Tidak boleh dinafikan, kewujudan lampin sekali pakai membantu meringankan pekerjaan ibu bapa dalam mengurus buah hati. Namun anak tidak boleh selamanya memakai lampin terus, jadi bila sebaiknya anak berhenti memakai lampin? Jadi, anda perlu tahu cara potty train anak yang terbaik
Tidak pernah ada jawapan yang pasti terhadap hal ini. Namun sejumlah ibu sepakat bahawa usia 3 tahun adalah batas maksimal anak untuk menggunakan lampin.
Berhenti memakai lampin juga merupakan sebuah batu loncatan untuk tahap toilet training pada anak.
Cara potty train anak
Sebelum anak berpisah dengan lampinnya, sebagai ibu anda sudah harus siap dengan perangai si kecil. Pada hari-hari awal, dia akan sering terkencing dan anda harus bolak-balik mengemop lantai atau mengganti cadar kerana terkena najisnya.
Anda juga harus ingat, membuat anak berhenti memakai lampin bukan bererti anda boleh memaksanya untuk toilet training begitu sahaja. Anak perlu masa untuk membiasakan diri tanpa lampin terlebih dahulu.
Ada baiknya anda memulakan dengan perlahan. Mula lah dengan tidak memakaikan lampinnya sehabis mandi dan hanya memakaikannya menjelang tidur petang atau tidur malam sahaja.
Perlahan, anak akan mula mengawal dirinya. Anak akan memberikan tanda seperti gelisah, memegang seluar, atau menunduk ke arah bawah ketika ingin buang air.
Ketika dia sudah lebih terbiasa, anak anda tidak akan terkencing pada waktu tidur petang.
Agar anak tidak terkencing ketika tidur malam mungkin memperlukan waktu yang agak lama, namun anda boleh membantu anak tidak terkencing dengan mengelakkan memberikannya minuman sebelum tidur dan membangunkannya pada jam tertentu di malam hari untuk buang air.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Ruam Lampin Pada Bayi, Bagaimana dan Kenapa?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!