Vitamin C Untuk Kanak kanak Itu Penting Demi Menguatkan Imun Tubuh Mereka, Ibu Ayah Boleh Dapatkan Vitamin C Terbaik Ini

Vitamin C untuk kanak kanak sangat penting dalam memastikan imun tubuh mereka kuat dalam menghindar penyakit. Ibu ayah boleh beli di sini.

Sebagai ibu bapa tentunya kita inginkan yang terbaik untuk anak-anak supaya mereka terhindar daripada risiko Covid-19 mahupun penyakit berjangkit yang lain. Atas sebab itu, ibu ayah disarankan memberi vitamin C untuk kanak kanak bagi menguatkan daya ketahanan badan mereka.

Berapa Amaun Vitamin C Untuk Kanak-kanak Perlu Ambil?

Usia 1 ke 3 tahun: 15 miligram (mg) setiap hari

Usia 4 ke 8 tahun: 25 miligram setiap hari

Vitamin C untuk kanak kanak ini boleh diambil seawal umur dua tahun bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak yang sihat dan cergas. Dengan pengambilan Vitamin C ini dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh kanak-kanak sekaligus melawan jangkitan.

Selain daripada itu, dengan Vitamin C ini juga dapat membentuk dan memperbaiki sel darah merah, tulang dan tisu. Juga memperkuatkan saluran darah kanak-kanak kecil serta mengurangkan risiko lebam pada kulit jika mereka terjatuh semasa bermain.

Apatah lagi, Vitamin C juga boleh bantu penyerapan zat dari sumber makanan yang diambil anak setiap hari. Jadi ternyatalah di musim virus berbahaya sekarang, anda boleh mulakan mendapatkan Vitamin C yang sesuai untuk anak.

8 Vitamin C Untuk Kanak kanak Yang Baik Di Pasaran

Vitamin C Untuk Kanak Kanak Terbaik
Champs Vitamin C Saccharin Free Blackcurrant 100 T
Terbaik Bebas Saccharin
Beli di Shopee
Kordel's Kid's Multivitamins Plus Lysine 30 Chewable Tablets
Terbaik Dengan 12 Vitamin Dan Mineral
Beli di Shopee
Chewies Vitamin C 100mg - Orange
Terbaik Dengan Sumber Anti-Oksidan
Beli di Shopee
Appeton A-Z Kids Vitamin C 30mg Strawberry 100 Tablets
Terbaik Dengan Dos Rendah Mencegah Dos Berlebihan
Beli di Shopee
Nature's Way Kids Smart Vita Gummies Multi-Vitamin + Vegies 60 Pastilles
Terbaik Menjamin Tumbesaran Anak
Beli di Shopee
Citrex Vitamin C for Kids (Orange)
Terbaik Versi Larut Dalam Air
Beli di Shopee
Sambucol Kids Black Elderberry 120 ML
Terbaik Bentuk Cecair
Beli di Shopee
Biobay Vitamin C Gummy For Kids(80’s)(blue and pink)
Terbaik Dengan Ekstrak Sebenar Buahan
Beli di Shopee

Tak perlu risau untuk ke kedai atau farmasi tapi anda boleh mendapatkannya dengan cara belian di atas talian dengan klik pada butang yang disediakan dalam artikel ini.

Champs Vitamin C Saccharin Free Blackcurrant 100 T

Terbaik Bebas Saccharin

Diperbuat daripada bahan-bahan terbaik, vitamin C Champs ini membantu anda untuk mengekalkan atau memperbaiki kondisi tubuh sekaligus meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh. Panduan ibu ayah adalah penting untuk kanak-kanak yang menggunakan produk vitamin C Champs ini.

Individu yang mempunyai alahan perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini. Ia boleh dikatakan sebagai satu produk kesihatan dan kecantikan yang mesti ada di rumah. 

Apa yang kami suka:

  • Vitamin C Champs hadir dalam pelbagai perisa
  • Mengandungi 100 tablet boleh kunyah dalam setiap botol
  • Sesuai untuk kanak-kanak 2 ke 6 tahun 
  • Meningkatkan tahap kesihatan tubuh sekalis memperkuat sistem imun 

Kordel’s Kid’s Multivitamins Plus Lysine 30 Chewable Tablets

Terbaik Dengan 12 Vitamin Dan Mineral

Ia merupakan satu jenis vitamin C untuk kanak kanak yang penuh formula khas untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

Ia mengandungi 12 jenis vitamin dan kandungan lysine yang kuat yang mana penting untuk memperbaiki selera makan, meningkatkan berat badan, melancarkan peredaran darah dan satu konsentrasi terbaik untuk kanak-kanak.

