Bagi mana-mana pasangan mendirikan rumah tangga, kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap hidup suami isteri. Namun tidak semua diberikan rezeki anak dengan begitu cepat, ada yang perlu sabar menanti hingga bertahun-tahun seperti pelakon dan pengacara, Yaya Zahir.
Semalam menerusi perkongsian sebuah video di Instagram, Yaya Zahir telah mengumumkan dirinya kini sedang mengandung anak pertama.
Yaya Zahir mengandung anak pertama
Yaya Zahir yang mendirikan rumah tangga pada 9 Ogos 2019 lalu dengan seorang juruterbang, Arriz Azim berkongsikan berita gembira berkenaan memandangkan sudah lama merahsiakannya.
Turut dimuat naik sebuah video yang memaparkan reaksi keluarga dan sahabat terdekat apabila mereka dimaklumkan dengan kehamilan tersebut.
View this post on Instagram
Rata-ratanya turut tumpang gembira dan tidak sabar untuk melihat pasangan ini bertiga tidak lama lagi.
Alhamdulillah. Tahniah Yaya Zahir dan Arriz! Tak sabar nak tengok you guys bertuga
Menangis tengok video ini. Tahniah Yaya Zahir dan Arriz. Love you both so much! Alhamdulillah syukur.
Alhamdulillah. Tahniah Yaya. Semoga Allah mudahkan urusan kehamilan awak!
Yeay lepas ni dah tidak perlu sorokkan baby bump dah. Tahniah.
Tips dan perkara yang perlu anda lakukan apabila disahkan mengandung
Kehamilan merupakan hal yang sangat ditunggu-tunggu oleh wanita yang sudah berkahwin. Sebaik saja mendapat keputusan positif pada pregnancy test, ada yang rasa teruja, seronok, gembira, tetapi tak kurang juga yang berasa gementar dan sedikit risau.
Bagi yang pertama kali mengalami kehamilan, tentunya pengalaman ini membuatkan anda berasa kekok dan tertanya-tanya apakah perlu dilakukan sebaik sahaja mengetahui diri mengandung.
Berikut beberapa panduan untuk ibu ayah baharu:
#1. Rahsiakan kandungan terlebih dahulu
Meskipun anda berasa begitu gembira, sebaiknya rahsiakan terlebih dahulu daripada pengetahuan orang luar. Hal ini kerana kandungan masih terlalu awal, ada banyak risiko seperti keguguran, kandungan tidak berkembang atau tiada degupan jantung.
Tempoh kritikal semasa hamil ialah dalam tempoh 12 minggu pertama, dan peratusan keguguran turun secara mendadak (sehingga 10%) selepas trimester pertama.
Jadi, tunggu lah sehingga anda hamil 13 minggu sebelum mnyebarkan berita yang menggembirakan ini. Bila dah lepas 13 minggu, masa itu kita akan berasa lebih yakin untuk bercerita kepada kawan-kawan.
#2. Lakukan imbasan di klinik swasta
Kebanyakan wanita menyedari diri mereka hamil selepas menggunakan alat penguji kehamilan di rumah. Namun untuk lebih meyakinkan anda, lakukan imbasan di klinik yang berdekatan bagi melihat adanya kantung dan berapakah usia kehamilan.
#3. Buka buku pink
Seterusnya, hubungi klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan mendaftar buka buku pink.
Ada yang mengatakan bahawa buku pink ibu mengandung perlu dibuat sebelum kandungan memasuki 12 minggu. Jangan lupa untuk bawa cetakan gambar kantung yang diperoleh ketika ingin buka buku pink.
#4. Pengambilan vitamin dan supplemen ibu mengandung
Vitamin/supplemen sangat bagus diambil oleh ibu mengandung kerana ia mengandungi banyak nutrisi yang bayi anda perlukan. Asid folik, zat besi dan kalsium adalah nutrisi yang sangat penting.
Kebanyakan supplemen banyak mengandungi nutrisi-nutrisi tersebut. Bagi yang tak boleh menelan pil, ambil lah supplemen yang berbentuk cecair atau jus.
Namun pastikan anda mendapat nasihat dan kebenaran daripada doktor terlebih dahulu.
#5. Banyakkan membaca dan sertai komuniti ibu mengandung
Selain daripada banyak berehat, bakal ibu digalakkan untuk banyakkan membaca. Boleh dijadikan hobi semasa hamil. Cuba tambahkan ilmu-ilmu yang boleh membantu sepanjang kehamilan.
Percayalah semua itu akan membantu anda suatu hari nanti. Membaca juga boleh membantu kita untuk lebih mengenali kita sendiri semasa kita mengandung. Tidak semua orang mempunyai pengalaman mengandung yang sama.
#6. Muat turun aplikasi kehamilan
Di tengah-tengah kebimbangan dan kekeliruan anda semasa kehamilan, adalah penting untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang kehamilan dan perkembangan bayi.
Melalui aplikasi kehamilan terbaik, ibu boleh mengetahui selok belok kehamilan dan perkembangan bayi. Salah satu aplikasi kehamilan terbaik di Malaysia ialah aplikasi theAsianparent Malaysia.
Melalui aplikasi ini, anda boleh:
- memantau perkembangan bayi mengikut minggu dan usia kehamilan
- berhubung dengan ibu-ibu yang lain
- bertanyakan pelbagai soalan
- makanan dan resepi
- membaca artikel berkaitan kehamilan
- menyertai peraduan dan memenangi pelbagai hadiah menarik
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga: Kenapa Tiada Alahan Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal & Bayi Akan Baik-Baik Sahaja?
Baca juga: 10 Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung Agar Kulit Bayi Cerah & Bersih Ketika Lahir
Baca juga: Sudah Ikat Peranakan (BTL) Tapi Masih ‘Lekat’, Ibu Terkejut Dapat Tahu Mengandung 6 Bulan