X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kronologi Kes Pembunuhan Tragis Kanak-Kanak Autisme, Zayn Rayyan

11 Dec, 2023
Kronologi Kes Pembunuhan Tragis Kanak-Kanak Autisme, Zayn Rayyan

Negara digemparkan dengan kisah pembunuhan tragis Zayn Rayyan yang mayatnya ditemui di kawasan anak sungai selepas dilaporkan hilang.

Beberapa hari lepas, negara digemparkan dengan kisah pembunuhan tragis Zayn Rayyan yang mayatnya ditemui di kawasan anak sungai selepas beberapa jam dilaporkan hilang.

Hasil bedah siasatan kemudian membongkar punca kematian kanak-kanak malang itu adalah disebabkan dibunuh dengan beberapa kesan jerut di leher.

Kejadian itu turut menyebabkan penghuni kediaman Apartmen Idaman kini hidup dalam ketakutan berikutan belum ada suspek yang ditahan berhubung kejadian itu.

Berikut adalah kronologi kes berkenaan :

RABU [6 DISEMBER 2023]

Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak austime hilang

Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa yang dikenali sebagai Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Kanak-kanak itu ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan kediamannya pada jam 10 malam, Rabu oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari Zayn.

Lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme yang ditemui di anak sungai adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid berkata, selepas laporan polis diterima, pasukan mencari dan menyelamat sudah melakukan pencarian di kawasan berkenaan.

KHAMIS [7 DISEMBER 2023]

Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui meninggal dunia berdekatan anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada Rabu dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kecederaan pada bahagian tubuh badan mangsa.

Polis masih menyiasat punca kecederaan pada leher yang dialami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin susulan bedah siasat yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh pada Khamis.

Jenazah Zayn Rayyan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara dan dikebumikan

JUMAAT [8 DISEMBER 2023]

Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin maut dipercayai dicekik oleh pembunuhnya di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.

SABTU [9 DISEMBER 2023]

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) iaitu Falco Jimmy dan Ruby, bagi menjejaki bukti pembunuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid, berkata Unit Anjing Pengesan K9 itu, dibawa bagi mendapatkan petunjuk baharu yang mungkin akan membawa kepada penemuan suspek.

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin berkata, setakat ini belum ada pihak yang tampil memberikan rakaman kamera papan pemuka, walaupun terdapat banyak kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir di sekitar apartment terbabit.

AHAD [10 DISEMBER 2023]

Hari keempat selepas penemuan mayat kanak-kanak, Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis mempertingkatkan siasatan termasuk melakukan saringan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) beramai-ramai di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Difahamkan, sampel DNA diambil daripada sebahagian penghuni di Blok R iaitu blok kediaman keluarga Zayn Rayyan serta tiga saksi, serta pengurus kebun di lokasi mayat kanak-kanak itu ditemui.

Dalam pada itu, katanya, polis sudah selesai melakukan proses pertanyaan dan pemeriksaan daripada rumah ke rumah di keseluruhan 18 blok membabitkan 2,484 unit kediaman dan kedai di apartmen terbabit.

Stories Rakan Kongsi
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Does Your Growing Up Child Have A Sensitive Tummy? Here’s What You Should Know
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need

Polis juga melancarkan operasi khas dengan menapis setiap individu yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan seksual bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan.

Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Apartmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran.

ISNIN [11 DISEMBER 2023]

Lokasi penemuan mayat kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berdekatan Apartment Idaman, Damansara Damai terus menjadi tumpuan pada hari kelima siasatan dijalankan.

Beberapa pegawai dan anggota polis dilihat hadir ke lokasi kejadian, dipercayai bagi meneruskan siasatan dan mencari bukti baharu dalam usaha mengesan dalang yang terbabit dalam kes pembunuhan kanak-kanak itu.

Semalam, beberapa anggota pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor datang ke kediaman Zayn Rayyan pada jam 4.15 petang dengan membawa kotak.

Empat beg kertas dilihat dibawa keluar pasukan forensik selepas selesai pemeriksaan di kediaman mangsa.

Polis turut menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah stor simpanan yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R apartment itu.

+Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Ini Sebab-Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda, Ibu Lihat Tandanya!

Baca juga : Penting Latih Anak Autisme Urus Diri Sejak Kecil, Ibu Ayah Carilah Ilmu, Jangan Harap Ahli Terapi Saja

Baca juga : Suka Main Seorang Diri & Kipas-Kipaskan Tangan Ciri Awal Anak Autisme, Ibu Sila Peka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kronologi Kes Pembunuhan Tragis Kanak-Kanak Autisme, Zayn Rayyan
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham