhan Gigi Si Manja!