Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun Ramai Dijangkiti, Waspada Virus Baharu Selesema Tomato Kini Merebak Di India

Wabak penyakit baharu iaitu selesema tomato atau demam tomato dilaporkan menyerang kanak-kanak bawah usia lima tahun di negara India

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Belum berakhirnya episod wabak Covid-19, Influenza dan HFMD, ibu ayah kini diminta berwaspada dengan kewujudan penyakit baharu iaitu selesema tomato atau demam tomato. 

Amaran mengenai virus baharu ini telah dikeluarkan oleh para doktor di India selepas ia menyerang 82 orang kanak-kanak.

Wabak penyakit baharu: selesema tomato merupakan varian HFMD jenis baharu

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh NDTV, wabak selsema tomato ini dipercayai merupakan penyakit tangan, kaki dan mulut jenis baharu. Kebanyakan kes telah dikesan di daerah Odisha dan Kerala.

Kebanyakannya adalah melibatkan kanak-kanak di bawah usia lima tahun. 

''Seiring dengan kemunculan gelombang keempat Covid-19, virus baharu yang dikenali selesema tomato atau demam tomato telah dilaporkan di negeri Kerala, India. Ia melibatkan kanak-kanak bawah usia lima tahun,'' laporan menerusi Lancet Respiratory Journal.

Dalam laporan berkenaan turut menjelaskan wabak penyakit tersebut berlaku disebabkan oleh virus usus. Ia jarang berlaku pada orang dewasa kerana mereka telah memiliki sistem imunisasi yang kuat bagi mempertahankan diri daripada virus.

Antara gejala wabak penyakit ini termasuklah demam panas, bengkak sendi, sakit badan dan keletihan sama seperti chikugunya. Malah ada sesetengah pesakit mengalami cirit-birit, demam, loya, muntah dan dehidrasi.

Setakat ini antara kawasan lain yang terjejas di Kerala adalah di Ancha, Aryankavu dan Neduvathur. Lancet turut melaporkan bahawa kemunculan penyakit ini mencetuskan amaran di negeri-negeri jiran yang lain.

''26 orang kanak-kanak yang berusia 1 hingga 9 tahun di Odisha telah dijangkiti virus tersebut. Sehingga kini, selain Kerala, Tamil Nadu dan Odisha, tiada wilayah lain di India terjejas oleh wabak virus itu,'' kata laporan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru pakar kesihatan turut mengatakan bahawa penyakit ini tiada ubat yang khusus untuk merawatnya. Mereka turut memberi amaran bahawa jangkitan itu merebak dengan sangat pantas.

Apakah itu selsema tomato atau demam tomato?

Selesema atau demam tomato menunjukkan simptom yang hampir serupa dengan Covid-1, namun virus ini tidak berkaitan dengan SARS-CoV-2. Penyakit ini boleh terjadi selepas kanak-kanak dijangkiti chikungunya ataupun demam denggi.

Virus demam tomato diberikan nama sedemikian adalah kerana letusan lepuh merah yang menyakitkan di seluruh badan. Semakin hari ia boleh membesar kepada saiz tomato.

Simptom demam atau selesema tomato

Antara gejala utama yang perlu ibu ayah perhatikan sekiranya si manja dijangkiti virus ini adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • demam panas
  • ruam
  • sakit teruk pada sendi
  • sakit badan
  • keletihan seperti yang dialami pesakit Covid-19
  • bengkak sendi
  • loya
  • cirit-birit
  • dehidrasi

Cara jangkitan virus demam atau selesema tomato

  1. Kanak-kanak terdedah kepada jangkitan ini melalui penggunaan lampin
  2. Menyentuh permukaan tidak bersih
  3. Memasukkan objek terus ke dalam mulut

Memandangkan virus ini memiliki persamaan dengan HFMD, jika wabak selesema tomato pada kanak-kanak tidak dikawal, penularannya boleh merebak kepada orang dewasa.

Rawatan sekiranya anak mengalami selesema tomato

Rawatan untuk selesema tomato adalah sama dengan rawatan chikungunya, denggi dan HFMD. Pesakit dinasihatkan mengasingkan diri, berehat, minum banyak air dan gunakan span air panas bagi melegakan kerengsaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, ibu ayah hendaklah mengasingkan anak yang tidak sihat daripada ahli keluarga yang lain selama 5 hingga 7 hari bagi mengelakkan penyebaran jangkitan.

Langkah untuk mencegah wabak penyakit ini adalah dengan mempertingkatkan kebersihan diri dan ruang dalam rumah. Anda boleh sanitasi dengan kerap terhadap barangan dan persekitaran sekeliling menggunakan penyembur pembasmi kuman.

Bukan itu sahaja, pastikan anak yang demam atau selesema tidak berkongsi pakaian, mainan, makanan atau barangan dengan kanak-kanak lain.

Kesimpulannya, ibu ayah perlu mengambil langkah-langkah keselamatan bagi menghindarkan si manja daripada terkena jangkitan pelbagai penyakit.

Adalah lebih baik untuk kekal di rumah jika tiada urusan penting dan sentiasa ajarkan si manja untuk kerap membasuh tangan, menggunakan topeng pelitup muka serta mengelakkan daripada berada di kawasan sesak.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lepas HFMD, Doktor Minta Ibu Waspada Musim Demam Influenza, Ramai Anak Jatuh Sakit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga:  Sangka Hanya Demam Biasa, Ibu Pasrah Anak Terpaksa Ditidurkan Kerana Kuman RSV

Baca juga: Walau Demam Dah Kebah, Ibu Kena Teruskan Antibiotik Anak Sampai Habis, Doktor Kongsi Akibatnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan