X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Suplemen Kolagen Boleh Melambatkan Proses Penuaan? Jom lihat 6 Jenama Kolagen Yang Berkesan Untuk Anda Cuba.

Suplemen kolagen diambil dari sumber marine, bovine dan plants yang diproses agar mudah diserap oleh badan. Ianya baik untuk menguatkan rambut dan kuku, serta melambatkan proses penuaan.

Kolagen ialah sejenis protein yang membentuk fizikal manusia seperti rambut, kulit, tulang, otot, sendi dan sebagainya. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 1/3 daripada tubuh badan manusia sendiri adalah kolagen.

Secara umumnya, terdapat 28 jenis kolagen yang diketahui dan 90% daripada badan manusia dirangkumi oleh kolagen Type 1. 

Badan manusia boleh menghasilkan kolagen sendiri tetapi, apabila usia seseorang itu meningkat, badan tidak lagi dapat menghasilkan jumlah seperti asal. 

Dengan kekurangan kandungan kolagen dalam badan, proses penuaan seperti kulit berkedut, bergaris dan kendur, rambut gugur dan masalah tulang tidak kuat akan berlaku dengan lebih cepat.

Isi Kandungan

  • Punca Kekurangan Kolagen
  • Cara Mengatasi
  • Perlu Tahu
  • Kolagen Terbaik
  • Swisse
  • Kinohimitsu
  • BIOGREEN O'Young
  • BIOEXCELLENT
  • Nature's Way
  • Blackmores
  • Perbandingan Harga 

Punca Kekurangan Kolagen Dalam Badan

Suplemen Kolagen Boleh Melambatkan Proses Penuaan? Jom lihat 6 Jenama Kolagen Yang Berkesan Untuk Anda Cuba.

Peningkatan usia adalah satu lumrah dan punca natural utama yang menyebabkan badan kita tidak dapat menghasilkan jumlah kolagen yang sama seperti semasa kita muda. 

Selain itu, gaya hidup, pemakanan tidak seimbang dan tidak berkhasiat juga merupakan punca kepada masalah ini. 

Pengambilan minuman beralkohol, menghisap rokok, kerap makan makanan bergoreng, kurang bersenam, tekanan perasaan dan kekurangan vitamin adalah contoh perkara yang membuatkan badan kita tidak dapat menghasilkan kolagen sendiri secara optimum. 

Hasilnya, badan kita akan kekurangan sumber yang penting untuk kesihatan kulit, rambut, sendi, otot badan dan kekuatan tulang. 

Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Kolagen

Suplemen Kolagen Boleh Melambatkan Proses Penuaan? Jom lihat 6 Jenama Kolagen Yang Berkesan Untuk Anda Cuba.

Pengambilan makanan yang tinggi dengan kolagen seperti sup kaki ayam dan sup tulang lembu yang direbus lebih 24 jam, dan juga kulit ikan adalah antara solusinya. Tetapi, semestinya kita akan hilang selera jika terpaksa makan menu yang sama setiap hari. 

Jadi, penyelesaian yang lebih mudah dan praktikal adalah dengan mengambil suplemen kolagen. 

Kini terdapat pelbagai jenis dan jenama suplemen kolagen yang dibuat daripada sumber haiwan dan tumbuhan yang telah diformulasikan di makmal dengan selamat. 

Perlu Tahu Semasa Memilih Suplemen Kolagen

1. Lihat senarai kandungan produk itu

Pastikan sumber kolagen yang digunakan – marine bermaksud daripada ikan, bovine bermaksud daripada lembu, porcine daripada khinzir dan plants daripada tumbuh-tumbuhan.

2. Semak dos untuk setiap kali pengambilan

Dos dalam kadar yang selamat dan berkesan yang disarankan adalah antara 2.5gram – 15 gram sehari. 

3. Pilih suplemen kolagen yang menggunakan hydrolysed collagen atau collagen peptides

Kolagen yang sudah diproses ini adalah dalam bentuk molekul yang lebih kecil dan mudah diserap oleh badan

4. Periksa kandungan tambahan lain

Sesetengah suplemen kolagen mengandungi kandungan lain seperti gula, pewarna, perisa dan vitamin tambahan lain yang baik untuk kesihatan.

5. Pilih suplemen yang mudah untuk anda makan

Sama ada yang berbentuk serbuk untuk dicampur dengan air, pil, cecair atau gummies. Terserah kepada kesukaan masing-masing.

Suplemen Kolagen Terbaik Untuk Anda Cuba

Jika anda lihat rak suplemen kolagen di farmasi dan kedai kesihatan, anda pasti akan terasa bingung untuk memilih produk yang terbaik. Dengan pelbagai pilihan yang ada, anda terpaksa menghabiskan masa berjam-jam untuk meneliti kandungan setiap satu. Jadi untuk memudahkan anda, kami telah pilih 6 suplemen kolagen terbaik untuk anda cuba.

Suplemen Kolagen Terbaik
product image
SWISSE Collagen Glow with Collagen Peptides
Terbaik kerana mengandungi grape seed dan Co-Enzyme Q10
more info icon
View Details
BELI DI LAZADA
product image
Kinohimitsu Collagen Diamond
Terbaik kerana mempunyai rasa laici
more info icon
View Details
BELI DI LAZADA
product image
BIOGREEN O'Young Natural Collagen Drink
Terbaik untuk selepas bersalin dan sedang menyusu bayi
more info icon
View Details
BELI DI WATSONS
product image
BIOXCELLENT Tripeptide Collagen White Diamond
Terbaik kerana mengandungi tripeptide collagen
more info icon
View Details
BELI DI WATSONS
product image
Nature's Way Beauty Collagen Gummies
Terbaik kerana mengandungi kolagen Type 1 dan Type 3
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE
product image
Blackmores Collagen 10,000mg
Terbaik kerana mempunyai sijil pengesahan Halal
more info icon
View Details
BELI DI SHOPEE

SWISSE Collagen Glow with Collagen Peptides

Terbaik kerana mengandungi grape seed dan Co-Enzyme Q10

   kolagen terbaik 

Jenama Swisse dari Australia ini amat terkenal dan sudah lama berada di pasaran dan produk ini menggunakan kolagen daripada sumber bovine iaitu daripada lembu.

Suplemen ini bagus kerana:

  1. Menggalakkan penghasilan kolagen oleh tubuh badan sendiri.
  2. Membuatkan kulit lebih anjal, tegang dan glowing.
  3. Menggunakan collagen peptides yang mudah dihadam dan diserap oleh badan.
  4. Mengandungi kandungan tambahan seperti grape seed dan Co-Enzyme Q10.
  5. Menjadikan rambut dan kuku lebih kuat dan sihat.

SWISSE Collagen Glow with Collagen Peptides

product imageBELI DI LAZADA

Kinohimitsu Collagen Diamond

Terbaik kerana mempunyai rasa laici yang menyegarkan

kolagen terbaik

Kinohimitsu ialah pengeluar minuman kecantikan No. 1 di Malaysia dan Singapura yang menghasilkan suplemen kolagen yang dipek dalam botol-botol kecil. Setiap satu kotak mengandungi 32 botol untuk pengambilan selama sebulan.

Suplemen ini bagus kerana:

  1. Menggunakan peptide collagen daripada sumber marine, iaitu ikan dalam bentuk molekul kecil yang memudahkan ia diserap oleh badan.
  2. Baik untuk ketegangan kulit dan mengurangkan garis kedut di muka.
  3. Membantu dalam menganjalkan payudara dan punggung.
  4. Menjadikan kuku dan rambut lebih kuat.
  5. Datang dalam perisa laici yang sedap untuk diminum, terutama sekali jika disejukkan dahulu di dalam peti sejuk.

Kinohimitsu Collagen Diamond

product imageBELI DI LAZADA

BIOGREEN O’Young Natural Collagen Drink

Terbaik kerana sesuai untuk ibu baru bersalin dan yang sedang menyusukan bayi

Suplemen Kolagen Boleh Melambatkan Proses Penuaan? Jom lihat 6 Jenama Kolagen Yang Berkesan Untuk Anda Cuba.

Suplemen keluaran BIOGREEN ini datang dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan air suam dan diambil 2 hingga 3 kali sehari.

Suplemen ini bagus kerana:

  1. Kolagen yang digunakan adalah 100% daripada sumber tumbuh-tumbuhan, dan menjadikannya pilihan terbaik untuk orang yang mengamalkan diet vegetarian.
  2. Sesuai untuk diambil oleh ibu yang baru bersalin dan menyusukan bayi.
  3. Melambatkan proses penuaan serta menjadikan kulit lebih anjal dan tegang.
  4. Menggalakkan pertumbungan rambut dan kuku yang lebih sihat.
  5. Pengambilan suplemen kolagen ini juga baik untuk mereka yang sering berada di bilik berpenyaman udara, tidak cukup tidur dan tidak mengamalkan diet yang seimbang.

BIOGREEN O'Young Natural Collagen Drink

product imageBELI DI WATSONS

BIOXCELLENT Tripeptide Collagen White Diamond

Terbaik kerana mengandungi tripeptide collagen

kolagen terbaik

Pemenang Health Brand Awards ini menggunakan kolagen daripada sumber marine yang sudah diformulasikan menjadi minuman campuran botani berperisa buah-buahan.

Suplemen ini bagus kerana:

  1. Mengandungi tripeptide collagen yang amat mudah diserap oleh sel-sel badan.
  2. Bertugas sebagai bahan yang menggalakkan penghasilan kolagen oleh tubuh badan seseorang itu sendiri.
  3. Membuatkan kulit menjadi lebih sihat, segar dan cerah.
  4. Menguatkan sendi, tulang, rambut dan kuku.
  5. Menunjukkan kesan yang ketara dalam tempoh yang singkat.

BIOXCELLENT Tripeptide Collagen White Diamond

product imageBELI DI WATSONS

Nature’s Way Beauty Collagen Gummies

Terbaik kerana mengandungi kolagen Type 1 dan Type 3

kolagen terbaik
Nature’s Way ialah jenama dari Australia dan merupakan pengeluar suplemen yang amat terkenal dan dipercayai.

Suplemen ini bagus kerana:

  1. Mengandungi VERISOL® collagen peptides yang memperbaiki kesihatan kulit dari dalam.
  2. Datang dalam bentuk gummies yang sesuai untuk mereka yang suka mengunyah sambil bekerja.
  3. 99.8% bebas daripada kandungan gula tambahan, menjadikannya sesuai dengan mereka yang sedang mengawal pengambilan gula.
  4. Direka khas untuk kesihatan dan kekuatan rambut, kulit dan kuku.
  5. Menggalakkan penghasilan kolagen sendiri oleh tubuh badan.

Nature's Way Beauty Collagen Gummies

product imageBELI DI SHOPEE

Blackmores Collagen 10,000mg

Terbaik kerana mempunyai sijil pengesahan Halal

kolagen terbaik

Lagi satu suplemen keluaran Australia yang dipercayai berkesan ialah Blackmores Collagen 10,000mg. Datang dalam botol-botol kecil yang dicampur dengan jus epal dan grape seed yang mudah diminum.

Suplemen kolagen ini bagus kerana:

  1. Mendapat sijil pengesahan Halal oleh Taiwan Halal Integrity Development Association (THIDA).
  2. Sesuai untuk diambil oleh sesiapa sahaja yang berusia 12 tahun ke atas, 1 botol setiap hari.
  3. Menggunakan kolagen daripada sumber marine iaitu daripada ikan yang berkualiti tinggi.
  4. Mudah diserap oleh badan dan tidak mempunyai sebarang perisa atau pewarna tambahan.
  5. Meningkatkan tahap kesihatan kulit dan sekaligus membuatkan kulit tampak lebih bersih, tegang dan cantik. 

Blackmores Collagen 10,000mg

product imageBELI DI SHOPEE

Perbandingan Harga 

Jenama Kuantiti Harga (RM)
SWISSE Collagen Glow with Collagen Peptides 60 biji RM66.80
Kinohimitsu  Collagen Diamond 32+2 botol RM229.00
BIOGREEN O’Young Natural Collagen Drink 400g RM118.00
BIOXCELLENT Tripeptide Collagen White Diamond 700g RM60.70
Nature’s Way Beauty Collagen Gummies 40 biji RM48.93
Blackmores Collagen 10,000mg 10+2 botol RM87.85

Diharapkan semoga artikel ini bermanfaat buat anda yang mencari suplemen kolagen terbaik!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Baca juga: Kulit Kusam, Berjerawat dan Berbintik Semasa Hamil? Ini Skincare Terbaik, Malah Selamat Untuk Para Ibu!

Baca juga: Kenapa Ibu-Ibu Selalu Mengalami Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin? Ini Jawapannya

Baca juga: Penjagaan Wajah Yang Terbaik Buat Wanita Hamil Untuk Kulit Mulus & Lembap

Nota Editor: Pautan produk yang disediakan di sini bertujuan untuk membantu memudahkan carian produk untuk pembaca kami. Beli barang adalah mengikut budi bicara anda sendiri. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang pertikaian dan masalah transaksi. Sekiranya anda membeli item dari post ini, theAsianparent mungkin menerima potongan kecil. Setiap item dan harga adalah terkini pada masa pengeluaran; namun, item mungkin habis terjual atau harganya sedikit berbeza pada hari berikutnya.
img

Penulis

Izzati Saadin

Kongsi artikel ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community diiOS danAndroid sekarang!

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • 5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

    5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

  • Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

    Kasihan Tengok Hidung Si Manja Tersumbat! Ibu, Guna Penyedut Hingus Bayi Selamat & Lembut Untuk Kelegaan Segera!

  • Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

    Mainan Magnet Anak Terbaik di Malaysia, Galakkan Imaginasi Anak Anda Dengan Mainan Ini

  • 5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

    5 Tips Hilangkan Batuk Berkahak Mengikut Usia Bayi, Terbukti BERKESAN & Ibu Kena Cuba

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.