X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Warna Baju Raya 2025: Trend Terkini & Pilihan Popular Untuk Tampil Anggun Di Hari Raya

4 min bacaan
Warna Baju Raya 2025: Trend Terkini & Pilihan Popular Untuk Tampil Anggun Di Hari Raya

Warna baju raya 2025 yang dijangka menjadi trend tahun ini adalah seperti rich brown, burgundy, sage green, teal blue dan champagne gold.

Setiap tahun, pemilihan warna baju raya menjadi satu topik hangat yang dinantikan ramai, termasuklah tahun ini. Jika anda masih tercari-cari warna yang sesuai, berikut adalah pilihan tona mewah yang bakal menjadi warna baju raya 2025 kegemaran ramai tahun ini!

5 Warna Baju Raya 2025 Yang Menjadi Pilihan Ramai

1. Rich Brown

Bayangkan diri anda dalam busana Rich Brown yang menyerlahkan aura eksklusif dan kemewahan. Warna coklat gelap ini bukan sekadar tampak mewah, tetapi juga versatil dan sesuai untuk semua tona kulit.

  • Untuk lelaki, baju melayu Rich Brown tampak lebih sofistikated dengan sampin bercorak emas atau hitam.
  • Untuk wanita, kebaya atau baju kurung moden dalam tona ini akan kelihatan lebih anggun dengan aksesori emas atau nude.

Warna ini sempurna untuk anda yang mahu tampil elegan tanpa terlalu menonjol. Tak perlu berlebih-lebih, cukup dengan potongan klasik dan fabrik satin atau sutera untuk kesan lebih moden dan eksklusif!

2. Burgundy

Jika anda ingin tampil lebih menonjol tetapi masih mengekalkan keanggunan, Burgundy adalah pilihan terbaik! Warna merah gelap dengan sentuhan ungu dan coklat ini melambangkan kemewahan serta kekuatan.

Lelaki boleh memadankan baju melayu Burgundy dengan sampin hitam atau silver untuk gaya maskulin moden. Baju kurung lace atau chiffon dalam warna Burgundy dipadankan dengan tudung berwarna nude atau champagne akan memberikan penampilan yang memukau.

Sama ada anda berkulit cerah atau sawo matang, Burgundy akan menyerlahkan pesona tersendiri. Pasti ramai yang terpukau dengan gaya anda di pagi raya!

3. Sage Green

Bagi mereka yang sukakan gaya lebih santai dan lembut, Sage Green adalah pilihan terbaik. Warna hijau pastel ini memberikan kesan segar, moden dan minimalis.

Baju kurung atau dress dalam warna Sage Green akan nampak lebih manis apabila dipadankan dengan aksesori putih atau emas. Untuk lelaki pula, baju Melayu Sage Green bersama sampin bercorak tradisional memberikan keseimbangan antara elemen moden dan klasik.

Warna ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan kesederhanaan tetapi tetap ingin tampil elegan dan berkelas.

4. Teal Blue

Warna Teal Blue adalah kombinasi biru dan hijau yang memberi kesan sofistikasi serta daya tarikan tersendiri. Jika anda ingin tampil sedikit berbeza tetapi masih dalam kategori elegan, ini warna yang patut anda pertimbangkan!

Lelaki boleh memilih baju belayu Teal Blue dengan sampin berwarna emas atau kelabu mencipta kontras menarik yang maskulin dan elegan. Manakala, fabrik satin atau chiffon dalam warna Teal Blue untuk wanita yang dipadankan dengan aksesori perak atau putih akan menaikkan lagi seri Aidilfitri anda. 

5. Champagne Gold

Jika anda sukakan gaya eksklusif dengan elemen glamor, Champagne Gold adalah pilihan yang tidak pernah mengecewakan. Warna emas lembut ini memberikan aura keanggunan tanpa kelihatan terlalu berlebihan.

Anda boleh memadankan baju kurung Champagne Gold dengan aksesori emas atau perak untuk tampilan lebih sophisticated.

Lelaki pula tampak kemas dan moden dalam baju melayu Champagne Gold yang digayakan dengan sampin bercorak klasik. Tidak kira siang atau malam, warna ini akan memastikan anda sentiasa tampak bersinar dan memukau!

Tahun ini, warna-warna eksklusif dan matang mendominasi trend fesyen raya. Sama ada anda sukakan warna neutral seperti Rich Brown dan Champagne Gold atau warna yang lebih berani seperti Burgundy dan Teal Blue, pilihan ada di tangan anda. Yang paling penting, pastikan anda selesa dan yakin dengan pilihan anda.

Jadi, warna baju raya 2025 manakah yang bakal menjadi pilihan anda untuk Hari Raya nanti?

 Gio Fabrics, Tiktok Hyfa

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tak Tahu Nak Padankan Warna Baju Raya dan Tudung? Nah, Ikut 7 Tips Mudah Pilih Padanan Yang Sesuai!

Baca juga: Selalu Sangat Tersalah Ukuran Baju Raya Kalau Beli Online, Ini 10 Tips Cara Ukur Badan Dengan Tepat!

Baca juga: Warna Tudung Untuk Kulit Gelap Yang Menyerlahkan Penampilan & Keyakinan Para Wanita

 

Stories Rakan Kongsi
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noorhidayah

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Warna Baju Raya 2025: Trend Terkini & Pilihan Popular Untuk Tampil Anggun Di Hari Raya
Kongsikan:
  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

    Keputihan Banyak Tanda Hamil? Ini Cara Yang Tepat Untuk Tahu Anda Hamil Atau Tidak

  • Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

    Keputihan Kuning & Miss V Berbau, Apakah Penyebab Dan Cara Mengatasinya?

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham