Urutan Intim Boleh Meningkatkan Rasa Ghairah Sebelum Seks, Suami Isteri Mesti Cuba!

Urutan Intim Boleh Meningkatkan Rasa Ghairah Sebelum Seks, Suami Isteri Mesti Cuba!

Tahu tak yang urut batin untuk wanita dan lelaki boleh membuatkan nafsu seks anda lebih meningkat!

Siapa yang tidak suka diurut? Urutan boleh merilekskan tubuh badan dan menenangkan fikiran. Tapi, anda pernah tahu tak yang urut batin untuk wanita dan lelaki boleh membuatkan nafsu seks anda lebih meningkat?

Malah, urut batin juga mampu membuatkan aksi anda di ranjang lebih tahan lama! Oleh sebab urutan batin ini bersifat sangat intim, lebih elok ia dilakukan oleh pasangan kita sendiri.

Apa itu urutan intim?

urut batin wanita

Urutan intim atau urut batin untuk wanita dan lelaki ini bukanlah seperti urutan tradisional yang anda tukang urut atau mak bidan selalu buat tu. Nama pun urutan intim sudah tentu ia melibatkan rangsangan yang mampu meningkatkan nafsu seks. 

Mahu urutan lebih sensasi, lakukannya ketika waktu malam dan dalam gelap. Pastikan anak-anak sudah tidur dulu ya. Dan jangan lupa sediakan minyak urut seperti essential oil. Contoh seperti minyak sunflower. Jangan pula guna minyak angin atau minyak panas. Minyak gamat pun jangan! Anda tak mahu urutan yang sepatutnya membawa ke ranjang menjadi ke klinik pula. 

Set mood dalam bilik itu dengan lebih intim dan romantik, nyalakan lilin, pasangkan diffuser atau mainkan lagu-lagu yang cukup sensual. Lagu-lagu spa tu pun boleh membantu! Dan ingat urutan ini untuk kedua-dua pasangan jadi, mestilah bersiap pakai yang canti-cantik dan elok sebelum mula!

Menurut Dr Steve McGough, seorang profesor di klinik seksologi

"Urutan batin adalah cara yang bagus untuk meningkatkan keintiman hubungan pasangan. Malah, ia juga boleh mengurangkan stres dan rasa cemas.

Jika urutan batin dilakukan dengan tepat, ia boleh buat kalian lebih rapat!"

Dr McGough juga menambah, kajian telah membuktikan urut batin mampu mengurangkan tahap hormon penyebab stres, iaitu kortisol dan adrenocoticotropin.

Hormon penyebab stres ini boleh menurunkan nafsu seks. Jadi, urutan batin boleh mengembalikan ghairah seks itu semula kerana ia menambah hormon oksitoksin dan serotonin.

7 cara melakukan urut batin untuk wanita dan lelaki

urut batin wanita
Sebelum memulakan urut batin, tentukan dulu siapa yang harus mengurut dulu dan siapa yang menerima urutan. Ingat ya, kedua-dua pasangan harus menerima urutan batin ini.

Jadi, jika suami yang memulakan urutan, nanti isteri jangan lupa beri urutan pada suami juga!

Langkah #1:
Mulakan urutan di bahagian telinga pasangan dengan jari. Urut semua bahagian kanan telinga dari atas ke bawah. Jangan lupa cuping telinga!

Kemudian, telinga kiri pula.

Langkah #2:

Urut bahagian kening dan kepala pasangan dengan lembut melalui jari-jemari anda. Kemudian, beri fokus pada leher pasangan pula.

Langkah #3
Letakkan tangan kanan anda di bahagian tulang belikat pasangan. Tekan dengan lembut.

Gerakkan tangan kiri anda di bahagian belakang bahu dari atas hingga ke bawah. Ulang urutan ini sebanyak 20 kali untuk bahu kanan dan kiri.

Langkah #4:
Angkat lengan pasangan, ramas dengan sekuat hati. Berikan ramasan dari hujung tangan atas hingga ke pergelangan tangan.

Ulang beberapa kali. Jangan lupa beri urutan pada jari pasangan juga. Lakukannya pada kedua-dua lengan.

urut batin wanita

Langkah #5:

Tekan tangan anda perlahan-lahan di bahagian bawah perut pasangan. Di mana bahagian bawah perut? Ia di antara tulang selangka mereka.

Lakukan urutan dalam gerakan memutar dari bahagian rusuk hingga ke bawah mengikut aturan jam.

Langkah #6:
Tekan bahagian punggung dan paha pasangan anda. Lakukan urutan di bahagian lutut naik ke atas. Ulang semula dari punggung ke kaki.

Lakukan urutan di bahagian dalam paha juga, dimulai dengan betis, belakang lutut hingga punggungnya.

Urutan ini harus dilakukan sebanyak 20 kali untuk satu kaki. Ia boleh merilekskan badan dan jadi warm up sebelum aksi bermula.

Langkah #7:
Setelah kesemua enam-enam langkah urut batin dilakukan, baring di sebelah pasangan dan peluk mereka. Ketika ini kalian pasti akan rasa lebih rapat.

Jangan lupa menukar giliran! Bila kedua-dua pasangan menerima urutan, barulah kalian boleh memulakan aksi.

Kalau tidak, pasti satu pasangan lagi itu akan kepenatan dan malas untuk berasmara. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.

Penulis

Nur Izzati

Artikel(Cerita)
app info
get app banner