Video Anak Kecil Pukul Orang Tua Dengan Kasar, Di Mana Silapnya?

Tersentak hati melihat video ini. Kenapa anak kecil perempuan ini memukul dan menarik rambut orang tua tersebut dengan kasar? Adakah salah ibu bapa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-Kanak Perempuan Memukul Dan Menarik Rambut Seorang Wanita Dengan Kasar

Baru-baru ini tular pula di Facebook Kaki Viral dengan video seorang kanak-kanak perempuan yang sedang memukul dan menarik rambut seorang wanita yang lebih tua.

Kanak-kanak terbabit didapati memukul dan menarik rambut wanita terbabit dengan kasar! Sudahlah dia seperti sengaja mengulangi perbuatannya itu.

Video terbabit mendapat perhatian ramai netizen dengan rata-rata komen marah. Malah ada yang mengatakan anak itu mungkin istimewa dan tidak normal

Mari kita lihat video tersebut dan anda nilai sendiri bagaimana, ya?

Selepas melihat video ini, hati diruntun kesedihan.

Mengapa seorang kanak-kanak yang kecil dan tampak tidak bersalah boleh berkelakukan sebegitu? Apakah puncanya?

Adakah kanak-kanak itu istimewa? 

Daripada komen-komen di video tersebut, ada yang mengatakan kanak-kanak perempuan itu seperti kanak-kanak istimewa yang tidak dapat mengawal kelakuannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ramai yang tidak setuju kerana faktor itu bukanlah alasan kenapa kanak-kanak tersebut dibiarkan berkelakuan sebegitu!

Malah ramai yang mempersoalkan mengapa orang yang merakam video tersebut seperti acuh tidak acuh sahaja menegur perbuatan kanak-kanak tersebut. Sudahlah sempat merakam aksi tersebut pula!

Nampaknya, merekod video yang akan tular mungkin lebih penting daripada menegur perbuatan anak itu sendiri, ya?

Kanak-Kanak Ibarat Kain Putih Yang Dicorak Ibu Bapa

Kami di theAsianParent juga ingin berkongsi pandangan kami berikutan apa yang terjadi di dalam video ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak umpama kain putih yang kosong dan kitalah yang mencorakkannya. Dari video ini, anda dapat melihat bagaimana perbuatan berkasar dengan orang yang lebih tua adalah satu contoh yang kurang ‘baik’ coraknya.

Mengapa kami berkata begitu?

Kanak-kanak sebenarnya belajar melalui contoh yang dilihatnya berbanding kata-kata yang diajar kepadanya. 

Contohnya, jika anda menyuruh anak anda meletakkan baju kotor di dalam bakul tapi anda sendiri tidak berbuat demikian, dia akan lebih mengikut apa yang anda buat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga dalam hal menghormati orang lain tanpa kira umur!

Jika kita sebagai ibu bapa sering menunjukkan contoh yang baik untuk sentiasa menghormati orang lain tanpa mengira usia, mereka juga akan berkelakuan begitu. Dan begitu jugalah jika sebaliknya.

Kaitan:

Adakah Ibu Bapa Penyebab Utama Kanak-Kanak Nakal?

Satu lagi…

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain daripada menunjukkan contoh yang baik pada mereka, satu lagi kunci penting dalam memastikan mereka tahu apa tindakan yang betul dan tidak adalah dengan menegur mereka

Kadang-kadang, kanak-kanak ini tidak sedar sama ada perbuatan mereka itu betul atau tidak jika kita sebagai ibu bapa tidak menegur mereka.

Dan kita haruslah konsisten dalam menegur kerana mereka memerlukan pengulangan dalam kata-kata dan nasihat untuk lebih cepat belajar.

Kaitan:

Berhenti Melihat Sahaja Anak-Anak Membuat Kacau – Disiplinkan Mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah, kita juga harus berbincang dengan pasangan kita untuk seiring dalam mendidik anak.

Jangan jika kita sudah mengatakan tidak namun pasangan kita sebaliknya pula! Anak-anak akan jadi keliru dan berpihak kepada individu yang tidak memarahi mereka.

Dengan ini mereka juga akan belajar untuk tidak menghormati larangan kita atau pasangan kita!

Sebenarnya kami di theAsianParent telah berkongsi banyak artikel tentang tip-tip mendisiplikan anak.

Antaranya seperti: Cara Bijak Untuk Mendisiplinkan AnakCara Mendisiplinkan Kanak-kanak Hingga Remaja Tanpa Impak Yang Negatif, Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Ibu Bapa Ketika Mendisiplinkan Anak dan banyak lagi.

Anda juga boleh melayari laman sesawang rasmi kami di theAsianParent.

Jom cuba untuk mendisiplinkan mereka. Tidaklah nanti anak-anak kita membesar menjadi orang yang tak reti menghormati orang lain.

Semoga Tuhan sentiasa melindungi keluarga anda dan anak-anak. Amin.

Baca juga:

Anak Tak Dengar Cakap Kerana Ibu Bapa Guna 8 Cara Disiplin Yang Salah

Penulis

Aqma