Apabila mendekati tarikh jangkaan bersalin, pastinya setiap ibu berdebar dan tidak sabar menunggu ketibaan si kecil terutamanya bagi ibu yang mengandungkan anak pertama. Pastinya ibu merasa teruja dan kalau boleh ingin bersiap sedia selengkapnya dengan barang keperluan bersalin sebelum melahirkan anak pertama mereka.
Tapi pastinya ada yang tertanya, apakah persediaan yang perlu mereka lakukan, adakah persiapan bersalin ini hanya untuk material si kecil sahaja atau persiapan mental dan fizikal si ibu juga diperlukan?
Selepas melalui proses bersalin, pasti ada antara kita yang bergantung kepada beberapa barang dan peralatan untuk mempermudahkan proses berpantang. Ramai antara kita yang mengalami ketidakselesaan dan dengan adanya beberapa barang penting ini, mudah sedikit untuk kita bergerak dan menguruskan diri serta bayi.
Jom kita tengok apakah barang-barang tersebut. Mungkin anda juga boleh mencubanya!
8 Barang Keperluan Bersalin Penting Wajib Ada Terbaik Di Pasaran
[product-comparison-table title="Barang Keperluan Bersalin Wajib Ada"]
Barang Keperluan Bersalin Jenis Bantal Menyusu
Antara barang penting yang membantu ibu untuk menyusukan anak dengan selesa adalah bantal menyusu. Bantal menyusu jarang dijadikan hadiah kepada ibu yang melahirkan jadi ibu boleh persiapkan lebih awal ya?
Kami mencadangkan bantal menyusu dari Getha iaitu Getha Nursing Natural Latex Pillow yang diperbuat 100% daripada getah asli sesuai digunakan ibu dan bayi baru lahir hingga bayi berumur 12 bulan.
Bantal ini juga dilengkapi dengan fabrik gred perubatan untuk penghapusan berterusan kuman, bakteria, kulat dan virus yang membolehkan pengalaman penyusuan yang menyokong kebersihan untuk kedua-dua bayi dan ibu.
Walaupun harganya sedikit mahal berbanding bantal menyusu biasa, bantal ini membolehkan kedudukan yang sangat baik untuk payudara atau penyusuan botol kepada bayi. Ia secara drastik mengurangkan kesakitan di bahagian belakang, leher dan lengan apabila menyusukan bayi untuk memastikan pengalaman penyusuan yang menyenangkan.
Apa yang kami suka :
- Direka bentuk dalam bentuk U, bantal menyusu ini bukan sahaja digunakan untuk menyokong bayi belajar duduk dan mengimbang semasa tummy time, tetapi ia juga membantu melindungi luka pada perut ibu yang menjalani pembedahan C-Zer.
- Aliran udara dinamik dengan reka bentuk teras lubang jarum.
- Tahan hama dan habuk secara semula jadi.
Barang Keperluan Bersalin Jenis Krim Puting
Ibu-ibu baru pastinya tidak terlepas daripada mengalami masalah puting kering dan merekah. Mama's Choice Intensive Nipple Cream yang diperkaya dengan ekstrak kurma yang boleh menenangkan, melembutkan dan melembapkan kulit anda yang pecah-pecah pastinya penyelamat terbaik!
Kebanyakan krim puting hanya mengandungi lanolin sebagai bahan utama, yang diperoleh daripada rembesan kelenjar kulit biri-biri, tetapi ia bukan satu-satunya bahan yang boleh menyelesaikan puting retak.
Penyelidikan mereka yang meluas menunjukkan bahawa penambahan 4 bahan ini iaitu mentega shea semulajadi, minyak kelapa, ekstrak kurma dan vitamin E bersama-sama lanolin boleh memberi sehingga 10 kali lebih keberkesanan dalam menenangkan puting yang sakit dan retak.
Apa yang kami suka :
- Produk ini adalah 100% semulajadi dan ia diuji secara dermatologi di Singapura. Ia sesuai untuk ibu dengan kulit sensitif.
- Semua bahan yang digunakan adalah gred makanan, jadi anda tidak perlu risau jika bayi anda termakan sapuan krim ini.
- Krim ini disahkan Halal.
Barang Keperluan Bersalin Jenis Pam Susu
Bagi para ibu yang tekad untuk menyusu badan terutamanya ibu yang bekerja, pam susu akan menjadi keperluan harian bagi suatu jangka masa yang lama.
Seperti yang kita tahu susu ibu adalah makanan ekslusif bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahiran. Selain daripada direct feeding, penggunaan pam susu juga membolehkan para ibu merangsang pengeluaran susu dengan baik.
Mungkin ada yang akan menggunakannnya sekurang-kurangnya enam bulan, setahun atau dua tahun dan mungkin juga untuk berberapa tahun yang mendatang jadi tidak rugi jika membelinya lebih awal.
Kami mencadangkan anda membeli SuperMama Air Plus Wearable Breast Pump yang mana pam susu ini paling praktikal di pasaran sekarang.
Selain daripada ringan, ianya juga tubeless. Kalau dulu, ibu-ibu hanya boleh pam di nursery room atau hanya cari masa untuk pam pada waktu rehat, sekarang dengan wearable handsfree pump ni, ibu-ibu boleh pam sambil bekerja atau ketika memandu.
Cara penggunaan pun sangat senang, pam ini datang dengan collector cup yang boleh digunakan di bra biasa dengan terus selit sahaja.
Apa yang kami suka :
- Rekaan Anti-Backflow dan portable.
- Mudah dicuci kerana hadir dengan bahagian yang sedikit.
- Selesa digunakan, puting tidak sakit ketika mengepam.
Barang Keperluan Bersalin Jenis Baju Menyusu
Ibu yang menyusu sangat bergantung kepada penggunaan baju menyusu terutamanya apabila perlu keluar ke klinik untuk temu janji dengan doktor.
Baju menyusu kelihatan seperti baju biasa tetapi terdapat klip khas yang membolehkan anda membuka bahagian dada dengan cepat dan mudah ketika menyusukan anak.
Malah, dengan rekaan baju sebegini, ibu tidak perlu menyelak dari bawah dan mendedahkan bahagian perut.
Apa yang kami suka :
- Leher V, jadi tidak rimas dan panas
- Bertindih hadapan dengan butiran bersarung
- Akses menyusu yang tersembunyi
- Lengan pendek
- Lembut dan selesa dipakai
- Sesuai untuk dipakai ketika hamil dan menyusu
Barang Keperluan Bersalin Jenis Seluar Dalam Pakai Buang
Ibu selepas bersalin akan mengalami aliran darah nifas yang banyak, jadi sangat disyorkan untuk menggunakan seluar dalam pakai buang.
Ini bagi mengelakkan risiko kebocoran atau ketidakselesaan sekiranya memakai seluar yang biasa, malah ada yang mendapatkan produk yang sememangnya dikhaskan untuk dipakai dengan pad bersalin di pasaran.
Produk ini menggabungkan seluar dalam dan pad sekaligus, memudahkan ibu memakainya selepas bersalin malah terasa selesa kerana tidak akan berlaku masalah pad berubah kedudukan.
Kotex Overnight Panties direka untuk memberi anda tidur malam yang lebih baik dalam keadaan apa pun dengan perlindungan anti-kebocoran 360 ° yang inovatif.
Apa yang kami suka :
- Dapat menampung pengeluaran darah nifas.
- Reka Bentuk 3D dengan serapan hebat
- Lembut
- Ruang pengudaraan yang baik
Barang Keperluan Bersalin Jenis Kain Bedung Bayi
Ada lagi satu barang penting yang ibu-ibu perlu siapkan sebagai barangan keperluan selepas bersalin iaitu bedung bayi.
‘Swaddling’ atau membedung merupakan amalan kuno untuk membalut bayi dengan selesa dalam kain atau selimut nipis untuk membantu si manja merasa selamat dan tenang.
Apabila dibedung dengan baik dan selesa, ini dapat menghentikan bayi daripada terganggu oleh refleks yang mengejutkannya dari terbangun sendiri.
Bedung yang diperbuat daripada Cotton Gauze ini membuatkan bayi berasa lebih selesa dan selamat apabila menggunakannya.
Dengan saiznya yang lebar, ibu boleh balut bayi dari ketiak atau dari bahu, licin penuh dengan selesa, malah boleh juga digunakan sebagai napkin bayi, selimut, atau pelindung stroller bayi daripada panas matahari.
Apa yang kami suka :
- Sesuai untuk perjalanan kerana ringan dan mudah dibawa.
- Perlindungan daripada matahari, serangga, angin dan sejuk memastikan si kecil anda terlindung dengan baik daripada cahaya matahari yang berbahaya.
- Diperbuat daripada Muslin buluh yang mempunyai pengudaraan yang baik
- Sangat lembut, sesuai untuk kulit sensitif bayi baru lahir
Barang Keperluan Bersalin Jenis Mesin White Noise
Anda pernah dengar tak tentang White Noise Machine untuk bayi? Ia merupakan satu mesin khas yang mengeluarkan bunyi bising semula jadi untuk menidurkan anak kecil.
Bagi kebanyakan ibu, ini merupakan lagi satu barang penting yang membantu ibu untuk menidurkan bayi dengan berkesan!
Kenapa mesin ini dapat membantu bayi tidur dengan nyenyak? Ia adalah kerana bunyi yang dikeluarkan adalah menyerupai bunyi bising yang telah biasa didengari oleh si kecil ketika di dalam rahim lagi.
Mesin ini mempunyai 11 bunyi yang menenangkan bayi seperti hujan, white noise, burung, angin, lautan, pengering, dan 3 lagu tidur klasik serta lampu malam kecil yang boleh disesuaikan mengikut keselesaan bayi.
Apa yang kami suka :
- Cuma perlu gunakan program satu klik untuk membuat waktu tidur, masa tidur dan jadual bangun.
- Menggunakan warna yang membantu kanak-kanak belajar akan bila waktunya untuk bangun.
- Aplikasi yang mudah untuk digunakan.
- Boleh dikawal jarak jauh dan meletakkan program pilihan anda dengan telefon pintar iOS dan Android.
Barang Keperluan Bersalin Jenis Carrier
Ramai orang yang mengaitkan penggunaan carrier bayi dengan gaya keibubapaan yang hippie. Tetapi bagi kebanyakan, ia lebih daripada itu. Carrier bayi membuatkan hidup ibu dan ayah lebih mudah.
Ibu mudah untuk bergerak dan menguruskan hal rumah sambil mendukung anak dalam carrier ini. Malah, kebanyakan bayi juga gemar untuk duduk di dalamnya. Si comelnya berasa selesa dan mudah tertidur jika dipegang di dalam carrier bayi ini!
Kami mencadangkan anda untuk mendapatkan Ergobaby Omni Breeze Baby Carrier yang membawa kebolehnafasan ke tahap seterusnya.
Dinilai sebagai nombor 1 dalam Aliran Udara apabila diuji dengan carrier yang setanding, Omni Breeze menggunakan fabrik SoftFlex Mesh untuk memaksimumkan aliran udara, memastikan anda dan bayi anda selesa dan kering sepanjang hari.
Apa yang kami suka :
- Boleh laras dari bayi baru lahir hingga kanak-kanak kecil.
- Setiap posisi bawa yang anda perlukan termasuk pilihan menghadap ke hadapan.
- Sokongan Lumbar berlapis untuk keselesaan belakang tambahan.
- Penutup privasi untuk perlindungan matahari dan penyusuan.
Perbandingan Harga Barang Keperluan Bersalin Penting Wajib Ada
Jenama |
Harga |
Getha Nursing Natural Latex Pillow |
RM197.10 |
Mama's Choice Intensive Nipple Cream |
RM20.90 |
SuperMama Air Plus Wearable Breast Pump |
RM349.00 |
9months Wrap Nursing Top |
RM69.00 |
Kotex Overnight Panties |
RM4.80 |
Hatch Rest White Noise Machine |
RM38.00 |
Seednery Newborn Muslin Cotton Baby Swaddle |
RM59.00 |
Ergobaby Omni Breeze Baby Carrier |
RM799.20 |
Tips Rancang Barang Keperluan Selepas Bersalin
Perkongsian ini untuk memudahkan kaum ibu yang bakal melahirkan bayi kesayangan mereka. Checklist ini amat berguna untuk barang keperluan bayi dan bayi serta peralatan berpantang.
1. Barang keperluan bayi
- Baju bayi saiz newborn, saiz 0-3 bulan lengan panjang dan lengan pendek untuk siang dan malam
- Barut bayi
- Mitten & booties
- Topi
- Bedung bayi
- Lampin pakai buang
- Baby wipes
- Changing mat
- Sabun basuh baju bayi
- Tab mandian bayi
- Sabun dan syampu bayi
- Minyak bayi
- Nappy cream
- Minyak telon
- Grooming set
- Penyedut hidung
- Tuala mandi
- Kelambu nyamuk
2. Barang keperluan penyusuan
Untuk ibu menyusu dan bekerja, penting untuk buat stok sebelum mula kerja. Jadi, kenalah sediakan barang-barang ni;
- Steriliser
- Pam susu
- Milk collector
- Botol susu
- Sabun basuh botol
- Cooler bag
- Milk storage bag
- Krim puting
- Pek ais
- Bra menyusu
- Pad menyusu
- Milk warmer
3. Barang keperluan berpantang
Ini pula antara barang yang boleh digunakan dalam tempoh 44 hari ;
- Bengkung bersalin
- Maternity pad
- Kain batik
- Mandian herba
- Set jamu
- Tungku
- Minyak panas
- Pencuci wanita
Cara Elak Pembaziran Kala Membeli Barangan Selepas Bersalin
Kebiasaan bagi bakal ibu lebih gemar berkunjung ke pusat beli-belah atau festival produk berkaitan bayi bagi mendapatkan keperluan diinginkan sebelum permata hati dilahirkan.
Namun, menjadi perkara biasa jika ada dalam kalangan ibu bapa yang membeli secara berlebihan sedangkan barangan berkenaan tidak tersenarai dalam keperluan ‘wajib ada’.
Sebelum membeli sesuatu barangan bayi, pastikan anda telah membuat tinjauan terlebih dahulu tentang barang-barang yang diperlukan. Anda haruslah membuat perancangan yang rapi mengikut kemampuan anda kerana barangan bayi boleh tahan juga mahal nya.
Oleh itu, disini kami kongsikan beberapa barang yang tidak semestinya dibeli dengan serta-merta untuk menyambut kelahiran bayi anda.
1. Playpen
Sekiranya bayi anda masih belum memasuki fasa meniarap ataupun merangkak, playpen ini boleh ditangguhkan dahulu. Kami sarankan anda untuk membeli playpen apabila anak anda sudah mula merangkak dan meniarap. Ini untuk mengelakkan anak anda dari berkeliaran merata-rata semasa anda sedang membuat kerja rumah.
2. Walker
Selain itu, ramai yang gemar membeli walker bayi sebelum tiba waktu nya. Walker ini hanya sesuai bagi si manja yang sedang dalam fasa ingin berjalan.
Ianya tidak digalakkan untuk dibeli terlalu awal kerana jika anda meletakkan si manja di dalam walker terlalu awal, bayi akan cenderung untuk melangkau proses pergerakan mereka.
Bukan itu sahaja, ia juga agak membahayakan sekiranya tidak dipantau oleh orang dewasa. Malah, ia boleh mengganggu proses pergerakan bayi secara alami.
3. Buaian
Buaian juga adalah salah satu barangan yang sering dibeli oleh ibu bapa diluar sana kerana mereka beranggapan bahawa ia membantu untuk menidurkan si manja.
Walaupun begitu, terdapat beberapa kes yang tidak diingini berlaku kepada bayi apabila berada di dalam buaian. Antaranya adalah mereka berkemungkinan akan terjatuh dari buaian.
4. Kerusi makan bayi
Kerusi makan ini hanya sesuai bagi bayi yang telah berusia dalam 1 sehingga 2 tahun. Sekiranya bayi anda masih lagi di bawah 12 bulan, anda boleh tangguh dahulu dari membeli kerusi makan bayi ini walaupun ia sangat membantu.
5. Katil bayi
Ramai yang berfikiran bahawa dengan membeli katil bayi ini pada peringkat awal dapat membantu si manja tidur berseorangan apabila besar kelak. Namun, ia nya bukan perkara yang wajib anda miliki pada peringkat awal.
Jika anda ingin memisahkan si manja ketika tidur, anda digalakkan melakukan hal tersebut apabila mereka berusia dua tahun ke atas.
Kesimpulannya, pastikan anda membuat perancangan yang rapi dan membuat survey terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu pembelian. Pastikan anda membeli barang-barang keperluan yang penting dahulu seperti pakaian, pampers, ubat-ubatan bayi dan lain-lain.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Checklist Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir, Ibu Boleh Prepare Seawal Kandungan 6 Bulan
Baca juga: 7 Barang Keperluan Bayi Yang Penting & Wajib Dibawa Bersama Bila Ibu Ayah Keluar Rumah
Baca juga: Panduan Lengkap A Hingga Z, Checklist Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir & Bersalin