Cek Mek Molek Bukan Sekadar Kuih Popular, Ramai Tak Tahu Khasiat Ubi Keledek Dalam Kuih Ini

Di Malaysia, ubi keledek bukanlah sesuatu yang asing namun tahukah anda bahawa ubi keledek mempunyai 7 khasiatnya yang tersendiri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ubi keledek biasanya digunakan dalam pembuatan kuih-muih seperti lepat, kuih talam, kuih keria, cek mek molek, cucur badak dan sebagainya. Malah enak juga dimakan jika dimasak secara rebus atau bakar.

Di Malaysia, ubi keledek bukanlah sesuatu yang asing lagi malah ianya dikenali oleh hampir semua lapisan masyarakat dan usia namun tahukah anda bahawa ubi keledek mempunyai khasiatnya yang tersendiri. 

Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas merupakan sejenis makanan berkanji yang berasal dari keluarga Convolvulaceae. Antara ciri-ciri fizikal ubi keledek adalah mempunyai kulit berwarna coklat kasar dan isinya pula mempunyai pelbagai variasi warna seperti  putih, jingga dan ungu.

7 Khasiat Ubi Keledek

1. Meningkatkan sensitiviti insulin

Di dalam satu kajian percubaan klinikal yang dijalankan terhadap pesakit diabetes, didapati bahawa pengambilan ekstrak ubi berkulit putih dapat meningkatkan sensitiviti pesakit selepas tempoh lima bulan. Selain itu, didapati juga paras HbA1c pesakit bertambah baik. HbA1c adalah salah satu ujian darah yang digunakan untuk mengukur paras gula di dalam darah di dalam tempoh tiga bulan sebelum ujian dilakukan.

2. Mengurangkan risiko menghidap kencing manis

Ubi keledek adalah makanan berkanji yang mempunyai kandungan serat. Selain itu, pengambilan serat juga mampu untuk mengurangkan paras gula di dalam darah dan paras peratusan HbA1c pesakit kencing manis. Saranan pengambilan serat seharian adalah dari 25 g ke 30 g. Namun harus diingat, ubi keledek haruslah diambil di dalam kuantiti yang sederhana bagi pesakit kencing manis kerana kandungan kanjinya yang tinggi.

3. Mengurangkan tekanan darah

Ia adalah makanan yang kaya dengan sumber kalium. Kalium adalah salah satu komponen yang mampu menyebabkan salur darah mengambang. Pengembangan salur darah akan menyebabkan tekanan darah untuk menurun lalu mengelakkan tekanan darah tinggi. Selain itu, ubi ini juga mempunyai kandungan natrium yang sangat rendah dan sangat sesuai untuk dimakan oleh pesakit darah tinggi.

4. Meningkatkan kesihatan usus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kandungan serat di dalam ubi ini bukan sahaja mampu mencegah kenaikan paras gula di dalam darah, malah ianya juga mampu untuk meningkatkan kesihatan usus. Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan serat yang mencukupi dapat mengelakkan sembelit dan mengurangkkan risiko kanser usus.

5. Membekalkan tenaga dengan segera

Ubi keledek merupakan makanan yang tinggi dengan kandungan kanji dan karbohidrat. Di mana komponen ini berfungsi untuk membekalkan tenaga terhadap tubuh badan. Komponen karbohidrat di dalam 100 g ubi keledek mampu membekalkan lebih kurang 120 kcal tenaga terhadap badan (1 g karbohidrat = 4 kcal tenaga).

6. Mengelakkan rasa lapar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kandungan serat di dalam ubi ini mampu untuk membuatkan kita berasa kenyang dengan lebih lama. Hal ini kerana serat melambatkan proses pengosongan perut lalu mengelakkan rasa lapar dengan cepat.

7. Mencegah penyakit skurvi

Penyakit skurvi adalah penyakit di mana badan mengalami kekurangan vitamin c. Antara simptom penyakit skurvi adalah gusi berdarah, badan menjadi lemah dan pendarahan kulit. Ia mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi di mana pengambilannya yang mengikut saranan dapat mengelakkan penyakit skurvi.

Resepi Kuih Berasaskan Ubi Keledek Popular

1. Cek Mek Molek

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cek Mek Molek adalah antara kuih tradisi kegemaran ramai yang berasal dari pantai timur. Kebiasaannya menggunakan ubi keledek oren yang direbus sehingga empuk dan cuma digaul bersama tepung gandum dan garam.

Resepi yang dikongsi oleh Che Nom mudah sahaja tetapi anda harus pandai menggagak sebanyak mana tepung yang perlu dimasukkan supaya kuih tidak menjadi terlalu lembik atau terlalu keras. 

Tekstur keledek oren sememangnya agak lembik dan perlukan tepung yang lebih sedikit untuk diuli supaya adunan nantitidak melekat. Semasa proses membentuk kuih ,sapukan sedikit tepung di tangan anda supaya adunan kuih senang dibentuk.