Lysine merupakan asid amino penting yang mana tubuh tidak menghasilkan, tetapi mesti didapati daripada diet atau makanan tambahan. Ia juga mengandungi vitamin A yang mana penting untuk kesihatan mata, vitamin D3 untuk gigi dan tulang yang kuat, serta vitamin B untuk menyokong tahap keaktifan dan energi kanak-kanak. 

Apa yang kami suka: 

  • Diluluskan oleh DCA (Drug Control Authority di Amerika Syarikat)
  • Buatan Amerika Syarikat
  • Mempunyai perisa oren
  • Hanya perlu ambil 1 ke 2 tablet sehari

Chewies Vitamin C 100mg – Orange

Terbaik Dengan Sumber Anti-Oksidan

Chewies Vitamin C 100mg adalah diformulasikan khas untuk mencegah dan merawat kekurangan vitamin C. Jadi anda sebagai ibu ayah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada masalah demam dan selesema di kalangan anak anda. 

Apa yang kami suka:

  • Sumber anti-oksidan yang baik
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang baik
  • Tablet boleh kunyah yang kenyal
  • Mencegah dan merawat kekurangan vitamin c dan skurvi
  • Mencegah demam dan selesema biasa
  • Membantu merawat sel darah merah, tulang dan tisu tubuh
  • Mempromosi proses sembuh pada luka

Appeton A-Z Kids Vitamin C 30mg Strawberry 100 Tablets

Terbaik Dengan Dos Rendah Mencegah Dos Berlebihan

Diformulasikan khas untuk kanak-kanak muda dengan dos rendah vitamin C di dalam bentuk tablet boleh kunyah yang kenyal. Vitamin C dos rendah adalah yang paling sesuai untuk kanak-kanak untuk mengelakkan mereka daripada terlebih dos. 

Menurut United States Recommended Dietary Allowance (USRDA), kanak-kanak memerlukan sekitar 40mg vitamin C setiap hari. Vitamin C adalah penting terutama untuk mencegah kanak-kanak daripada mendapat demam dan batuk. 

Ia juga membantu mengurangkan durasi selesema. Walaupun vitamin C adalah penting untuk kanak-kanak pada hari ini, tetapi kanak-kanak kecil biasanya sukar untuk mengambil makanan tambahan. Dengan Appeton A-Z Kid’s Vitamin C yang hadir dalam perisa yang enak iaitu oren, blackcurrant, dan strawberi, akan jadi mudah untuk kanak-kanak menerimanya.

Malah, ia juga diukir dengan 26 abjad pada setiap tablet yang membuatkan kanak-kanak akan mula menyukai suplemennya dan untuk mendapatkan ikatan yang lebih baik dengan ibu ayah. 

Apa yang kami suka:

  • Rendah dos vitamin C
  • Tablet boleh kunyah dan kenyal
  • Membantu mengurangkan durasi selesema
  • Mencegah demam dan batuk
  • Tiga perisa: Oren, Blackcurrant, dan Strawberi
  • Diukir dengan 26 abjad pada setiap tablet
  • Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar ABC
  • Bebas daripada saccharine, selamat untuk kanak-kanak

Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies Multi-Vitamin + Vegies 60 Pastilles

Terbaik Menjamin Tumbesaran Anak

Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies Multi-Vitamin + Vegies adalah pastil kenyal berperisa beri yang enak, jadi sudah pastinya kanak-kanak menyukainya! 

Dengan 8 kunci vitamin dan mineral untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan yang sihat, vitamin C untuk kanak kanak ini adalah jalan yang baik untuk memberikan anak anda health boost setiap hari. Ia telah direka untuk menyokong kesihatan am dan kesejahteraannya.

Apa yang kami suka:

  • Tumbesaran dan perkembangan anak lebih sihat
  • Kesihatan dan kesejahteraan yang baik
  • Kesihatan gigi dan gusi
  • Mata dan tulang yang sihat
  • Kesihatan kulit
  • 8 kunci vitamin dan mineral

Citrex Vitamin C for Kids (Orange)

Terbaik Versi Larut Dalam Air

Citrex Vitamin C 100mg menyediakan cara yang mudah dan selesa dalam menyokong keperluan harian Vitamin C untuk kesihatan sepenuhnya. Setiap 100mg Citrex vitamin C yang kenyal mengandungi 100mg vitamin C, dan ia tersedia di dalam dua perasa iaitu oren dan blackcurrant.

Apa yang kami suka:

  • Citrex Vitamin C bentuk larut dalam air
  • Menyediakan tahap vitamin C yang diperlukan setiap hari kepada kanak-kanak untuk tumbesaran dan perkembangan yang normal
  • Membantu membentuk dan merawat sel darah merah, tulang dan tisu
  • Membantu memastikan gusi kanak-kanak kekal sihat dan menguatkan saluran darah kanak-kanak

Sambucol Kids Black Elderberry 120 ML

Terbaik Bentuk Cecair

Bebas daripada pewarna dan perasa tambahan, vitamin yang mesra kanak-kanak, sedap, produk yang tidak mengantuk ini menggabungkan ekstrak Black Elderberry yang unik dengan Vitamin C. Ia sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun dan ke atas.

Sambucol Kids mengandungi Black Elderberry serta vitamin C untuk membantu menguatkan sistem imun tubuh. Ia adalah satu rangkaian makanan tambahan dengan rasa yang sedap untuk kanak-kanak. 

Malah ia juga merupakan alternatif selamat yang sesuai untuk kanak-kanak sejak larangan terhadap Echinacea di dalam kanak-kanak di bawah 12 tahun dan sesuai untuk mereka yang vegetarian dan vegan. 

Ia disokong dengan kajian saintifik yang dilakukan lebih 20 tahun, menjadikannya sebagai satu produk elderberry yang mempunyai kajian yang luas di dunia.

Apa yang kami suka:

  • Bebas pewarna dan perasa tambahan
  • Sesuai untuk kanak-kanak usia 1 ke 12 tahun
  • Lebih 20 tahun kajian saintifik dilakukan
  • Direka oleh pakar virologi terkenal dunia pada tahun 1991 yang mengetahui akan potensi flavonoid yang ada di dalam Black Elderberry. 
  • Elderberry telah digunakan berabad sebagai remedi semula jadi

Biobay Vitamin C Gummy For Kids(80’s)(blue and pink)

Terbaik Dengan Ekstrak Sebenar Buahan

BIOBAY vitamin C gummy mengandungi ekstrak daripada buahan sebenar yang segar. Ia telah secara khasnya diformulasikan untuk menyokong kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar. 

Ia penting untuk kanak-kanak mengambil amaun vitamin C yang sepatutnya untuk fungsi imun yang baik. Lebihan Vitamin C akan dicerna dan keluar dari tubuh menerusi air kencing. 

Apa yang kami suka:

  • Mengelakkan kanak-kanak daripada mudah jatuh sakit
  • Antioksidan
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menaikkan kadar penyerapan besi
  • Mengekalkan kesihatan menyeluruh 
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang membesar dan mempunyai sistem imun yang lemah

Perbandingan Harga Jenis Vitamin C Untuk Kanak-kanak

Produk Isi kandungan (tablet/ml) Berat (mg/tablet) Harga (RM) Harga (RM/tablet)
Champs Vitamin C Saccharin Free Blackcurrant 100 T 100 100 27.90 0.28
Kordel’s Kid’s Multivitamins Plus Lysine 30 Chewable Tablets 30 32.88 1.09
Chewies Vitamin C 100mg – Orange 75 100 13.90 0.19
Appeton A-Z Kids Vitamin C 30mg Strawberry 100 Tablets 100 30 33.60 0.33
Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies Multi-Vitamin + Vegies 60 Pastilles 60 33.95 0.56
Citrex Vitamin C for Kids (Orange) 90 100 12.45 0.14
Sambucol Kids Black Elderberry 120 ML 120ml 15ml 69.90 6.99
Biobay Vitamin C Gummy For Kids(80’s)(blue and pink) 80 250 29.90 0.37

Kebaikan Vitamin C Untuk Kanak-kanak

Vitamin C atau asid askorbik merupakan vitamin yang sangat penting untuk tubuh dalam pembentukan kolagen baru dan antioskida. Selain itu, kebaikan vitamin C adalah ia memainkan peranan dalam memperbaiki tisu badan yang rosak dan mempercepatkan proses penyembuhan luka. 

Bukan itu sahaja, dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, tubuh menjadi lebih kuat dalam melawan penyakit dan mengurangkan komplikasi lebih teruk jika anda mengalami demam atau selesema. 

Jadi, amatlah penting untuk mengambil vitamin C sekurang-kurangnya 10mg sehari untuk memastikan sistem imun badan dilindungi dari sebarang penyakit. 

Bagaimana Vitamin C Untuk Kanak kanak Berfungsi?

Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik, sejenis vitamin yang ditemui di dalam banyak makanan yang biasa seperti buahan sitrus, epal, beri, kentang dan lada. Ia juga siap tersedia di dalam bentuk makanan tambahan.

Vitamin C untuk kanak kanak adalah penting jadi tubuh anda boleh membentuk:

  • Kolagen, saluran darah, rawan, dan otot. Ia membantu untuk mengekalkan banyak tisu tubuh, termasuklah kulit anda. Ia juga membantu dengan penambahbaikan tisu penghubung dan penyembuhan luka menurut satu kajian.
  • Neurotransmitter, bahan kimia yang penting untuk memberi signal di dalam sistem saraf.
  • Carnitine, satu bahan kimia yang menyokong pergerakan dan pecahan asid lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Tulang dan gigi yang sihat, yang mana sangat penting sewaktu tahun-tahun pembentukan anak-anak.

Tetapi salah satu fungsi terkenal adalah peranannya di dalam menyokong sistem imun tubuh. “Kerana vitamin C adalah satu antioksidan dan penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh, ia sebenarnya boleh membantu meningkatkan sistem imun si kecil jika mereka mempunyai semput," kata Dr. Radhakrishnan. 

Antioksidan membantu mengurangkan kerosakan pada sel dari radikal bebas di dalam tubuh. Vitamin C juga tinggi konsentrasi di dalam sel imun, yang mana disyorkan yang ia adalah ejen peningkat imun tubuh.

Tubuh kanak-kanak yang membesar tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendirinya. Jadi sebagai ibu ayah, anda perlu memastikan yang anak anda mengambil variasi buahan dan sayuran berwarna setiap hari – biarpun kadang kala lebih mudah berkata daripada melakukannya!

Sumber tumbuhan termasuklah tomato, lada, brokoli, dan kiwi, adalah sumber terbaik vitamin C.

Jika si kecil anda adalah seorang yang suka memilih dalam pemakanannya, vitamin C juga tersedia di dalam bentuk makanan tambahan. Terdapat banyak jenis makanan tambahan vitamin C yang tersedia di pasaran, jadi adalah sebaiknya untuk ibu ayah rujuk kepada pakar kanak-kanak untuk mengetahui yang terbaik buatnya.

Bagaimana Ibu Ayah Boleh Tahu Jika Anak Anda Mempunyai Kekurangan Vitamin C?

Mendiagnos kekurangan vitamin C memerlukan ujian darah khas. Tetapi kondisi utama yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C adalah skurvi, yang mana sangat jarang. Skurvi dikesan oleh orang Egypt zaman purban dan di dalam cerita-cerita lanun, kerana ia merupakan punca utama akan kematian sewaktu pelabuhan kapal panjang di dalam industri ketika era revolusi.

Pesakit dengan skurvi mungkin mempunyai tompok coklat kecil pada kulit, kasar pada kulit, gusi menebal dan pendarahan dari selaput lendir. Mereka juga mungkin mempunyai satu rasa lemah atau tidak selesa, perubahan emosi, luka yang lambat sembuh, sakit pada tulang, dan pada peringkat akhir, penyakit kuning, penglibatan saraf dan sawan.

Cadangan Bernas Untuk Meningkatkan Pengambilan Vitamin C Untuk Anak

Jika anda mengalami kesukaran dalam memastikan anak anda untuk makan buah-buahan, cuba “selinap" Vitamin C ke dalam diet pemakanan mereka dengan:

  • Sediakan smoothie dengan strawberi atau bluberi segar atau beku – hanya kisar bersama yogurt, susu/susu soya. beri, ais, dan mungkin satu sudu teh madu
  • Hiris dan potong dadu akan seleksi buahan di atas satu dulang
  • Bekukan jus buah tulen ke dalam bekas kiub ais, dan kemudian masukkan kiub jus tersebut ke dalam air sparkling untuk lebih keterujaan dan kesegaran kala hari panas
  • Menambah air panas ke dalam jus epal tulen untuk air berperisa buah yang suam ketika musim hujan
  • Potong buah segar sebagai snek selepas makan malam
  • Hidang lobak merah, saderi, bunga kobis, kapsikum, dan sayuran lain bersama hummus untuk snek di tengah hari

Kami harap artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah dalam mengetahui tentang kepentingan vitamin C buat anak kecil sekaligus memudahkan pencarian vitamin C terbaik di pasaran.

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Mampu Kurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia

Baca juga: Vitamin Untuk Bayi 9 Bulan-12 Bulan Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!

Penulis

Farhana Fuad