X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Air Gula Ibu Mengandung, Ini Tips Minum Air Gula Kali Pertama & Elak Sangkut GDM

7 min bacaan
Air Gula Ibu Mengandung, Ini Tips Minum Air Gula Kali Pertama & Elak Sangkut GDM

Minum air gula ketika hamil adalah untuk menguji sama ada ibu menghidap kencing manis ataupun tidak. Ikuti beberapa tips minum air gula ini

Minum air gula ketika hamil atau Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis. Ia adalah satu prosedur yang dianggap wajib dilakukan di klinik terutamanya bagi mereka yang ada sejarah keluarga diabetes.

Apabila dapat dikesan lebih awal, pemantauan perlu dibuat untuk mengelakkan risiko kepada ibu dan anak dalam kandungan.

Isi Kandungan

  • Bila kena minum air gula ketika hamil?
  • Kategori wanita yang perlu minum air gula ibu mengandung
  • Keputusan minum air gula masa mengandung
  • Minum air gula berapa kali
  • Sebab kena minum air gula masa mengandung
  • Pengalaman ibu minum air gula ketika hamil

Bila kena minum air gula ketika hamil?

Bagi anda yang baru pertama kali merasai pengalaman mengandung, pasti tertanya minum air gula ketika hamil minggu ke berapa bagi membolehkan diri bersedia lebih awal.

Menurut Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Muhammad Izzat Abdul Razak berkata ujian minum air gula ibu mengandung perlu dijalankan ketika kandungan berada pada peringkat awal dan diulang pada usia kandungan memasuki 24 hingga 28 minggu.

“Ujian minum air gula ketika hamil ini memerlukan anda berpuasa semalaman iaitu tidak makan atau minum kecuali air kosong saja. Ujian darah dijalankan terlebih dulu sebelum perlu minum air gula.

“Ujian darah akan diulang sekali lagi selepas dua jam anda minum larutan gula itu. Rasa air gula ibu mengandung yang diberikan di klinik kerajaan lazimnya tidak berperisa dan sedikit suam.

Namun ada juga yang rasa air gula ibu mengandung berperisa oren yang dibekalkan di klinik swasta. Kebiasaannya mempunyai perisa bergantung kepada tempat ujian itu dijalankan,” katanya.

Tambahnya, sekiranya wanita hamil itu menghidap diabetes pada kandungan sebelumnya, ujian minum air gula masa mengandung kali ini akan dilakukan lebih awal bagi mengesan sekiranya terdapat masalah atau diabetes ketika hamil.

“Jika keputusan ujian minum air gula masa mengandung normal, ia perlu diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu,” ujarnya.

Kategori wanita yang perlu minum air gula ibu mengandung

  • Wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
  • Wanita dengan sejarah diabetes gestasi
  • Wanita yang pernah hamil bayi besar
  • Wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
  • Wanita berumur 25 tahun ke atas
  • Wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan
Proses minum air gula ketika hamil

cara minum air gula

Untuk menjalankan ujian minum air gula ketika hamil ini, ibu mengandung perlu puasa malam sebelumnya dan pergi ke klinik keesokkan harinya mengikut tarikh dan masa temujanji.

Darah pertama akan diambil iaitu fasting blood sugar, kemudian ibu mengandung akan diberi minum air gula pekat (75gm glukosa dan 250ml air).

Rasa air gula ibu mengandung yang diberi oleh klink kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam.

cara minum air gula

Sesetengah klinik swasta pula mungkin akan memberi air glukosa yang telah dicampur perisa oren ataupun blackcurrant.

cara minum air gula

Sumber gambar: nusaybahanuwar.com

Sambung balik puasa, dan cuma air kosong dibenarkan sehingga pengambilan darah kedua. Ibu mengandung perlu tunggu 2 jam sebelum pengambilan darah kedua (two hours post prandial) dapat dilakukan.

Selepas pengambilan darah kedua selesai, darah itu akan dihantar ke makmal dan tamatlah sesi puasa.

Ujian MGGT selesai dan ibu mengandung boleh pergi makan. Keputusan ujian akan diberi pada temujanji seterusnya.

Peringatan penting: Tolong jangan minum air gula muntah. Cuba yang terbaik kerana kalau minum air gula muntah, ujian MGGT itu dikira batal, dan kena diulang semula.

Keputusan minum air gula masa mengandung

Ujian mOGTT memerlukan darah diambil dua kali. Kali pertama juga dikenali fasting blood sugar, dikatakan normal jika keputusan bacaan gula ibu mengandung kurang atau sama dengan 5.1mmol/L.

Kali kedua, darah diambil dua jam selepas minum air gula masa mengandung ( 2-hour-post prandial), keputusan bacaan gula ibu mengandung mestilah 7.8mmol atau kurang dari itu.

(Jika keputusan bacaan gula ibu mengandung fasting blood sugar lebih tinggi dari 7 mmol/L, besar kemungkinan wanita ini sudah mengalami diabetes SEBELUM hami lagi).

Jika keputusan saringan mOGTT anda melebihi hadnya, seterusnya ibu hamil akan diberi kaunselling mengenai “diabetic diet” DAN menjalani empat ujian darah yang dikenali sebagai blood sugar profile atau BSP.

Jika keputusan BSP adalah normal, pesakit akan terus mengamalkan diabetic diet sehingga kelahiran bayi. Jika keputusan BSP menunjukkan tahap glukos dalam darah terlalu tinggi, doktor akan memulakan penggunaan insulin sebagai rawatan bagi “gestational diabetes” ini.

Minum air gula berapa kali

Bagi anda yang tidak tahu minum air gula berapa kali sepanjang kehamilan, jawapannya adalah ibu kena minum air gula di kk atau swasta sebanyak tiga kali

  • Bagi wanita-wanita yang berisiko, staf klinik kesihatan dan hospital akan menasihati wanita ini untuk menjalani ujian minum air gula secepat mungkin. Jika bacaan gula dalam darah ketika mengandung normal, anda mungkin perlu minum air gula kali kedua apabila kandungan memasuki 28 minggu.
  • Bagi wanita berusia 25 tahun ke atas, tidak mempunyai risiko, akan disarankan menjalini ujian saringan mOGTT tadi ketika bayi berusia di anatara 24 ke 28 minggu.
  • Bagi wanita berusia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko, anda bernasib baik kerana tidak perlu minum air gula.

Jika bacaan gula dalam darah tinggi, ibu yang GDM On Diet atau insulin perlu ulang minum air gula sekali lagi selepas beberapa minggu melahirkan bayi.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Sebab kena minum air gula masa mengandung

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang boleh berlaku sebelum hamil, ia juga boleh berlaku sewaktu hamil.

Oleh sebab kencing manis membahayakan wanita yang hamil dan juga bayi di dalam kandungan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan memo supaya ibu hamil yang berisiko untuk melakukan ujian saringan untuk melakukan Gestational Diabetes Mellitus (GDM) pada 24-28 minggu kehamilan dengan ujian modified OGTT (mOGTT).

Bagi pesakit-pesakit diabetes yang belum hamil, mereka perlulah menghadiri pre-pregnancy counselling (PPC) sebelum hamil supaya mereka mampu mengawal paras gula dalam darah dengan lebih baik sebelum dan sewaktu kehamilan
 
Kadang-kala ia menyebabkan ibu minum air gula muntah dan ujian mOGTT terbatal dengan sendirinya. Pesakit sering mengeluh kerana mereka akan dipanggil untuk datang semula bagi ujian yang sama dalam satu atau dua minggu kemudian.

Penat lelah pesakit serta kakitangan kesihatan dalam menjayakan ujian minum air gula ini ada sebabnya.

Di antaranya ialah: Pertama, jumlah kes kencing manis ( Type 2 Diabetes Mellitus) di negara kita Malaysia meningkat dari 11 % ( 2006) hingga 15% ( 2011).

Bagi wanita hamil pula, satu kajian menunjukkan kes gestational diabetes dalam wanita hamil (diabetes hanya ketika hamil) juga meningkat sama hingga ke 27.9%! ( 2017, Selangor).

Kedua, kencing manis sewaktu hamil atau “Gestational diabetes” membawa risiko kepada ibu dan bayi.

Tips minum air gula di kk supaya tidak sangkut

  1. Kosongkan perut sebelum minum air gula di kk. Waktu yang sesuai untuk kosongkan perut ialah jam 10 malam. Sebelum jam 10 malam, makan je apa yang nak di maka
  2. Minum air gula ketika hamil apabila ia masih suam.
  3. Tarik nafas, kalau perlu, picit hidung atau tahan nafas dan minum dengan cepat. Kalau boleh, minum sekali teguk. Yang penting kena minum dengan cepat kalau tidak anda mungkin akan rasa  loya.
  4. Tips minum air gula supaya tidak sangkut: Kumur mulut selepas minum untuk membuang rasa gula
  5. Jika anda rasa nak muntah, bawalah berehat.
  6. Tips minum air gula supaya tidak sangkut: Sebaik ibu dibenarkan makan, minum air suam dengan banyak dan makanlah makanan yang mampu menghilangkan loya, seperti makanan yang berperisa, elakkan makanan manis!

Pengalaman ibu minum air gula ketika hamil

Menurut Puan Intan Syazlin, dia sememangnya mempunyai sejarah GDM, jadi setiap kali mengandung dia perlu melakukan dua kali ujian air gula. Siksanya bukan kepalang, katanya dia akan berpuasa pada malam sebelum ujian.

Untuk mengelakkan rasa mual keesokan pagi dia akan menyapu essential oil pada dada dan hidungnya. 

Dia juga akan menyediakan minyak angin di dalam beg sebaik dia berasa mual dia akan mula menghidunya.

Dan sewaktu minum air gula, dia minum sekali gus tanpa henti dan sebaik habis dia akan menyapukan minyak angin pada tekaknya untuk elak berasa mual. 

Sebaik dibenarkan makan, Puan Intan akan makan nasi lemak atau roti canai. Bukan makanan manis seperti roti krim dan sebagainya. 

Kami harap tips cara minum air gula ini dapat membantu anda!

Kementerian Kesihatan Malaysia, Columbia Asia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Selalu Rasa Mual Bila Minum Air Gula? Ini 5 Cara Berkesan Elak Anda Muntah

Baca juga: Tipu Nurse Selepas Muntahkan Air Gula, Ibu Ini Kesal Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Baca juga: Fungsi Insulin Untuk Tubuh Manusia, Kawal Gula Dalam Darah Agar Kekal Normal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Air Gula Ibu Mengandung, Ini Tips Minum Air Gula Kali Pertama & Elak Sangkut GDM
Kongsikan:
  • Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

    Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

  • 5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah, Ibu Hamil Boleh Cuba!

    5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah, Ibu Hamil Boleh Cuba!

  • Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

    Doktor Tidak Galakkan Ibu Mengandung Minum Kopi, Ia Boleh Jadi Punca Keguguran

  • 5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah, Ibu Hamil Boleh Cuba!

    5 Tips Minum Air Gula Supaya Tak Termuntah, Ibu Hamil Boleh Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham