Wanita Bersalin Sendiri Di Tepi Jalan, Ditemani 5 Anaknya Yang Berada Dalam Kereta

Wanita bersalin sendiri di tepi jalan ketika dia dan lima orang anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah. Segalanya berlaku sangat pantas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Melahirkan anak bukanlah suatu perkara yang mudah bahkan boleh mendatangkan bahaya kepada ibu dan juga anak. Tambahan lagi tanpa alat, perubatan yang lengkap serta pemantauan dari para pakar boleh merisikokan nyawa kedua-duanya. Ikuti kisah wanita bersalin sendiri ini mengenai detik-detik mendebarkan melahirkan bayi bongsunya itu.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Detik-detik mendebarkan seorang wanita bersalin sendiri di tepi jalan.
  • Pengalaman bersalin dahulu dan tahu proses untuk bersalin sangat membantu wanita bersalin sendiri ini.
  • Masih belum namakan bayi.

Sepantas kilat! itulah yang berlaku kepada seorang wanita ini. Jika diberi pilihan, tiada siapa pun yang ingin lalui pengalaman melahirkan anak seorang diri. Namun, semuanya berlaku di luar jangkaan dan perancangan awal bagi wanita ini.

Detik-detik mendebarkan seorang wanita bersalin sendiri di tepi jalan

Hasrat seorang wanita yang merancang untuk bersalin menggunakan kaedah ‘Water Birth’ di rumah tidak kesampaian kerana perlu bersalin lebih awal. 

Mendapat ribuan ‘Like’ melalui hantarannya itu di laman Facebook, wanita bersalin sendiri yang bernama Heather Skaats ini berkongsi pengalaman menariknya ketika melahirkan bayi bongsunya.

Heather berkata, dia sebenarnya baharu sahaja selesai memberi makan kuda-kuda di ladang milik mereka 20 minit sebelum bayinya itu lahir.

Setelah selesai, Heather keluar dari ladangnya itu dan memandu kereta bersama dengan semua anak-anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara tiba-tiba berasa seperti terjadi kontraksi-kontraksi kecil untuk bersalin, Heather segera berhentikan kereta lalu keluar dari keretanya itu yang telah berada di tepi jalan. Tidak lama kemudian, dia pun melahirkan anaknya di situ.

Mengingatkan semua ini hanya berlaku di dalam filem, wanita bersalin sendiri ini masih lagi terkejut dengan kelahiran itu.

Namun, Heather tetap bersyukur anaknya berada dalam keadaan sihat dan sempurna

Pengalaman bersalin dahulu membantu orang bersalin sendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengulas lanjut mengenai bagaimana cara dia kekal tenang ketika melahirkan anaknya itu, Heather berkata pengalaman bersalin anak-anaknya yang lain dan tahu bagaimana proses untuk bersalin sangat membantu ketika detik-detik cemas itu.

Masih belum namakan bayi

Heather dan suaminya masih lagi belum memilih nama untuk bayi mereka itu. Namun mempertimbangkan nama sempena nama jalan tempat anaknya dilahirkan itu sama ada Porter atau Wolf.

Tulisnya lagi, anaknya Austin juga teruja untuk menamakan adiknya itu sebagai ‘The Flash’.Tahniah diucapkan untuk Heather Skaats sekeluarga. Semoga bayi membesar dengan sihat dan cerdas!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar sekadar hiasan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Cara Putihkan Kulit Hitam Pada Ketiak, Leher, Siku & Lutut Secara Semula jadi

Baca juga: Ini Rupanya Punca Kulit Hitam Ketika Hamil, 4 Cara Anda Boleh Buat Untuk Kurangkannya

Baca juga: Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Syazwani