Setelah menjadi ibu baru, menjaga anak sepatutnya sesuatu yang mudah dan anda haruslah menikmati sesi ikatan dengan bayi baru anda.
Ia pasti tidak disangka bahawa ibu baru akan mengalami ketegangan dan membuat beberapa kesalahan, terutamanya di semester yang pertama.
Apatah lagi ditambah pula dengan kata-kata orang luar yang memandaikan diri memberi nasihat, seolah-olah semuanya yang anda lakukan tidak betul membuatkan anda rasa sedih dan rungsing.
Jangan risau ibu, kami faham jika anda ada buat kesilapan namun anda juga harus pantas membetulkan kesalahan tersebut agar tidak diulang lagi di masa hadapan.
Menjadi Ibu Baru Bukan Mudah, Ini 10 Kesilapan Yang Sering Dilakukan
1.Mudah panik atau bertindak berlebihan terhadap keadaan anak
Ibu baru akan panik semasa bayi mereka muntah walaupun disebabkan organ bayi masih belum matang, bayi akan muntah beberapa kali dalam sehari dan ia adalah normal. Ibu baru juga akan bertindak secara berlebihan dan khuatir jika bayi kurang makan dan minum dan gemuruh bila bayi mereka menangis.
Kekurangan pengalaman dan pengetahuan juga adalah penyebab utama perasaan gemuruh ini melanda ibu baru. Semasa ibu sedang hamil, siapkanlah diri dengan informasi untuk menjaga bayi anda dan tanyalah doktor anda apakah perkembangan bayi yang normal supaya anda tidak bertindak berlebihan.
2. Tidak tahan membiarkan bayi menangis setelah menjadi ibu baru
Tangisan bayi adalah normal dan bukannya bermaksud ada sesuatu yang salah pada bayi. Padahal, seorang bayi memang seharusnya menangis untuk menguatkan tekak mereka.
Pada mereka, menangis adalah satu cara berkomunikasi dan selepas berada dalam janin ibu selama 40 minggu, mereka perlu kepanasan dan sentuhan dari ibu mereka untuk menyesuaikan diri dalam suasana yang baru.
Hanya jika mereka tidak boleh ditenangkan atau tangisan mereka tidak reda selama satu jam dan termasuk demam, muntah atau ruam, anda haruslah membawa mereka untuk berjumpa dengan doktor.
3. Tetap membangunkan bayi untuk memberikan susu di malam hari walaupun bayi sudah menerima susunya
Bayi bawah 6 bulan haruslah dibangunkan untuk diberi susu ibu setiap 2-3 jam kerana susu ibu adalah sangat ringan dan senang dicerna.
Namun, jika bayi sudah disusukan, tidak perlulah untuk membangunkan mereka ditengah malam kerana ia akan menganggu tidur mereka.
Ibu baru akan sentiasa risau jika bayi kelaparan dan ia adalah penyebab utama tindakan ini.
4. Tidak dapat membezakan antara spit-up dan muntah
Perkara utama yang membezakan antara spit up dan muntah adalah frekuensinya. Spit up biasanya terjadi bila-bila sahaja. Sementara muntah yang juga biasanya disebabkan oleh virus, terjadi setiap 30-45 minit walaupun bayi tidak diberi susu.
5. Jumpalah doktor jika bayi demam
Demam hingga 38°C pada 3 bulan pertama bayi adalah hal yang ibu baru harus berwaspadai (kecuali deman yang terjadi 24 jam setelah imunisasi pertamanya).
Ibu baru juga harus tahu bahawa sistem imun bayi masih belum matang dan jika mereka demam, anda haruslah segera membawanya untuk berjumpa dengan doktor.
6. Enggan menggunakan Baby Car Seat saat membawa bayi dengan kereta
Peraturan di Malaysia memang belum mengharuskan penggunaan car seat pada saat bayi masuk ke kereta. Namun demi keselamatan bayi anda, letaklah bayi pada car seat. Pilihlah car seat yang sesuai dengan usia dan berat bayi.
Car seat untuk bayi berusia di bawah 1 tahun biasanya menghadap ke belakang kerana posisi ini telah dinilai untuk menurunkan risiko kecelakaan pada bayi hingga 75%. Car seat tidak boleh diletakkan pada kerusi yang memiliki air bag, kerana air bag juga akan membahayakan bayi.
7. Lupa membersihkan mulut bayi
Ibu baru biasanya kurang memperhatikan kebersihan rongga mulut dan gusi bayi. Ia adalah sangat penting untuk menjaga kebersihan rongga mulut bayi mereka.
8. Mengabaikan pasangan mereka
Ibu baru kadang kala terlalu fokus pada perkembangan dan kesihatan bayi hingga mengabaikan pasangannya.
Kenyataannya, tetap menjalin kemesraan dan komunikasi dengan pasangan akan membantu ibu baru bebas dari stres dan meringankan beban pengasuhannya.
9. Seringkali bergaduh di depan bayi
Bayi umur tiga 3 bulan sudah dapat merasakan aura kemarahan pada diri ibu bapanya. Jangan sesekali bergaduh dengan pasangan anda di depan bayi anda.
Bayi akan belajar bagaimana ibu bapanya berpendapat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, dengan rasional.
10. Mempercayai nasihat parenting dari sumber yang tidak dipercayai
Mitos-mitos dari orang tua atau kebiasaan zaman dahulu, akan membahayakan bayi anda.
Selain itu trend para ibu baru untuk mencari informasi online juga adalah penyebabnya. Selalu bertanya kepada doktor tentang informasi-informasi yang baru supaya menghindari hal yang tidak diinginkan dikemudian hari.
Demikianlah ibu bapa sekalian, 10 kesalahan utama ketika menjadi ibu baru. Memang tidak ada seorang ibu pun yang sempurna, namun bila berkaitan dengan perkembangan bayi kita sendiri, bukankah ia lebih baik jika kita melakukan apa saja yang terbaik untuk mereka?
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Mitos Vs Fakta: Masalah Tidur Bayi & SIDS, Ada Perbezaan Ke?
Baca juga: Ubun Kepala Bayi Sangat Rapuh, Mengapa Ibu Perlu Berhati-hati Semasa Menyentuhnya?
Baca juga: Jenis Najis Bayi: Kenali Setiap Jenis & Warna Yang Normal Mengikut Usia Bayi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!