Ibu Menyusu Elakkan Percaya 11 Mitos Penyusuan Ini, Ia Hanya Boleh Buat Anda Terganggu

Ibu menyusu buat kali pertama memerlukan ilmu penyusuan yang betul bagi memastikan si manja memperoleh khasiat daripada susu badan secukupnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun penyusuan susu ibu boleh mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak, ia memerlukan sifat dedikasi dari ibu menyusu. 

Pasti semua ibu menyusu tahu perasaannya apabila anak selalu sangat berpaut pada payudara kerana ingin menyusu.

Senarai mitos penyusuan yang ibu menyusu tidak patut percaya

Kadang-kadang ia akan menyebabkan ibu berfikir,”Sudahkah saya mengambil langkah-langkah untuk menjaga diri sendiri? Adakah apa saya buat ini akan beri kesan pada pertumbuhan dan perkembangan bayi saya?”

Sebenarnya, dengan lambakan pelbagai ilmu tentang penyusuan bayi, masih ada beberapa mitos pelik yang kita kerap percaya. Sedangkan ia tak betul pun!

Mari kita banteras beberapa mitos terbaru yang pelik ini untuk mengetahui jika ia boleh mempengaruhi bekalan, kualiti susu, dan merbahayakan keselamatan anak atau tak!

#1. Saya tidak boleh menyusukan bayi kerana badan kurang susu

Semua wanita dianugerahkan kebolehan menghasilkan susu badan kecuali atas sebab-sebab perubatan tertentu seperti ‘hypoplasia of mammary gland’, tumpah darah selepas kelahiran yang banyak ataupun ‘Sheehan syndrome’, dan PCOS (polycystic ovarian syndrome).

Jika tidak menghadapi apa-apa masalah, susu ibu yang terhasil lagi banyak dari permintaan sehingga jadi bengkak susu.

 #2. Penghasilan susu pada minggu pertama kelahiran tidak mencukupi

Susu yang dihasilkan adalah mencukupi tetapi cara penyusuan bayi yang salah. Bayi tidak dapat menerima susu dengan secukupnya.

#3. Bayi yang menyusu perlu diberi air masak terutama semasa cuaca panas

Mitos penyusuan sama sekali tidak benar. Bayi tidak perlu kan apa-apa sehingga 6 bulan selain susu ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu ibu mengandungi lebih daripada 87% air, jadi air tambahan tidak diperlukan. Berikan bayi anda lebih susu ibu pada hari-hari yang panas. Anda sememangnya tidak perlu menambahkan susu ibu dengan apa-apa lagi untuk tempoh enam bulan pertama.

#4. Susu ibu tidak mempunyai kandungan zat besi yang mencukupi

Susu ibu mempunyai zat besi yang mencukupi untuk 6 bulan pertama kehidupan bayi.
Walaupun kandungan zat besi susu formula lebih tinggi, namun zat besi dalam susu ibu lebih mudah diserap oleh bayi.

#5. Susu formula berkualiti tinggi adalah sama jika dibandingkan dengan susu ibu

Susu formula tidak boleh dibandingkan dengan susu ibu. Sebaik mana pun susu formula itu, ia tidak dapat menandingi kelebihan susu ibu seperti mudah dihadam, mengandungi vitamin dan zat yang sesuai dengan keperluan bayi dan susu ibu juga mengandungi antibodi untuk melindungi bayi.

#6. Berat badan bayi tidak meningkat dengan baik kerana kualiti susu ibunya rendah

Kualiti susu ibu adalah amat tinggi, tidak mungkin dibandingkan dengan mana-mana susu lain.
Ia mempunyai nilai nutrien yang tinggi dan sesuai dengan keperluan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#7. Saya bengkak susu, maka perlu berhenti menyusukan bayi kerana ianya berbahaya

Bengkak susu atau ‘mastitis’ adalah disebabkan saluran susu yang tersumbat dan menyebabkan pembiakan kuman.

Jika anda terkena kondisi ini, terus menyusukan bayi kerana ia akan membantu mengurangkan sumbat.

#8. Payudara kecil menyebabkan susu sedikit

Saiz payu dara tidak mempengaruhi kuantiti susu yang dihasilkan. Ini kerana saiz payudara adalah dipengaruhi kandungan tisu lemak dalam payudara. Walhal, penghasilan susu pula adalah melalui tisu kelenjar yang berada di dalam payu dara.

Mitos ibu menyusu bayi

#9. Menyusui bayi adalah menyakitkan dan ini adalah normal

Cara penyusuan bayi pada mulanya mungkin tidak selesa tetapi ia tidak sepatutnya menyakitkan. Walaupun terdapat sedikit rasa sakit, ia adalah sementara dan sepatutnya hanya dialami untuk beberapa hari atau sehingga si ibu biasa dengan penyusuan susu ibu.

Jika menyusui bayi sangat menyakitkan bagi anda, anda mungkin mengalami jangkitan atau bayi anda tidak menghisap susu dengan betul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbincang dengan pakar laktasi yang boleh mendiagnosis dan menyelesaikan masalah anda dengan cepat.

#10. Menyusu dengan puting terbalik adalah mustahil

Oleh sebab puting terbalik tidak menonjol, cara penyusuan bayi mungkin sukar. Tetapi tidak mustahil.

Walaupun mendapatkan nasihat pakar laktasi di peringkat awal adalah yang terbaik, berikut adalah 3 perkara yang anda boleh lakukan sendiri untuk membantu diri anda.

  • Pegang puting anda dan gulingkannya di antara ibu jari dan jari telunjuk anda untuk 30 saat dan sentuhkannya dengan kain sejuk sebelum penyusuan.
  • Tarik areola anda ke belakang sebelum bayi anda menghisap puting anda.
  • Gunakan pelindung puting. Ia diperbuat daripada silikon nipis yang fleksibel serta mempunyai lubang pada hujungnya yang muat pada puting anda ketika penyusuan dan dapat membantu mengeluarkan puting terbalik.

#11. Ibu yang mengambil ubat-ubatan tidak boleh menyusui bayi

Walaupun benar sesetengah ubat-ubatan tidak boleh diambil ketika anda sedang menyusui bayi, kerana ia boleh masuk ke susu ibu, tetapi masalah ini boleh diselesaikan dengan mudah, iaitu dengan menukar ubat anda.

Apa yang perlu anda buat hanyalah beritahu doktor yang anda sedang menyusui bayi dan tanya tentang pilihan yang paling selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mitos dan ilmu penyusuan yang lain

#12. Ibu menyusui perlu berhenti guna deodoran 

Hampir semua deodoran mengandungi aluminium kerana fungsinya yang menghalang pengeluaran peluh. Mengikut kepercayaan orang ramai, aluminium adalah bahan toksik dan tidak selamat untuk payudara dan susu ibu.

Walaupun ibu-ibu menyusu boleh memilih deodoran yang bebas aluminium, langkah berjaga-jaga ini sebenarnya tak diperlukan.

“Tiada bukti yang mengatakan ibu menyusu tak boleh menggunakan deodoran,” kata Aimee Abu-Shamsieh, M.D., M.P.H., profesor klinik pediatrik di UCSF Fresno.

“Aluminium adalah bahan semulajadi dan kebanyakkan pendedahannya datang dari makanan dan bukan produk kulit. Ia tidak akan mempengaruhi susu ibu.”

Deodoran yang tidak mempunyai wangian harum mungkin pilihan terbaik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi baru lahir bergantung kepada deria bau mereka untuk mencari puting ibu ketika menyusu. Jadi sabun atau deodoran yang mempunyai wangian mungkin akan mengelirukan mereka.

#13. Ibu menyusu tak patut makan ubat tahan sakit

Ibu-ibu janganlah nak dera diri! Ubat penahan sakit seperti Ibuprofen, Acetaminophen, and Naproxen dianggap selamat untuk ibu menyusu mengikut laporan American Academy of Pediatrics (AAP), walaupun setiap ubat mempunyai baik buruknya.

Tapi ubat-ubat tanpa preskripsi seperti ubat dekongestan boleh mengurangkan bekalan susu anda dan ubat antihistamin boleh menyebabkan anda rasa mengantuk.

“Gunakan dos berkesan yang paling rendah dan untuk jangka masa yang paling pendek,” kata pengarang kajian AAP Hari Cheryl Sachs, M.D.

#14. Kena kurang makan agar boleh cepat kurus selepas bersalin

Penyusuan susu badan membakar sebanyak 500 kalori tambahan setiap hari. 

Jumlah itu sudah cukup untuk membantu ibu menyusu kembali ke berat badan pra-kehamilan mereka, kata Dr. Abu-Shamsieh.

Tapi jika anda ingin mempercepatkan proses ini, pastikan anda makan sekurang-kurangnya 1,800 kalori sehari dan makan makanan yang seimbang (kaya dengan lemak sihat seperti alpukat, buah-buahan, sayuran, kekacang dan daging tanpa lemak).

Ibu-ibu menyusu dinasihatkan untuk menangguh diet sehingga dua bulan selepas bersalin. 

Ini untuk memastikan bekalan susu tetap mantap dan badan anda sudah pulih. 

Cara terbaik untuk mengetahui jika anda makan dengan secukupnya adalah dengan makan secara sederhana apabila anda lapar, kata Dr. Abu-Shamsieh.

#15. Ibu menyusu dilarang minum kopi

Kalau ibu tidak cukup tidur kerana menyusu semalaman, jangan takut untuk menikmati secawan kopi. 

“Kajian menunjukkan bayi anda hanya akan dapat peratusan kafein yang sedikit sahaja dari ibunya,” kata Dr. Abu-Shamsieh.

Ibu menyusu boleh minum sebanyak 1 hingga 3 cawan kopi sehari. Tapi jangan minum satu kali tau!  

Dos kafein yang terlalu tinggi (5 cawan kopi biasa atau lebih) akan menyebabkan bayi cepat meragam dan buat perangai akibat jumlah kafein yang berkumpul dalam badannya. 

#16. Anda boleh minum minuman keras jika anda pam dan buangkan susu itu

Sejumlah alkohol yang diminum ibu pasti akan masuk ke dalam susu ibu.

Ini boleh mengubah rasa susu anda dan membiasakan bayi dengan rasa alkohol, kata Julie Mennella, Ph.D., seorang biopsikologi perkembangan di Monell Chemical Senses Centre, di Philadelphia.

Tambahan pula pengambilan alkohol juga akan mengurangkan pengeluaran susu.

“Alkohol adalah sejenis neurotoksin yang boleh menjejas perkembangan otak bayi, ” kata Laura Riley, M.D., pengarah wad kelahiran di Massachusetts General Hospital.

Inilah sebab mengapa dia selalu menasihati pesakitnya agar tidak minum jika mereka ingin menyusu. 

Ha… macam mana? Ada ke mana-mana mitos atau kepercayaan yang anda percaya? Sekarang lepas baca semua penerangan ini, anda bolehlah kongsikan ia dengan ibu-ibu menyusu lain di luar sana.

Semoga perkongsian ini membantu anda, ibu menyusu semua! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Durian Sebenarnya Antara Milk Booster Yang Bagus Untuk Ibu Menyusu, Ini 5 Sebabnya!

Baca juga: Jadual Pemakanan Ibu Menyusu & Diet Yang Betul Bantu Banyakkan Susu Badan

Baca juga: Ambil Susu & Baring, Ibu Hebat Ini Berjaya Melatih Bayi Kembar Tiga Behave Ketika Menyusu