Urut Selepas Bersalin: Bila Boleh Urut, Berapa Kali Perlu Berurut & Kelebihan Urutan Bersalin

Urut selepas bersalin dilakukan beberapa hari selepas ibu melahirkan bayi. Urutan bersalin penting bagi membetulkan urat dan peranakan ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertama kali melahirkan bayi, tentu anda tertanya-tanya penting atau tidak urut selepas bersalin ini? Jika mengikut kata orang tua, urut selepas bersalin penting untuk mengembalikan ketegangan dan sengal pada tubuh ibu. 

Tempoh selepas bersalin atau berpantang bermula sejurus selepas bersalin dan berlanjutan selama enam minggu pertama atau lebih lama, bergantung kepada keadaan individu.

Pada masa ini, tubuh wanita mengalami perubahan ketara apabila ia kembali kepada keadaan sebelum hamil. Rahim mula mengecut, otot mula sembuh, dan hormon melalui perjalanan rollercoaster. Walaupun ini boleh menjadi masa yang menggembirakan untuk ibu baru, ia juga membawa cabaran seperti keletihan, sakit badan dan penyesuaian emosi.

Apa itu urut selepas bersalin

Urutan selepas bersalin atau post natal massage adalah amalan terapeutik yang direka khusus untuk menangani keperluan fizikal dan emosi yang unik bagi ibu baru.

Terapi urutan selepas bersalin ini memberi tumpuan kepada pemulihan badan daripada pengalaman mengandung dan bersalin serta memberikan sokongan emosi ketika tempoh berpantang.

Urutan bersalin perlulah dilakukan oleh tukang urut terlatih yang mempunyai pengalaman mengurut ibu dalam pantang. 

Berapa hari urut selepas bersalin

Bersalin secara normal biasanya dilakukan minimum selepas 3 hari dan keatas, jika tiada sebarang masalah terjadi pada ibu dalam pantang.

Urut selepas bersalin berapa hari

Bagi ibu yang tertanya-tanya berapa kali perlu urut selepas bersalin, Pengasas Butik dan Spa Manja Suri Nur Khurshiah Khalib melalui Harian Metro berkata, perawatan atau pemulihan wanita selepas bersalin dan berbeza mengikut individu.

Malah Nur Khurshiah yang juga juruurut terapeutik itu berkata, urutan selepas bersalin mempunyai tertib dan jenis tertentu mengikut fungsi serta kesesuaian dalam merawat wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Urutan pula sebenarnya banyak jenis dan ia mengikut tempoh hari berpantang setiap wanita yang bersalin.

“Bagi ibu berpantang ada empat jenis iaitu urutan pembuka pantang, urutan pemulihan pantang, urutan rawatan pantang dan urutan penutup pantang.

“Urutan pembuka pantang contohnya dilakukan pada hari ketiga hingga hari ke 10 dengan posisi telentang selain meliputi kawasan kepala, leher, payudara, tangan serta sapuan minyak pada tapak kaki. Ini membantu pengaliran dan pengeluaran susu.

“Pemulihan pantang pula pada hari kelima hingga ke 29 untuk seluruh badan kecuali bahagian perut untuk mereka yang menjalani cesearean. Tujuan bagi lancarkan darah bantal serta darah nifas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Berikutnya adalah pada hari ke 25 hingga hari ke 43, urutan susur urat bagi lembutkan saraf dan otot tegang. Ini lebih kepada urutan menenangkan dan bantu si ibu relaks,” katanya.

Urutan berkenaan diakhiri dengan urutan penutup pantang bagi naikkan seri selain menghindari wanita supaya tidak mati putik.

Bila boleh urut selepas bersalin czer

Menurut Doctoroncall, urut selepas bersalin czer biasanya perlu ditangguh sehingga pemulihan penuh telah dicapai bagi mengelakkan dari kesan sampingan yang tidak diingini atau gangguan terhadap proses pemulihan (selepas operasi major).

Secara umumnya, pemulihan dari pembedahan czer mengambil masa dari 4 hingga 6 minggu. Adalah penting untuk berbincang dengan doktor terlebih dahulu mengenai keadaan anda.

Mengikut pengalaman bersalin seorang ibu, dia mengatakan bahawa tukang urut tidak akan melakukan sebarang urutan selepas bersalin czer.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sy masa bersalin anak kedua dapat tukang urut yang bagus.. Dia tak bagi urut lepas bersalin. Kena tunggu seminggu. Sebab dia kata kalau ceaser, awal2 walau tak sentuh perut kalau salah urut boleh turun darah.

Lepas seminggu, dia urut cara mengiring.. Bertungku pon buat.. Belakang badan pon urut cara mengiring. Cuma tak pegang perut. Sedap sangat2.. Baru la rasa betul2 mengurut.. Masa ceaser anak sulong, tukang urut datang lepas bersalin. Dia cuma urut kaki dan bahu sahaja.

Manakala menurut Moms Postnatal Care, urut selepas bersalin czer biasanya selamat diurut selepas 15 hari ke atas.

Cara urutan selepas bersalin

Warisan Perbidanan Melayu kongsikan cara urutan selepas bersalin sebagai panduan untuk anda:

#1. Posisi terlentang

  • Urut perut bermula dari ulu hati menuju ke pusat.Kemudian urut dari kanan ke kiri perut sambil bertungku selama 30 minit.Semua urutan hendaklah menghala ke pusat.
  • Urut di bahagian buah dada ,urut kearah aroela dengan perlahan dan picit perlahan di bahagian aroela untuk melancarkan pengeluaran air susu.
  • Urut di bahagian tangan , dengan mengurut dari bahagian ketiak ke jari tangan.
  • Urut dari bahagian kaki ke paha. Kemudian sapukan param

#2. Posisi mengiring ke kanan

  • Urut dari kaki ke bahagian peha terus ke bahagian belakang badan.
  • Di bahagian belakang badan buat urutan brputar lawan jam sambil itu urut tulang belakang dengan menggunakan ibu jari dari punggung ke leher.

#3. Posisi mengiring ke kiri

  • Urut dari kaki ke bahagian peha terus ke bahagian belakang.
  • Di bahagian belakang badan buatkan urutan berputar lawan jam sambil itu urut tulang belakang dengan menggunakan ibu jari dari punggung ke leher.

#4. Kepala

  • Buat urutan dari tulang dahi ke bahagian kepala
  • Buat urutan dari pertengahan dahi ke bahagian sudut kepala kiri dan kanan 

Tips memilih tukang urut selepas bersalin

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu, mungkin masih dalam dilema untuk memilih tukang urut terbaik memandangkan tarikh jangkaan bersalin sudah semakin dekat. 

Justeru pertimbangkan beberapa perkara ini terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memilih bidan semasa dalam pantang:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Lokasi berhampiran kawasan anda. Jarak perjalanan dari tempat tinggal tukang urut juga diambil kira kerana mereka akan mengenakan caj pengangkutan. 
  • Cadangan dari mereka yang rapat. Untuk lebih yakin lagi, ibu boleh bertanyakan kepada saudara mara atau kenalan yang baru bersalin mengenai pengalaman mereka. Jika mereka berpuas hati dengan tukang urut yang diambil, tidak salah untuk anda juga menggunakan khidmat dari orang yang sama.
  • Pengalaman sebagai tukang urut. Tukang urut yang dipilih mestilah yang berpengalaman dan arif dalam mengetahui bahagian yang boleh dan tidak boleh diurut ketika ibu dalam pantang.
  • Mesra pelanggan. Isu ini juga penting kerana anda semestinya memerlukan perkhidmatan yang mesra pelanggan agar mudah berkomunikasi dan tidak timbul sebarang masalah kemudian hari. Pastikan mereka telah mengikuti jadual yang telah ditetapkan.

Manfaat urutan selepas bersalin

1. Memperbaiki perjalanan darah 

Biasanya tukang urut akan memulakan urutan dari belakang badan hingga ke hujung kaki. Ia bertujuan memperbaiki perjalanan darah dan membantu buang toksin dalam badan.

Anda akan merasai jari-jemari tukang urut menari lembut atas tubuh dan anda akan rasa sungguh selesa lagi nyaman! 

Bahkan, teknik urut selepas bersalin yang betul membantu mengeluarkan darah beku yang terperangkap di celah-celah rahim ibu. Sangat luar biasa. 

2. Kurang rasa sakit badan 

Apabila bersalin, anda sudah menggunakan seluruh kudrat kerana ia membabitkan abdomen, belakang badan dan pinggang. Jadi urut selepas bersalin ini wajib dan penting!

Bahkan, ia termasuk dalam aktiviti berpantang ibu yang perlu diikuti. 

Terutama bila anda nak menyusukan bayi, posisi yang salah akan memberi tekanan pada tubuh, lantas sengal tak selesa. Betul tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi jangan terlalu berkira untuk keluarkan sedikit modal bagi membayar upah si tukang urut. 

3. Menggalakkan penghasilan susu ibu 

Pertama kali nak bagi anak susu badan tentu anda akan alami susu keluar tak banyak. Sedangkan payudara rasa berat dan pedih. Tapi dengan urut selepas bersalin, ia membantu susu keluar dengan banyak. 

Tukang urut akan bantu melembutkan urat tegang di sekitar puting payudara tapi anda kena tahan sikitlah rasa sakitnya! 

Secara tak langsung, tubuh akan rasa lebih relaks, tenang dan kurang stres bila berurut. Lantas ia menggalakkan susu ibu untuk merembes keluar untuk perut si kecil anda. 

4. Beri peluang ibu manjakan diri 

Urut selepas bersalin juga memberi ibu peluang untuk bermanja diri. Seharian menguruskan si kecil, pastinya sedikit lelah dan lesu.

Jadi curi-curi sedikit masa ketika bayi sedang tidur dengan berurut. Ibu pasti rasa seronok dan teruja bila buat ini!

Bahkan, bertambah tenaga untuk menyusukan bayi di waktu malam. 

5. Bentuk tubuh kembali asal 

Ha… ini point paling ibu teruja nak berurut, betul tak? Siapa yang tak mahu badan selepas bersalin tetap maintain cun atau tubuh kembali bentuk asal. Jadi kalau nak ini, perlulah berurut selalu. 

Hal ini kerana, dengan berurut ia bantu memecahkan lemak yang terkumpul kerana tukang urut akan tekan di bahagian lemak itu  Awww..sakit sikit saja, tarik nafas dan tahan ya! 

6. Mengurangkan tekanan selepas bersalin (meroyan) 

Selain dari sentuhan kulit, ibu juga akan rasa nyaman apabila terbau aroma terapi yang digunakan. Bahkan, ia turut membantu deria untuk rasa lebih tenang dan segar.

Kemudian diselang-selikan pula dengan  muzik sentimental, pasti ibu akan rasa terbuai-buai dan ini membuatkan ibu boleh rehat sekejap dengan tenang tanpa mendengar bayi menangis. 

Secara tak langsung, ibu akan jauh berisiko untuk meroyan apabila kesihatan ibu terjaga dengan baik. 

Biasanya, urut selepas bersalin akan disertai dengan pemakaian bengkung untuk bantu tubuh badan ibu cepat kembali ke bentuk asal. 

10 lokasi perbidanan area Kuala Lumpur/Selangor

foto: Harian Metro

1.Shah Alam 

Aida Razila 011-1227 3340

  • Page : Aida Urut Tradisional Temurun
  • Instagram : aida_confinement_care
  • FB : Aida Urut Tradisional

2. Lembah Klang 

Pudina confinement & diet 017-2238922

  • FB : @pudinaconfinementanddiet
  • Instagram : @pudinaconfinementanddiet

3. Kelana Jaya 

Nadzimah 011-1089 2312

  • FB Page : SERI’s Bunda Massage & Confinement
  • Instagram : serisbundamassageconfinement

4. Puchong 

(Rogayah) 016-253 7205 

  • Bidara Spa 

5. Subang Bestari 

  • Katijah 011-1069 3631
  • Normuliati 012-662 1205

6. Semenyih 

  • Hamimah 011-3765 0063
  • Nur Samsiah 012-907 5957
  • Faziah 012-626 6548

7. Taman Keramat 

  • Syazana 011-1521 7269
  • Zuraidah  012-902 0266

8. Rawang 

  • Sulida 013-288 0235

9. Balakong 

  • Rahayu 017-948 5081
  • Liza 019-383 31107

10. Bandar Kinrara 

  • Jamilah 018-271 8674 

Tips keselamatan ketika urut dalam pantang

Walaupun urutan selepas bersalin menawarkan banyak manfaat, adalah penting untuk mempertimbangkan beberapa langkah keselamatan:

  • Masa: Biasanya dinasihatkan untuk menunggu beberapa hari hingga beberapa minggu selepas bersalin sebelum memulakan urutan. Ini membolehkan tubuh masa untuk memulakan proses penyembuhan dan memastikan urutan selamat dan selesa untuk ibu baru.
  • Tukang urut bertauliah: Pilih tukang urut berpengalaman dan pakar dalam urutan selepas bersalin. 
  • Komunikasi: Berkomunikasi secara terbuka dengan tukang urut tentang pengalaman selepas bersalin anda, termasuk sebarang kesakitan, ketidakselesaan atau keadaan perubatan. Maklumat ini akan membantu tukang urut selepas bersalin menyesuaikan urutan mengikut keperluan khusus anda.
  • Pengesahan Perubatan: Jika anda mengalami kehamilan atau bersalin yang rumit, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan perubatan daripada pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum memulakan urutan selepas bersalin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Isteri Stres Selepas Bersalin, Mereka Hanya Perlukan Suami Bukannya Orang Lain!

Baca juga: 9 Pantang Larang Selepas Bersalin, Jika Ibu Tidak Ikut Boleh Mudaratkan Diri & Bayi!

Baca juga: Berapa Lamakah Tempoh Pantang Bersalin Yang Wajib? Ini Penjelasan Dari Pakar