6 kelebihan berurut selepas bersalin dan lokasi bidan area KL/Selangor

lead image

Lesu dan tak bersemangat antara penyebab ibu perlu berurut selepas bersalin bagi mengembalikan tenaga ibu yang sudah hilang ketika melahirkan bayi

Pertama kali melahirkan bayi, tentu anda tertanya-tanya penting atau tidak urut selepas bersalin ini? Jika mengikut kata orang tua, urut selepas bersalin penting untuk mengembalikan ketegangan dan sengal pada tubuh ibu. 

Bila urut selepas bersalin, ibu akan rasa badan lebih segar dan cergas. Tapi pilihan tukang urut juga memainkan peranan penting bagi memastikan cara urutan yang betul dan tidak mendatangkan kemudaratan pada ibu selepas diurut.

Sebelum itu, ketahui dulu 6 kelebihan urut selepas bersalin seperti di bawah ini:

6 kelebihan urut selepas bersalin

1.Memperbaiki perjalanan darah 

urut selepas bersalin, berurut selepas bersalin, urut setelah bersalin, berurut semasa pantang, berurut, urut, urut dengan si tukang urut, kelebih urut selepas bersalin, manfaat berurut selepas bersalin, urutan dan kelebihan, kenapa perlu berurut selepas bersalin, berurut ketika hamil

Kredit: Inpro.com.my

Biasanya tukang urut akan memulakan urutan dari belakang badan hingga ke hujung kaki. Ia bertujuan memperbaiki perjalanan darah dan membantu buang toksin dalam badan.

Anda akan merasai jari-jemari tukang urut menari lembut atas tubuh dan anda akan rasa sungguh selesa lagi nyaman! 

Bahkan, teknik urut selepas bersalin yang betul membantu mengeluarkan darah beku yang terperangkap di celah-celah rahim ibu. Sangat luar biasa. 

2.Kurang rasa sakit badan 

Apabila bersalin, anda sudah menggunakan seluruh kudrat kerana ia membabitkan abdomen, belakang badan dan pinggang. Jadi urut selepas bersalin ini wajib dan penting!

Bahkan, ia termasuk dalam aktiviti berpantang ibu yang perlu diikuti. 

Terutama bila anda nak menyusukan bayi, posisi yang salah akan memberi tekanan pada tubuh, lantas sengal tak selesa. Betul tak?

Jadi jangan terlalu berkira untuk keluarkan sedikit modal bagi membayar upah si tukang urut. 

3. Galakkan susu ibu 

urut selepas bersalin, berurut selepas bersalin, urut setelah bersalin, berurut semasa pantang, berurut, urut, urut dengan si tukang urut, kelebih urut selepas bersalin, manfaat berurut selepas bersalin, urutan dan kelebihan, kenapa perlu berurut selepas bersalin, berurut ketika hamil

Pertama kali nak bagi anak susu badan tentu anda akan alami susu keluar tak banyak. Sedangkan payudara rasa berat dan pedih. Tapi dengan urut selepas bersalin, ia membantu susu keluar dengan banyak. 

Tukang urut akan bantu melembutkan urat tegang di sekitar puting payudara tapi anda kena tahan sikitlah rasa sakitnya! 

Secara tak langsung, tubuh akan rasa lebih relaks, tenang dan kurang stres bila berurut. Lantas ia menggalakkan susu ibu untuk merembes keluar untuk perut si kecil anda. 

4. Beri peluang ibu manjakan diri 

Urut selepas bersalin juga memberi ibu peluang untuk bermanja diri. Seharian menguruskan si kecil, pastinya sedikit lelah dan lesu.

Jadi curi-curi sedikit masa ketika bayi sedang tidur dengan berurut. Ibu pasti rasa seronok dan teruja bila buat ini!

Bahkan, bertambah tenaga untuk menyusukan bayi di waktu malam. 

5. Bentuk tubuh kembali asal 

urut selepas bersalin, berurut selepas bersalin, urut setelah bersalin, berurut semasa pantang, berurut, urut, urut dengan si tukang urut, kelebih urut selepas bersalin, manfaat berurut selepas bersalin, urutan dan kelebihan, kenapa perlu berurut selepas bersalin, berurut ketika hamil

Kredit: myfave.com

Ha… ini point paling ibu teruja nak berurut, betul tak? Siapa yang tak mahu badan selepas bersalin tetap maintain cun atau tubuh kembali bentuk asal. Jadi kalau nak ini, perlulah berurut selalu. 

Hal ini kerana, dengan berurut ia bantu memecahkan lemak yang terkumpul kerana tukang urut akan tekan di bahagian lemak itu  Awww..sakit sikit saja, tarik nafas dan tahan ya! 

6. Mengurangkan tekanan selepas bersalin (meroyan) 

Selain dari sentuhan kulit, ibu juga akan rasa nyaman apabila terbau aroma terapi yang digunakan. Bahkan, ia bantu deria untuk rasa lebih tenang dan segar.

Kemudian diselang-selikan pula dengan  muzik sentimental, pasti ibu akan rasa terbuai-buai dan ini membuatkan ibu boleh rehat sekejap dengan tenang tanpa mendengar bayi menangis. 

Secara tak langsung, ibu akan jauh berisiko untuk meroyan apabila kesihatan ibu terjaga dengan baik. 

Biasanya, urut selepas bersalin akan disertai dengan pemakaian bengkung untuk bantu ibu cepat kembali ke bentuk asal. 

10 lokasi perbidanan area KL/Selangor

1.Shah Alam 

Aida Razila 011-1227 3340

  • Page : Aida Urut Tradisional Temurun
  • Instagram : aida_confinement_care
  • FB : Aida Urut Tradisional

2. Lembah Klang 

Pudina confinement & diet 017-2238922

  • FB : @pudinaconfinementanddiet
  • Instagram : @pudinaconfinementanddiet

3. Kelana Jaya 

Nadzimah 011-1089 2312

  • FB Page : SERI’s Bunda Massage & Confinement
  • Instagram : serisbundamassageconfinement

4. Puchong 

(Rogayah) 016-253 7205 

  • Bidara Spa 

5. Subang Bestari 

  • Katijah 011-1069 3631
  • Normuliati 012-662 1205

6. Semenyih 

  • Hamimah 011-3765 0063
  • Nur Samsiah 012-907 5957
  • Faziah 012-626 6548

7. Taman Keramat 

  • Syazana 011-1521 7269
  • Zuraidah  012-902 0266

8. Rawang 

  • Sulida 013-288 0235

9. Balakong 

  • Rahayu 017-948 5081
  • Liza 019-383 31107

10. Bandar Kinrara 

  • Jamilah 018-271 8674 

Baca artikel ini pun sudah rasa ketenangan , betul tak? Apatah lagi jika anda terus pergi berurut bertambah ganda ketenangan itu.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk anda dan rakan-rakan jangan lupa share ya! 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Myfave.com, Noury Beuaty Spa 

Sumber: Pantang plus , Tini Spa 

Baca juga

Terbeliak mata lihat wanita ini urut bayi! Tak bahaya ke urut macam ini?