Kebaikan Yogurt Untuk Bayi, Ia Melancarkan Penghadaman & Menguatkan Tulang

Yogurt untuk bayi sesuai diberikan ketika usia si manja 6 bulan ke atas. Ibu boleh mencuba beberapa resepi berasaskan yogurt yang sedap ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang bagus memberikan yogurt untuk bayi yang sudah menjangkau usia lapan bulan ke atas kerana ia mengandungi protein berkualiti tinggi, kalsium dan bakteria baik.

Namun begitu, pilihan yogurt untuk bayi haruslah kaya dengan lemak tanpa perasa tambahan lain kerana si manja tidak memerlukan gula.

Tapi jika si kecil kurang minat yogurt, anda boleh ganti dengan puri buah seperti pisang, epal, avocado dan lain-lain. 

Yogurt untuk bayi apa yang sesuai? 

Kriteria yogurt yang sesuai untuk bayi adalah: 

  • Full fat
  • Plain yogurt 
  • Natural yogurt 

Contoh jenama yogurt untuk bayi yang sesuai seperti Farm Fresh Natural Yogurt, Sunglo Greek Yogurt Natural Full Cream, Farmers Union Greek Style Natural Yogurt dan lain-lain. 

Tapi yogurt yang tak sesuai untuk bayi adalah jenis low fat atau rendah lemak.

Diingatkan juga, anda harus lihat terlebih dahulu label pada bekas yogurt sebelum beli. Bagi membantu anda menyediakan yogurt untuk bayi yang lebih menarik, kami sertakan sekali dua resepi mudah yang boleh anda cuba dari rumah. 

Produk susu yang ditapai seperti yogurt adalah kegemaran ramai orang dewasa dan kanak-kanak. Ia diperolehi dalam proses pemisahan susu dengan bakteria khusus – rod Bulgaria dan streptococci termophilic. Ini membezakannya daripada produk tenusu lain dan memberikan kesan yang bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kebaikan yogurt untuk bayi ialah:

  • Yogurt mengandungi protein yang diserap dengan baik dalam badan kanak-kanak.
  • Yogurt adalah sumber kalsium yang penting dalam pembentukan tulang dan menguatkan gigi.
  • Di dalam yogurt juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan anak.
  • Probiotik di dalam yogurt mampu memberikan kesan positif terhadap proses pencernaan dan imuniti. 

Resepi yogurt untuk bayi 

#1. Fruits Barley Dessert 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit : Homemade Nutrition

Bahan-bahan: 

  • Serbuk barli 
  • 1/2 buah epal 
  • 1/2 biji kiwi 
  • 1 sudu besar yogurt asli 

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar kiwi dan epal supaya dijadikan puri 
  2. Campurkan dua sudu serbuk barli dengan air panas. Kemudian kacau rata. 
  3. Letakkan dua sudu barli yang siap dibancuh dalam bekas lain.
  4. Campurkan 1 sudu yogurt asli.
  5. Tambahkan dua sudu puri epal dan kiwi.
  6. Dessert siap buat si manja. 

#2. Creamy yogurt bersama pisang 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit : Medical news today

Bahan-bahan:

  • Pisang 
  • Yogurt asli
  • Air 

Cara-cara penyediaan: 

  1. Kisar atau lenyek pisang yang telah dipotong kecil.
  2. Campurkan pisang tadi bersama yogurt. 
  3. Masukkan juga sedikit air untuk lebih lembut.
  4. Creamy yogurt bersama pisang siap buat si kecil anda! 

#3. Resepi yogurt mangga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Bahan-bahan:

  • Buah mangga yang manis
  • Plain yogurt
  • Sedikit susu tepung atau fresh milk

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar. Kisar separuh menjadi benar-benar halus dan separuh lagi kasar bagi membolehkan bayi gigit buah mangga. 
  2. Tidak perlu tambah gula lagi kerana sudah ada rasa manis buah dan lemak dari susu. 
  3. Kemudian tuang ke dalam bekas kecil-kecil dan sejukkan dalam peti ais. Hias dengan beberapa potongan kecil buah mangga di atasnya. Siap!

Kesimpulannya, yogurt adalah makanan bayi yang sangat baik kerana ia mengandungi protein berkualiti tinggi, banyak kalsium dan bakteria baik untuk perkembangan si manja.

Justeru, ia boleh diberikan kepada bayi yang berusia lebih 6 bulan sebagai makanan tambahan kepada susu formula atau susu ibu, bukan sebagai pengganti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, para ibu dinasihatkan agar menggunakan yogurt yang kaya dengan lemak dan tiada perasa. Bayi tidak memerlukan gula tambahan untuk dicampurkan ke dalam makanan sehariannya.

Jika anda mendapati si manja tidak menyukai rasa yogurt, anda perlulah kreatif memikat selera bayi dengan mengubah suai hidangan bersama buah-buahan atau dijadikan sebagai aiskrim.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 Resepi Bubur Nasi Yang Boleh Pikat Selera Bayi Tanpa Menggunakan Gula & Garam

Baca juga: Jom Cuba Resepi Manggo Lassi, Bantu Mengekalkan Kesihatan Mata & Kulit Anak-Anak