Zakat Fitrah: Syarat Wajib, Kadar Dan Hukum Tidak Membayarnya

lead image

Zakat fitrah boleh ditunaikan apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut syarak, zakat fitrah boleh ditunaikan apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal. Waktu afdal menunaikannya adalah sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri. 

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Zakat Fitrah

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Selain itu, anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari dan memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

Ia juga wajib ke atas seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”
(Hadis riwayat Muslim)

Pada masa kini, teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam melancarkan serta memudahkan urusan seharian manusia seperti membuat pembayaran bil, hutang termasuklah zakat secara atas talian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara ini memudahkan urusan kerana umat Islam tidak perlu lagi ke kaunter secara bersemuka sebaliknya boleh melakukan pembayaran tersebut secara terus melalui komputer mahupun telefon pintar.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sah zakat yang dibayar secara atas talian atau online kerana akad yang berlaku dalam keadaan tersebut mempunyai gambaran akad secara tulisan yang dipersetujui para ulama tentang keabsahannya.

Pembayaran zakat tidak disyaratkan padanya akad ijab dan kabul. Syarat sah pemberian zakat adalah mesti berniat, mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang.

Berikut adalah pautan untuk membayar zakat secara online bagi setiap negeri :

Negeri Pautan
Perlis https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php
Kedah https://jom.zakatkedah.com.my/
Pulau Pinang https://zakatpenang.com/
Perak https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/
Selangor https://fpx.zakatselangor.com.my/
Negeri Sembilan

https://www.zakatns2u.biz/fitrah/

Melaka https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah
Johor https://epayment.maij.gov.my/
Pahang https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/
Terengganu https://ezakat.maidam.gov.my/online/
Kelantan https://www.e-maik.my/v2/
Sabah https://appszakat.sabah.gov.my/index.php
Sarawak https://www.tbs.org.my/www/?page=85
WPKL/Putrajaya/Labuan

https://apps.maiwp.gov.my/epay/fpx

Hanya di hujung jari, pembayaran zakat dapat disempurnakan dengan hati yang tenang. Bahkan terdapat beberapa bank yang menyediakan khidmat bayaran zakat menggunakan perbankan internet dalam laman web mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan culas membayarnya kerana terdapat banyak manfaat dan kebaikan daripada berzakat. Selain mensucikan jiwa dan diri, kita dapat membantu orang yang tidak berkemampuan.

Kadar Zakat Fitrah

Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk bagi tahun 2025/1446 Hijrah sepertimana  ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:

Negeri Kadar Minimum / Wajib Kadar Lain
Perlis RM9  
Kedah RM7 RM14
Pulau Pinang RM7 RM10 / RM15 / RM25
Perak RM10 RM16 / RM27
Selangor RM7 RM15 / RM22
Negeri Sembilan RM7.50 RM12 / RM22
Melaka RM7 RM15 / RM22
Johor RM7 RM12 / RM20
Pahang RM7 RM14 / RM21
Terengganu RM10 RM21
Kelantan RM8 RM14 / RM21
Sabah RM7.50
Sarawak RM7.50
Wilayah Persekutuan RM7 RM15 / RM22

Nota:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadar wajib atau minimum adalah bagi mereka yang makan beras super spesial tempatan atau mengikut negeri dan kadar lain adalah bagi mereka yang makan beras super import / Perang / Pulut / Herba Ponni / Wangi / Calrose / Poney / Beras Basmathi / Jepun / Merah

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada lima. Iaitu:

  1. Waktu wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal
  2. Waktu afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal

Hukum Tidak Membayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadan, sebelum hari raya Aidilfitri. Zakat fitrah bertujuan untuk membersihkan diri dari dosa-dosa yang mungkin terjadi sepanjang bulan Ramadan, serta untuk membantu golongan yang memerlukan agar mereka dapat merayakan hari raya dengan lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukum tidak membayar zakat fitrah adalah haram jika seseorang itu mampu dan memenuhi syarat untuk mengeluarkannya. Zakat fitrah merupakan kewajipan bagi setiap Muslim yang memenuhi syarat, dan jika tidak dikeluarkan, maka seseorang dianggap melanggar kewajipan agama. Selain itu, tidak membayar zakat fitrah boleh menambah dosa bagi seseorang.

Zakat Fitrah Berapa

Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk bagi tahun 2025/1446 Hijrah sepertimana  ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:

Negeri Kadar Minimum / Wajib Kadar Lain
Perlis RM9  
Kedah RM7 RM14
Pulau Pinang RM7 RM10 / RM15 / RM25
Perak RM10 RM16 / RM27
Selangor RM7 RM15 / RM22
Negeri Sembilan RM7.50 RM12 / RM22
Melaka RM7 RM15 / RM22
Johor RM7 RM12 / RM20
Pahang RM7 RM14 / RM21
Terengganu RM10 RM21
Kelantan RM8 RM14 / RM21
Sabah RM7.50
Sarawak RM7.50
Wilayah Persekutuan RM7 RM15 / RM22

Nota:

Kadar wajib atau minimum adalah bagi mereka yang makan beras super spesial tempatan dan kadar lain adalah bagi mereka yang makan beras super import / Perang / Pulut / Herba Ponni / Wangi / Calrose / Poney / Beras Basmathi / Jepun / Merah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi tunaikan tanggungjawab anda. Hukum tidak membayar zakat fitrah bagi yang wajib adalah haram dan boleh mendatangkan dosa. Oleh itu, sangat dianjurkan untuk melaksanakan kewajipan ini dengan tepat pada waktunya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 8 Golongan Layak Terima Zakat Dalam Islam & Mengapa Kita Diwajibkan Melakukannya

Baca juga : 50 Nama-Nama Indah Dalam Islam Untuk Anak Lelaki & Perempuan

Baca juga : Tak Sempat Ganti Puasa Tahun Lepas, Ini Kadar Bayaran Fidyah Ikut Negeri Tahun 2023

Penulis

Nursyamimi