Vitamin D Untuk Bayi: Kepentingan, Jenis Suplemen & Berapa Dos Yang Diperlukan Dalam Sehari

Vitamin D untuk bayi sangat penting untuk tumbesaran si manja, namun tahukah anda susu ibu sahaja tidak mencukupi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin D untuk bayi adalah nutrien yang amat penting dalam menyokong perkembangan tulang, gigi dan sistem imun mereka. Walaupun susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi, namun kandungan vitamin D dalam susu ibu sahaja tidak cukup.

Perlukah Kita Memberi Suplemen Vitamin D Kepada Bayi?

Ya, suplemen vitamin D amat disarankan untuk bayi terutama bayi yang menyusu badan sepenuhnya.

Menurut American Association of Paediatrics (AAP), Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya atau kurang daripada 1 liter susu formula sehari memerlukan 400 IU vitamin D setiap hari, bermula sejak lahir.

Kandungan vitamin D dalam susu ibu bergantung pada tahap vitamin D ibu. Namun, kajian menunjukkan susu ibu hanya mengandungi 5–80 IU vitamin D per liter, jauh lebih rendah daripada keperluan bayi.

Apakah Kepentingan Vitamin D Kepada Bayi?

Vitamin D membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus, dua mineral penting untuk pembentukan tulang, gigi dan otot yang kuat.

1. Membina Tulang Dan Gigi Yang Kuat

Vitamin D membantu penyerapan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang sihat.

2. Mencegah Penyakit Riket

Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan riket iaitu tulang lembut, bengkok dan berisiko patah.

3. Menguatkan Sistem Imun

Vitamin D meningkatkan daya tahan bayi terhadap jangkitan dan penyakit.

Selain itu, kajian menunjukkan vitamin D juga membantu mencegah risiko penyakit kronik seperti diabetes dan kanser apabila bayi dewasa kelak.

Tanda Kekurangan Vitamin D Bayi

  • Tulang lembut atau rapuh.
  • Lambat tumbuh gigi.
  • Sawan akibat kekurangan kalsium.
  • Risiko penyakit riket (bengkak sendi dan pembengkokkan tulang).

Jika bayi menunjukkan tanda-tanda ini, segera dapatkan nasihat doktor.

Makanan Vitamin D Untuk Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bayi mula makan makanan pejal (selepas 6 bulan), sumber vitamin D boleh diperoleh daripada:

  • Ikan berlemak (salmon, tuna).
  • Telur
  • Yogurt dan keju.
  • Bijirin yang diperkaya dengan vitamin D.
  • Minyak hati ikan kod.

Namun, untuk bayi yang masih menyusu, suplemen adalah kaedah terbaik memenuhi keperluan vitamin D mereka.

Adakah Ibu Mengandung Di Malaysia Memperoleh Vitamin Yang Mencukupi?

Walaupun Malaysia menerima cahaya matahari sepanjang tahun, kajian menunjukkan ramai ibu mengandung di Malaysia kekurangan vitamin D.

Menurut kajian Woon et al. (2019), 42.6% ibu mengandung mengalami kekurangan vitamin D akibat pemakanan yang rendah vitamin D dan kurang terdedah kepada cahaya matahari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian USM (2014) pula menunjukkan bahawa 60% ibu mengandung trimester kedua dan 37% trimester ketiga mengalami kekurangan vitamin D.

Faktor seperti kulit gelap, pemakaian pakaian tertutup dan mengelak cahaya matahari turut menyumbang kepada kekurangan ini.

Apakah Jenis Supplemen Vitamin D Yang Ada Di Pasaran Malaysia?

Di Malaysia, beberapa suplemen vitamin D sesuai untuk bayi seperti:

Appeton Infant Drop:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mengandungi 400 IU vitamin D per 1 ml.
  • Boleh diberikan terus ke mulut bayi atau dicampur dalam susu.

Baby DDROP (USA)

  • Dalam bentuk titisan yang mudah digunakan dan diberikan terus ke mulut bayi.

Ostelin Kids Vitamin D

  • Sesuai untuk kanak-kanak kecil yang memerlukan tambahan vitamin D.

Adakah Supplemen Disarankan Untuk Ibu Mengandung Dan Menyusukan Anak?

Ya, Scientific Advisory Committee on Nutrition (SACN) mencadangkan ibu menyusu mengambil 400 IU vitamin D sehari.

Namun, The Academy of Breastfeeding Medicine menyarankan dos lebih tinggi, iaitu 6400 IU sehari untuk memastikan bayi mendapat cukup vitamin D melalui susu ibu.

Dalam kes ini, suplemen untuk bayi mungkin tidak diperlukan.

Siapakah Yang Berisiko Tinggi Untuk Mendapat Masalah Kekurangan Vitamin D?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ibu yang mempunyai warna kulit yang gelap
  • Bayi yang menyusu badan sepenuhnya.
  • Ibu dan bayi yang kurang terdedah kepada cahaya matahari.
  • Ibu dengan BMI tinggi atau obesiti.
  • Bayi yang dilahirkan oleh ibu kekurangan vitamin D semasa mengandung.

Bolehkah Saya Membawa Bayi Keluar Untuk Jemuran Matahari Bagi Meningkatkan Vitamin D?

TIDAK disarankan untuk bayi bawah 6 bulan terdedah kepada cahaya matahari secara langsung.

  • Kulit bayi sangat sensitif dan mudah untuk mendapat masalah sunburn.
  • Sinaran UV di Malaysia yang kuat boleh meningkatkan risiko kanser kulit (melanoma) di kemudian hari.

Jika perlu keluar rumah, pastikan bayi berada di kawasan teduh atau menggunakan pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 15.

Waktu sinaran UV yang paling tinggi untuk dielakkan adalah pada pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Pemberian suplemen vitamin D disarankan sehingga bayi mula makan makanan pepejal yang kaya dengan vitamin D selepas 6 bulan.

Jika bayi minum lebih 1 liter susu formula sehari, suplemen tidak lagi diperlukan. Ingat, susu ibu tetap makanan terbaik dan suplemen hanyalah sokongan tambahan untuk memastikan tumbesaran sihat serta tulang dan imuniti bayi yang kuat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kekurangan Vitamin D Punca Masalah Tulang Pada Anak. Ini Kepentingan Vitamin D Yang Ibu Ayah Patut Tahu!

Baca juga: Kebaikan Vitamin D Ketika Hamil – Ibu Jangan Abaikan, Ia Penting Untuk Kesihatan Anda & Janin!

Baca juga: Kekurangan Vitamin C Boleh Menyebabkan Penyakit Scurvy Serta Sawan, Guna Tips Saranan Doktor Ini Untuk Tambah Khasiat Anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah