X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Koleksi Video Melahirkan Bayi Yang Bakal Ibu Boleh Tonton Sebelum Bersalin

7 min bacaan
10 Koleksi Video Melahirkan Bayi Yang Bakal Ibu Boleh Tonton Sebelum Bersalin

Terdapat banyak video merakamkan detik melahirkan bayi dikongsi di media sosial yang boleh dijadikan sebagai rujukan atau panduan buat bakal ibu.

Pada hari ini, pelbagai perkara akan dirakam, dikongsi dan ditonton di media sosial termasuklah video melahirkan bayi. Video ibu melahirkan bayi ini banyak dikongsi malah semakin menjadi trend khususnya di negara-negara luar.

Untuk bakal ibu, perasaan gementar dan teruja menunggu kelahiran cahaya mata khususnya jika ia adalah pengalaman bersalin kali pertama mungkin akan menyebabkan ramai dalam kalangan mereka mengambil pendekatan awal dengan menonton video melahirkan anak di platform media sosial yang ada. 

Namun, menonton video melahirkan bayi ini ada baik dan buruknya. Bergantung kepada penerimaan anda, ia boleh diambil daripada sudut yang positif mahupun negatif. Jadi, ayuh teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenai trend menonton video bersalin normal mahupun video bersalin czer agak anda dapat menilai sendiri kelebihan serta kekurangannya. 

Isi Kandungan

  • Video Melahirkan Bayi, Patut Tengok atau Tidak?
  • Adakah Anda Ingin Rakamkan Video Melahirkan Bayi?
  • Kompilasi Video Melahirkan Bayi
  • Kebaikan Menonton Video Melahirkan Bayi
  • Keburukan Menonton Video Melahirkan Bayi

Video Melahirkan Bayi, Patut Tengok atau Tidak?

Perlu atau tidak tonton video melahirkan bayi

Persoalannya di sini, adakah dengan menonton video melahirkan bayi, ia akan mengubah cara anda berfikir selepas itu?

Jawapannya mungkin ya. Ini kerana ramai bakal ibu yang masih takut, risau dan gementar apabila memikirkan saat melahirkan anak. Namun, ibu itu sendiri mungkin tidak faham mengapa perasaan itu timbul, walhal sepatutnya teruja menantikan kedatangan cahaya mata mereka.

Sebenarnya, momen melahirkan bayi merupakan satu detik yang sangat indah, dan boleh menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila anda bertemu dengan bayi anda. Namun, lebih 80% wanita mempunyai kebimbangan apabila memikirkan mengenai saat melahirkan bayi mereka.

Cuba tanya diri anda, pernahkah anda mengalami gejala-gejala seperti ini:

  • Resah, tidak tentu arah, tertekan
  • Panik dan takut dengan bahaya atau risiko yang akan berlaku
  • Kadar degupan jantung lebih laju berbanding biasa
  • Sukar menumpukan perhatian terhadap perkara lain dan hanya bimbangkan mengenai kelahiran anak di bilik bersalin?

Jika ya, maka mungkin tandanya anda mengalami kebimbangan ini. Namun jangan risau, anda bukanlah keseorangan kerana ramai ibu di luar sana juga mengalami perasaan yang sama. 

Jadi bagi mengatasi kebimbangan anda mengenai proses kelahiran anak nanti, menonton video bersalin mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu anda mengatasi perasaan itu. Ini kerana, anda mungkin sudah tahu prosedur, cara melahirkan bayi dengan betul dan selamat, teknik pernafasan yang tepat serta lain-lain lagi menerusi video-video yang ditonton.

Adakah Anda Ingin Rakamkan Video Melahirkan Bayi?

Perlukah rakam video melahirkan bayi

Perasaan teruja menantikan kedatangan cahaya mata pastinya timbul buat setiap pasangan suami isteri apabila harinya sudah tiba. Justeru, ada ibu ayah yang mengambil inisiatif atau pendekatan agak luar biasa iaitu dengan merakamkan detik melahirkan anak mereka untuk dijadikan sebagai kenangan seumur hidup.

Secara peribadi, perbuatan merakamkan video melahirkan bayi ini sebenarnya agak baik dan tidaklah memudaratkan. Selain dapat dijadikan sebagai kenangan, video tersebut juga boleh mengeratkan hubungan khususnya di antara ibu dan anak yang dilahirkan itu nanti apabila anak sudah meningkat dewasa.

Selain dapat menimbulkan rasa insaf, kagum dan hormat terhadap ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak, ia juga boleh membantu anak itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap ibu mereka apabila sudah dewasa. 

Kompilasi Video Melahirkan Bayi

Untuk ibu di luar sana yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata, di sini kami kongsikan beberapa kompilasi video melahirkan bayi yang boleh anda tonton dan jadikan panduan.

#1. Bersalin normal video

 

#2. Video bersalin czer

#3. Vlog melahirkan bayi ketika Covid

#4. Melahirkan anak dalam air

#5. Video melahirkan anak dalam hanya 45 minit!

#6. Video menyentuh hati melahirkan anak tanpa epidural

#7. Vlog melahirkan anak di rumah

#8. Melahirkan bayi di dalam kereta

#9. Video melahirkan bayi kembar dua

#10. Video melahirkan bayi kembar lima

Kebaikan Menonton Video Melahirkan Bayi

Manfaat tonton video melahirkan bayi

Stories Rakan Kongsi
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Pencemaran Udara Di Dalam Rumah Lebih Berisiko Menyebabkan Kelahiran Bayi Pramatang, Ini Apa Yang Anda Patut Lakukan!
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Ibu-Ibu, Ini Cara Untuk Kembali Yakin Dengan Diri Sendiri Selepas Pembedahan C-Section! Tiada Lagi Parut Ketara
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ramai ibu pastinya tertanya-tanya adakah saat melahirkan anak benar-benar menyakitkan? Adakah ia seteruk yang orang lain katakan? Wahai ibu, jawapannya bukan ya ataupun tidak kerana proses kelahiran yang dialami dan kesakitkan yang dirasai adalah berbeza-beza bagi setiap ibu.

Hakikatnya ialah sesetengah ibu mempunyai penglaman melahirkan anak yang membuatkan mereka berasa gembira, manakala ibu yang lain mungkin didiagnosis dengan PTSD akibat daripada pengalaman melahirkan anak mereka.

Namun ibu, jangan begitu risau. Dengan mengekalkan minda yang positif, ia sedikit sebanyak akan membantu anda untuk mendapatkan pengalaman terbaik dan indah saat ingin melahirkan bayi nanti. Justeru, anda boleh mulakan ia dengan menonton dahulu video kelahiran bayi kerana ia dipercayai boleh membantu anda:

  1. Mengurangkan kesakitan dan ketakutan tentang kelahiran bayi dengan memberi anda satu ilham atau persepsi baru.
  2. Gantikan imej kelahiran menakutkan yang anda peroleh dan ‘pelajari’ daripada filem atau drama dengan sesuatu yang lebih positif.
  3. Membina strategi dan kemahiran untuk menghadapi proses bersalin dengan melihat apa yang sebenarnya berkesan untuk wanita ketika bersalin.
  4. Berkongsi pendapat dengan suami tentang perkara yang perlu dan boleh dilakukan sebagai persediaan sebelum hari bersalin tiba.
  5. Mengenalpasti beberapa perkara yang boleh anda ubah bagi memudahkan anda untuk bersalin dan membantu anda bersalin dengan lebih mudah.
  6. Untuk suami, menonton video wanita bersalin mungkin boleh menimbulkan keinsafan untuk anda dan hargai pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.
  7. Mengurangkan rasa geli dan tidak tentu arah memikirkan detik ingin bersalin.

Keburukan Menonton Video Melahirkan Bayi

Keburukan tengok video melahirkan bayi

Setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. Ada bakal ibu yang gemar untuk menonton video melahirkan baby, namun ada juga ibu yang tidak gemar untuk melakukannya. 