Bahan-bahan :

  • 3-4 biji ubi keledek
  • tepung gandum
  • secubit garam
  • gula pasir
  • minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:

  1. Potong ubi keledek kepada beberapa ketulan besar dan rebus sehingga masak empuk. Angkat dan sejukkan.
  2. Kupas kulit dan lenyek halus bersama secubit garam.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit ke dalam ubi keledek dan uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.
  4. Bulatkan adunan seperti bebola kecil dan leperkan setebal 1/2 cm. Sudukan 1 sudu gula pasir dan tutup dengan rapi. Uli supaya bentuknya menjadi bujur dan tajam di hujung.
  5. Goreng di atas api sederhana sehingga permukaan kuih menjadi sedikit perang.

Tip:

  • Pastikan kuih digoreng dalam minyak yang agak banyak dan di atas api sederhana kerana hasilnya nanti kuih akan masak kekuningan dengan cantik, gula cair sepenunhya dan permukaan tidak cepat hangus.

2. Suito atau Bebola Keledek

Suito atau bebola keledek adalah antara makanan yang semakin dikenali sekarang ini. Ia pada asalnya merupakan satu snek yang diperbuat daripada ubi keledek. Tidak hanya sedap, malah juga berkhasiat. Kanak-kanak juga pasti menggemarinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 450 gram ubi keledek (direbus dan dilenyek)
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh baking powder
  • Garam secukupnya
  • Bijan

Cara penyediaan:

  1. Campur semua bahan sehingga menjadi doh
  2. Kemudian buat bentuk membulat seakan bola ping pong
  3. Golek di atas taburan bijan
  4. Goreng sehingga masak di atas api kecil

3. Pengat Ubi Keledek, Jagung dan Nangka

Hidangan pemanis mulut pengat ubi keledek, jagung bersama nangka ini pastinya boleh jadi hidangan minum petang yang menyelerakan. Tak kisah golongan usia, pasti semua isi keluarga menyukainya. Cubalah!

Bahan-bahan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • 3 batang ubi keledek
  • 1 batang jagung
  • 6 ulas nangka
  • 2 sudu besar sagu
  • 1 cawan santan
  • 3 cawan air
  • 1/4 cawan gula perang
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam

Cara penyediaan:

  1. Potong kecil ubi keledek dan rebus sehingga ia separuh empuk
  2. Buang air dan tapis
  3. Masukkan ubi yang direbus tadi ke dalam periuk bersama jagung dan nangka (nangka haruslah dikoyak isinya)
  4. Masukkan daun pandan, santan dan air. Kemudian gaul di atas api yang perlahan.
  5. Tambah gula mengikut citarasa
  6. Masukkan sagu, sedikit garam (garam dapat memberikan rasa lemak)
  7. Gaul rata dan biarkan ia mendidih di atas api kecil
  8. Apabila jagung dan ubi sudah lembut, tutup api dan sedia untuk dihidang.

4. Kuih Talam Ubi Keledek

Malaysia sangat terkenal dengan hidangan kuih talam ubi keledek. Hidangan pemanis mulut ini merupakan kuih tradisional Malaysia yang tidak ditelan zaman. Ia sudah sebati dalam budaya bangsa Melayu, di mana kuih ini menjadi sebahagian dalam sambutan perayaan, majlis rasmi atau kenduri, dan snek harian. Untuk membuatnya juga tidak rumit. Cubalah!

Bahan-bahan (lapisan bawah):

  • 300 gram ubi keledek merah (rebus dan lenyek)
  • 75 gram tepung beras
  • 75 gram tepung ubi
  • 150 gram santan kotak
  • 150 gram air
  • 200 gram gula pasir (ikut citarasa)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanila (jika suka)
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan (lapisan atas)

  • 100 gram tepung ubi
  • 200 gram santan pekat
  • 200 gram air
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan (lapisan bawah)

  1. Kisar semua bahan dan masukkan ke dalam periuk
  2. Kacau di atas api sederhana sehingga ia menjadi pekat.
  3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak. Jika tiada loyang, boleh juga untuk gunakan acuan kecil sehingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 minit.

Cara penyediaan (lapisan atas)

  1. Kisar semua bahan dan masukkan ke dalam periuk dan kacau di atas api sehingga pekat
  2. Setelah ia pekat, tuang ke atas adunan keledek tadi
  3. Kukus semula selama 10 minit.
  4. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan dan dipotong.
  5. Sedia untuk dihidang
Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Perbezaan Daun Sup & Daun Ketumbar, Nak Masakan Sedap Kena Tahu 6 Perkara Ini

Baca juga : Air Rebusan Daun Durian Belanda Mujarab Membantu Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan

Baca juga : Musim Manggis Ni Jangan Lepaskan Peluang Untuk Makan, Banyak Khasiat Yang Ramai Tak Tahu!

Penulis

Nursyamimi