X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Tak Dengar Cakap Kerana Ibu Bapa Guna 8 Cara Disiplin Yang Salah

4 min bacaan
Anak Tak Dengar Cakap Kerana Ibu Bapa Guna 8 Cara Disiplin Yang Salah

Ia adalah tanggungjawab setiap ibu bapa untuk membentuk akhlak dan disiplin anak mereka

Pembentukan  disiplin anak di rumah harus menjadi tanggungjawab utama ibu bapa. Jika anda mengabaikan disiplin ini, anak-anak akan membesar tanpa panduan yang betul dan sekaligus menyebabkan mereka ‘naik lemak’ dan kurang berakhlak.

Ya, semua ibu bapa menyayangi anak-anak mereka dan ingin berikan anak yang terbaik sahaja namun jika anak dibiarkan manja keterlaluan, mereka akan berani untuk memijak kepala anda. Setelah ini terjadi, anda akan dapati untuk sukar anda mengawal mereka lagi-lagi apabila mereka menginja usia remaja.

Oleh itu, cara ibu bapa membentuk disiplin anak mereka adalah sangat penting. Namun ada beberapa cara disiplin di rumah yang salah yang sering ibu bapa lakukan. Kami di theAsianparent akan ujarkan satu per satu.

8 Cara Disiplin Anak di Rumah Yang Salah & Tidak Patut Dilakukan

#1 Menengking anak

disiplin anak di rumah

Jika anda selalu menengking anak, mereka berpotensi menjadi penakut, suka menyendiri dan tidak terbuka dalam pergaulan bersama orang lain atau masyarakat.

Anak juga akan meniru sifat yang sama; suka menjerit-jerit dan berkelakuan kasar dalam pergaulannya. Mereka akan mengalami kesukaran untuk mengawal emosi mereka dan mudah marah.

#2 Elak ancaman kosong sebagai cara disiplin anak di rumah

Ancaman kosong tidak akan mengajar anak untuk menghadapi akibat daripada tindakan mereka. Sebahagian daripada mengajar anak untuk berdisiplin, anak perlu dihukum apabila melakukan kesalahan. Ancaman yang diberikan ibu bapa yang tidak pernah dilakukan hanya akan mengelirukan anak.

#3 Tidak satu kubu dengan pasangan

Anak Tak Dengar Cakap Kerana Ibu Bapa Guna 8 Cara Disiplin Yang Salah

Kalau satu melarang, tetapi yang satu lagi membolehkan, ini akan menunjukkan anak bahawa ayah dan ibu tidak “sepakat”.  

Lebih-lebih lagi, kalau ibubapa berdebat di depan anak mengenai kesalahan yang dilakukan. Ini hanya akan menyebabkan anak lebih suka berpihak kepada pihak yang “menguntungkan” dan sesuai dengan keinginannya.

#4 Gagal untuk menetapkan peraturan

Peraturan dan undang-undang yang anda ingin anak patuhi mesti jelas dan ditetapkan. Ini akan memudahkan anak untuk memahami apa yang dikehendaki darinya: apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan.

Tanpa peraturan dan struktur, anak tidak akan belajar cara kelakuan yang betul dan menguasai disiplin diri. Sebab tu disiplin anak di rumah harus ditekankan dan dipraktik selalu walaupun hati ibu lembut dan senang ditawan.

#5 Disiplin anak di rumah tidak menjadi dengan rasuah

disiplin anak di rumah

Jangan mengajar anak untuk berkelakuan baik dengan pemberian ganjaran atau rasuah.  Pujian dan hadiah memang boleh menggalakkan anak untuk berbuat baik, tetapi, jangan sampai anak anda menganggap bahawa dia akan menerima hadiah setiap kali dia berbuat baik.

#6 Membuat bandingan

Jangan sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anak dengan orang lain contohnya, antara adik-beradik, anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.

Memang perbandingan itu dilakukan dengan niat yang baik iaitu untuk mendorong anak dan memberi semangat kepada anak. Tetapi, sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, ini akan menanam perasaan cemburu dan iri hati.

Perbandingan yang dibuat dengan orang lain juga boleh menyebabkan anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.

#7 Mengalah apabila anak merengek

disiplin anak di rumah

sumber: drprem.com

  • Jangan berikan perhatian istimewa ketika anak merengek.
  • Jangan penuhi permintaannya sehingga anak menyedari bahawa cara yang telah dilakukan itu tidak betul.
  • Sebaliknya, ajak anak untuk berkomunikasi dengan baik. Misalnya, “Kalau merengek macam ni.. ibu tak tahu dan tidak faham apa yang kamu mahu. Cuba cakap baik-baik dengan ibu, beritahu elok-elok dengan ibu apa yang kamu mahu.”
  • Berikan kata-kata puji apabila anak berkelakuan baik dan tidak merengek, contohnya, “Ibu bangga kamu tidak merengek ketika ibu panggil makan tadi.”

#8 Menunjukkan contoh yang tidak baik

Anak Tak Dengar Cakap Kerana Ibu Bapa Guna 8 Cara Disiplin Yang Salah

sumber : taknak.myhealth.gov.my

Ibu bapa yang menunjukkan perlakuan yang tidak baik, boleh mempengaruhi pemikiran dan kelakuan anak secara negatif.

Kelakuan seperti tidak suka mengikut peraturan, menghisap rokok, meminum minuman keras, menagih dadah, bersikap ganas, malas untuk bersenam dan sebagainya.

Cara terbaik untuk mengajar anak anda untuk menjadi baik adalah untuk menjalani kehidupan yang boleh diteladani. Kalau ibu bapa sendiri bukan role model yang baik, cara hidup anak mereka juga akan terjejas.

Semoga point-point di atas sedikit sebanyak dapat membantu kita semua mengesan kelemahan yang berlaku semasa mengajar anak cara berdisiplin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Mesti Buat! Ini 5 Cara untuk Disiplinkan Anak Yang Belum Faham Peraturan

Baca juga: Disiplin Terlalu Tegas Dari Ibu Bapa Tak Berjaya Besarkan Anak Yang Bijak!

Baca juga: Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Ibu Ketika Mendisiplinkan Anak

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Anak Tak Dengar Cakap Kerana Ibu Bapa Guna 8 Cara Disiplin Yang Salah
Kongsikan:
  • Anak Digelar dengan Panggilan yang Keterlaluan?

    Anak Digelar dengan Panggilan yang Keterlaluan?

  • Rakyat Malaysia Tenat, Kemudahan MRT Rosak Tidak Sampai 150 Jam Beroperasi

    Rakyat Malaysia Tenat, Kemudahan MRT Rosak Tidak Sampai 150 Jam Beroperasi

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Digelar dengan Panggilan yang Keterlaluan?

    Anak Digelar dengan Panggilan yang Keterlaluan?

  • Rakyat Malaysia Tenat, Kemudahan MRT Rosak Tidak Sampai 150 Jam Beroperasi

    Rakyat Malaysia Tenat, Kemudahan MRT Rosak Tidak Sampai 150 Jam Beroperasi

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.