Ia tidak salah kerana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Terdapat beberapa keburukan jika ibu menonton video melahirkan bayi dengan kerap antaranya adalah:

  1. Video kelahiran adalah sesuatu yang kompleks. Tujuan dan nilainya jelas namun  tidak ada cara yang lebih baik untuk memahami proses melahirkan bayi itu berbanding mengalaminya sendiri.
  2. Ia boleh membuatkan anda rasa lebih gugup dan takut memikirkan perkara yang akan berlaku ketika bersalin.
  3. Mengurangkan keyakinan ibu kerana risau tidak mampu untuk berdepan dengannya nanti.
  4. Video boleh menjadikan ia berbeza daripada realiti sebenar. Ia boleh menggerunkan anda, atau bahkan membuatkan anda terlalu berhati-hati sehingga membahayakan bayi dalam kandungan.
  5. Untuk yang belum hamil, menonton video melahirkan bayi mampu mencetuskan rasa lemah semangat, dan menyebabkan diri enggan untuk hamil kerana memikirkan risiko dan kesakitan yang akan dialami.
  6. Mengurangkan rasa percaya pada diri sendiri.

Sama ada untuk menonton video melahirkan bayi atau tidak, ia bergantung pada kesanggupan anda, penerimaan anda serta pemahaman anda mengenai mesej yang ingin disampaikan. Namun, jika anda mempunyai fobia tertentu, anda mungkin tidak digalakkan untuk menonton video kelahiran bayi bagi mengurangkan rasa gementar dan risau pada diri anda.

Anda boleh sahaja dapatkan khidmat nasihat daripada doktor anda jika ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai segala proses yang perlu dilalui ketika ingin bersalin. Selain itu, anda juga boleh belajar daripada pengalaman insan terdekat anda seperti ibu, kakak, adik perempuan atau rakan baik anda yang pernah bersalin sebelum ini. Jadikan pengalaman mereka itu sebagai panduan untuk anda. 

Semoga bermanfaat!

Sumber

Times of India (Dec 10, 2014). The pros and cons of videotaping childbirth. timesofindia.indiatimes.com/life-style/health-fitness/health-news/the-pros-and-cons-of-videotaping-childbirth/articleshow/42981193.cms

Lamaze (n.d). Watching Birth Videos Online? Keep These Things in Mind. www.lamaze.org/Giving-Birth-with-Confidence/GBWC-Post/watching-birth-videos-online-keep-these-things-in-mind-1

She Births Bravely (n.d) 11 Real + Positive Birth Videos You Should Watch Before Labor Starts. shebirthsbravely.com/10-birth-videos-every-pregnant-mama-should-watch/

Life and Style (Feb 9, 2016). Why I won’t be watching any childbirth videos during my pregnancy. www.stuff.co.nz/life-style/parenting/pregnancy/birth/76702907/why-i-wont-be-watching-any-childbirth-videos-during-my-pregnancy

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Peritnya, Ibu Ini Di ‘induced’ Sebanyak 22 Kali Untuk Melahirkan Anak Yang Sudah Tiada

Baca juga: Induce Semasa Dalam Proses Bersalin, Selamat Atau Tidak? Benarkah Ia Sangat Sakit?

Baca juga: Kelahiran Pramatang: Punca & Risiko Yang Boleh Terjadi Pada Bayi, Ini Panduan Penjagaan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Athirah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 10 Koleksi Video Melahirkan Bayi Yang Bakal Ibu Boleh Tonton Sebelum Bersalin
Kongsikan:
  • Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

    Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

  • Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

    Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

    Buka Buku Pink Sebelum Kandungan 12 Minggu, Ini Panduan & Info PENTING Buat Ibu

  • Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

    Ibu Keluar Keputihan Tanda Awal Kehamilan Paling Ketara Namun Ada Yang Keliru Bakal Haid, Ini Sebabnya

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.