X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Bersedih, Ujian Allah Bukan Hukuman Sebaliknya Tanda Allah Sayang, Ini Sebabnya!

5 min bacaan
Jangan Bersedih, Ujian Allah Bukan Hukuman Sebaliknya Tanda Allah Sayang, Ini Sebabnya!

Ujian Allah tidak akan datang tanpa bersebab melainkan untuk menguji sifat kesabaran dan sifat kehambaan bagi mereka yang beriman.

Ombak tidak besar, cuma perahu kita yang kecil. Ujian Allah tidaklah berat mana, cuma iman kita sahaja yang lemah.

Namun jangan hanya minta diringankan ujian, sebaliknya pintalah diberi kekuatan iman saat menerima ujian. Bila diuji, adakah tuhan marah kepada kita? Kenapa bukan orang lain? 

Ingatlah bahawa setiap ujian yang datang itu sesuai dengan kemampuan diri kita sebagai hambaNya seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma’ Harun melalui laman Facebooknya.

Sebagaimana firman Allah SWT:
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (al-Baqarah:286)
 
Sungguh, ujian itu diberikan pada yang mampu. Boleh jadi kemampuan itu datang daripada segi kekuatan, kesabaran, ketabahan dan cara kita bangkit selepas diuji.
 
Persoalannya, mampukah kita terus bersangka baik kepada Allah setelah diuji?

Sebab Allah kirimkan ujian kepada hambaNya

ujian Allah

Setiap manusia tidak akan terlepas daripada sebarang ujian. Ujian datang kepada semua golongan, sama ada kecil ataupun besar, tua mahupun muda, kaya dan juga miskin.
 
Ia bertujuan untuk menguji dan mendapatkan ganjaran bergantung dari cara kita memandang ujian yang menentukan cara kita menghadapinya. 
 
Sebab Allah kirimkan ujian adalah:
Advertisement
 
1. Ujian tanda Allah sayang
إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ، فَمَنْ صَبَرَ فَلَهُ الصَّبْرُ، وَمَنْ جَزِعَ فَلَهُ الْجَزَعُ
Maksudnya: “Jika Allah SWT mencintai suatu kaum, Dia akan menguji mereka. Maka barangsiapa yang bersabar maka baginya kesabaran dan barangsiapa yang berkeluh kesah maka baginya keluh kesah.” (HR Ahmad)
 
2. Ujian penghapus dosa
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ
حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya, melainkan Allah akan menghapuskan dosa-dosanya.”
(HR Bukhari)
 
3. Ujian meningkatkan darjat
مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Maksudnya: “Tidak ada satupun musibah yang menimpa seorang Muslim berupa duri atau yang semisalnya, melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjatnya atau menghapus kesalahannya.”
(HR Muslim)

Hikmah yang berselindung disebalik ujian

Setiap ujian itu ada hikmah yang tersirat disebaliknya. Jadi, janganlah merasa rendah diri dan menyalahkan diri sendiri apabila ditimpa ujian kerana tiap-tiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Ada yang diuji dengan kemiskinan, diuji dengan kehilangan ibu bapa, ada yang diuji kehilangan harta benda, diuji dengan kehilangan pekerjaan, ada yang diuji dengan ujian perkahwinan tanpa zuriat dan bermacam-macam lagi. 

Sesungguhnya, tiada anak itu bukan bererti kekurangan, ia hanyalah satu ketentuan Allah yang berbeza bagi setiap manusia. Allah cuma mahu melihat sejauh mana kita yakin dan berserah pada-Nya saat ditimpa musibah. 

Yakinlah, orang yang diuji adalah orang yang beruntung kerana disayangi Allah. Sesungguhnya setiap ujian yang ditimpa, pasti ada jalan keluar yang terbaik.
 
Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا
Maksudnya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (As-Syarh:5-6)
 
Firman Allah SWT:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
Maksudnya: Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. (Al-Baqarah : 45)

Doa yang boleh diamalkan ketika diuji

ujian Allah

Apabila semua ujian itu membuatkan kita semakin dekat dan tinggi kebergantungan kepada Allah, serta membuatkan kita makin bersyukur, itu sebenarnya adalah rahmat dan hadiah yang besar dari Allah. Hadiah dari Allah tidak selalunya dibungkus indah.

Berikut merupakan doa-doa yang boleh diamalkan saat kita diuji:
 
1. Doa menyerahkan urusan pada Allah
وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Maksudnya: “Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku), sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya”.
(Surah Ghafir: 44)
 
2. Doa ketika ditimpa musibah
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِى فِى مُصِيبَتِى وَأَخْلِفْ لِى خَيْرًا مِنْهَا
Maksudnya: “Sesungguhnya kita milik Allah dan akan kembali kepada-Nya, Ya Allah berikan aku pahala dalam musibahku ini dan gantikan dengan yang lebih baik darinya.”
(HR Muslim)
 
3. Doa dipermudahkan urusan
اللهُمَّ لَا سَهْلَ إلَّا مَا جَعَلتَهُ سَهْلًا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلً
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.” (Ibnu Hibban)
 
4. Doa penenang hati
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (HR Bukhari)
 
Jika mahu menangis, menangislah semahunya. Pastikan bangkit setelah itu dengan semangat yang baru. Sebenarnya ujian bukan hukuman, tapi tanda Allah sayangkan kita.
Daripada Suhaib r.a, Rasulullah SAW bersabda:
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ، وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ،فَكَانَ خَيْرًا لَهُ، وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ، صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Maksudnya: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya.” (HR Muslim)
 
Semoga perkongsian ini memberikan ketenangan dan kekuatan bagi sesiapa sahaja yang sedang menghadapi ujian dari Allah. 
Facebook Ustazah Asma’ Harun
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hikmah Perkahwinan Tanpa Anak, Ramai Suami Isteri Tetap Bahagia Meskipun Hidup Berdua

Baca juga: 7 Doa Buat Suami Isteri Yang Sering Tertekan & Dilanda Ujian, Elok Diamalkan Setiap Hari

Baca juga: 4 Perkara Yang Allah Janjikan Bila Kehilangan @ Keguguran Anak, Usahlah Berterusan Bersedih

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Jangan Bersedih, Ujian Allah Bukan Hukuman Sebaliknya Tanda Allah Sayang, Ini Sebabnya!
Kongsikan:
  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

    Senarai Barang MyKasih Yang Boleh Anda Tebus Guna Mykad Di Kedai Runcit/ Pasaraya Seluruh Malaysia

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham