Yee sang adalah makanan tradisional Cina yang paling popular bila tibanya sambutan perayaan Tahun Baharu Cina. Resepi yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah khususnya salmon.
Ia dicampur dengan cebisan sayur-sayuran dan aneka sos dan perasa dengan ramuan-ramuan lain. Makanan ini dikatakan melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Ramuan biasanya adalah ikan salmon segar, lobak putih (daikon), lobak merah, cili kembung, halia, daun limau purut, daun sup, kacang tanah hancur, bijan bakar, keropok udang Cina atau udang kering goreng. Kuahnya diperbuat daripada sos boi.
Isi Kandungan
Resepi Yee Sang Halal Guna Ikan Salmon
Warna-warni dalam bahan dan ramuan yee sang melambangkan kekayaan, kemewahan, kemakmuran dan kebahagiaan pada setiap individu.
Bahan-bahan:
- 250 gram fillet ikan salmon
- Buah limau bali yang sederhana (keluarkan isi)
Bahan untuk parut memanjang:
- 2 biji lobak merah
- 1 biji lobak putih
- 2 biji epal hijau
- 2 biji mangga muda
- 1 biji capsicum
- 20 gram bijan panggang
- Kacang tanah (panggang dan kisar kasar)
- 1/2 biji sengkuang atau sengkuang cina
- 1 peket keropok yee sang atau keropok udang atau cracker rangup atau kulit wanton goreng
Bahan untuk digaul:
- 2 sudu besar sos plum
- 2 sudu besar madu
- 3 sudu besar jus lemon
- 1 sudu kecil rempah lima
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar minyak zaitun
Cara penyediaan:
- Semua bahan diparut atau potong halus panjang-panjang. Susun dalam bekas ikut kesukaan dan kreativiti anda. Biasanya disusun dalam bentuk bulatan supaya mudah digaul rata.
- Campur semua bahan sos dan kacau rata
- Curah sos atas yee sang dan gaul rata.
Kenapa Perlu Diangkat Tinggi Ketika Digaul?
Bagi masyarakat Tionghua, Yee Sang merupakan hidangan wajib ada dan disediakan ketika makan besar setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga.
Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun.
Dalam bahasa Cina, perkataan “Yee” bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan “Sang” pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Makanan Berpantang: Jenis Makanan Pantang Yang Boleh Diambil & Menu Orang Berpantang 44 Hari
Baca juga: Resepi Kuih Bakul Atau Nian Gao Homemade Yang Mudah & Dijamin Halal, Menu Wajib Raya Cina
Baca juga: Jangan Buang Lebihan Nasi, Boleh Buat Kuih! Resepi Apam Nasi Mudah Ini Boleh Dicuba