X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Remaja Ini Hamil Tanpa Tanda, & Terkejut Ada Bayi Lepas Bangun Dari Koma!

4 Apr, 2019
Remaja Ini Hamil Tanpa Tanda, & Terkejut Ada Bayi Lepas Bangun Dari Koma!

Anda pernah dengar tak penyakit uterus didelphys atau wanita dengan dua rahim? Remaja ini tak sedar dirinya hamil, hingga dia koma dan tiba-tiba bersalin!

Pernah tak anda dengar satu keadaan yang disebut sebagai uterus didelphys?

Pernahkah anda mengalami pengalaman mengandung tanpa tanda? Anda mungkin sangka anda hanya sakit perut biasa, ataupun krem akibat datang bulan, namun pemeriksaan doktor mendapati anda sebenarnya mengandung!

Ya perkara ini boleh berlaku. Malah di kalangan keluarga saya juga, ada yang mengalaminya, apabila hasil scan mendapati ibu saudara saya mengandung 5 bulan tanpa disedarinya.

Namun apa yang berlaku kepada remaja dari Oldham ini lebih mengejutkan kerana dia tidak sedar langsung dirinya mengandung, sehinggalah dia melahirkan bayi yang comel.

Remaja Alami Uterus Didelphys Koma, Selamat Melahirkan Bayi Selepas Dikejarkan Ke Hospital

Uterus didelphys ,mengandung tanpa tanda, tidak sedar mengandung, tanda awal mengandung yang tidak disadari, tanda hamil, contoh hamil tanpa gejala, hamil tapi datang bulan, kenapa tiada alahan semasa mengandung, berita viral, remaja oldham, hamil tanpa sebarang tanda, pengalaman mengandung tanpa tanda, malay

Ebony Stevenson, 18, menyangkakan dia hanya mahu tidur seketika di rumahnya akibat sakit kepala. Dia kemudiannya tiba-tiba dibawa ke hospital apabila mengalami beberapa kekejangan, di mana doktor  mendapati yang Ebony sebenarnya  mengandung!

Ibu Ms Stevenson, Sheree, 39, berkata dia memanggil 999 selepas anak perempuannya mula sakit dan mengalami sawan di bilik mandi.

Doktor mendapati  sawan tersebut disebabkan oleh preeklampsia dan kemudian memberitahu ibunya bahawa anaknya sedang hamil dan perlu bersalin dengan segera. Ibunya berkata,

“Walaupun saya menegaskan yang anak saya tidak hamil, para paramedik tetap mengatakan Ebony hamil, dan saya terkejut apabila ada benjolan muncul di perutnya.”

Mengandung Tanpa Tanda, Tidak Sedar Diri Sedang Hamil

Uterus didelphys ,mengandung tanpa tanda, tidak sedar mengandung, tanda awal mengandung yang tidak disadari, tanda hamil, contoh hamil tanpa gejala, hamil tapi datang bulan, kenapa tiada alahan semasa mengandung, berita viral, remaja oldham, hamil tanpa sebarang tanda, pengalaman mengandung tanpa tanda, malay

Menariknya, remaja tersebut langsung tidak menyedari yang dia sedang hamil, ini kerana dia tidak mempunyai sebarang alahan, morning sickness dan haidnya juga teratur seperti biasa.

Bayi tersebut dilahirkan melalui pembedahan caesarean dan dijangka dilahirkan cukup bulan berdasarkan beratnya 3.45kg.

“Ia mungkin kedengaran teruk sekarang, tetapi saya meminta mereka untuk ambil semula bayi ini kerana saya sangat keliru dan pasti mereka telah melakukan kesalahan,” katanya. “Tetapi ibu saya menjelaskan semuanya kepada saya sementara jururawat ada di sana dan mereka memberi anak perempuan saya kembali kepada saya untuk memegang dengan betul untuk kali pertama. “Walaupun saya sangat keliru – dan agak ketakutan – namun sebenarnya ini adalah waktu yang indah dan dia juga kelihatan sangat tenang.”

Bayi kejutan yang diberi nama Elodie itu dipertemukan dengan ibunya hanya selepas 4 hari dilahirkan, setelah Ebony sedar dari koma. Elodie merupakan salah satu bayi istimewa yang membesar di dalam salah satu rahim ibunya, di mana keadaan yang sangat rare ini dinamakan uterus didelphys.

Apakah Uterus Didelphys?

Uterus didelphys ,mengandung tanpa tanda, tidak sedar mengandung, tanda awal mengandung yang tidak disadari, tanda hamil, contoh hamil tanpa gejala, hamil tapi datang bulan, kenapa tiada alahan semasa mengandung, berita viral, remaja oldham, hamil tanpa sebarang tanda, pengalaman mengandung tanpa tanda, malay

Uterine Didelphys adalah keadaan di mana seorang wanita mempunyai 2 uterus (rahim).

Dalam janin wanita yang kebiasaannya, terdapat 2 saluran yang dikenali sebagai saluran mullerian (struktur awal dalam embrio yang berkembang menjadi organ pembiakan wanita) yang bermula sebagai dua tiub kecil, bergabung untuk membentuk satu organ yang lebih besar yang dikenali sebagai rahim.

Jika tiub tidak bergabung sepenuhnya, setiap tiub boleh berubah menjadi rahim yang berasingan. Keadaan yang berlaku ini boleh menyebabkan terhasilnya boleh 2 uterus.

Wanita yang mempunyai uterus didelphys atau 2 uterus juga boleh mempunyai 2 serviks (bukaan ke vagina) dan dua vagina. F

araj adalah saluran tertutup yang meluas dari luar kawasan alat kelamin wanita hingga ke serviks, iaitu di bahagian leher rahim.

Seorang wanita dengan didelphys rahim mungkin tidak tahu dia mengalaminya. Tetapi rawatan diperlukan jika gejala berlaku seperti mengalami tekanan luar biasa atau sakit kronik sebelum atau semasa haid, jumlah pendarahan yang banyak dalam tempoh haid, keguguran berulang atau bersalin tidak matang.

Diagnosis Uterine Didelphys

Uterus didelphys ,mengandung tanpa tanda, tidak sedar mengandung, tanda awal mengandung yang tidak disadari, tanda hamil, contoh hamil tanpa gejala, hamil tapi datang bulan, kenapa tiada alahan semasa mengandung, berita viral, remaja oldham, hamil tanpa sebarang tanda, pengalaman mengandung tanpa tanda, malay

Sumber: independent.co

Uterus didelphys boleh dikesan melalui pemeriksaan pelvis. Antaranya melalui kaedah berikut:

  • Ultrasound
  • MRI (pengimejan resonans magnetik)
  • Sonohysterogram
  • Hysterosalpingography (ujian di mana pewarna disuntik ke rahim melalui serviks.)

Uterus Didelphys: Masalah Berkait

Pesakit dengan Uterine Didelphys juga mungkin menghadapi masalah dengan:

  • Kecacatan anorektal (imperforate anus)
  • Kemandulan
  • Keabnormalan buah pinggang
  • Endometriosis

Uterus Didelphys: Rawatan

Ia jarang berlaku untuk pesakit dengan rahim ganda untuk menjalani pembedahan untuk menyatukan rahim. Tetapi pembedahan boleh membantu pesakit mengekalkan kehamilan jika dia mempunyai bahagian separa dalam rahimnya dan tidak ada penjelasan perubatan lain untuk kehilangan kehamilan sebelumnya.

Sekiranya anda ingin mengetahu sekiranya anda mengalami keadaan uterus didelphys, dapatkan pemeriksaan di hospital ya!

Suarakan pendapat anda!

Sesiapa ada pengalaman mengandung dengan rahim terbalik?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: BBC/Nationwidechildrens

Baca juga:

Ibu Ini Selamba Tiba-Tiba Bersalin Di Tepi Jalan! Habis Baju Berlumuran Darah

Stories Rakan Kongsi
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Do These Things to Increase Your Child’s Height
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Pelajaran Kewangan Daripada Ibu Bapa - Dan Bagaimana Mereka Membentuk Gaya Pendidikan Kewangan Kita
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Why Soup Is The Easiest Solution to Get Families to Bond Together
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang
Cara Memupuk Pengetahuan Anak Tentang Wang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Remaja Ini Hamil Tanpa Tanda, & Terkejut Ada Bayi Lepas Bangun Dari Koma!
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham