Siapa yang tidak suka bau segar dan wangi pakaian yang baru dicuci kerana ini menandakan pakaian tersebut dicuci bersih dengan sepenuhnya, tetapi wangi sahaja tidak menjamin selamat untuk ibu hamil jadi disebabkan itu ibu yang sedang mengandung perlukan sabun basuh baju wangi terbaik ini.
Dan sudah tentulah sabun basuh baju membersihkan pakaian anda, namun tahukah anda ia juga terdapat banyak bahan kandungan yang berbahaya di dalamnya dalam memberikan bau pakaian yang wangi sekaligus memberi jaminan bahawa baju anda benar-benar bersih.
Silap jika anda fikir baju-baju tersebut dibilas sepenuhnya apabila siap dicuci. Sebenarnya bahan-bahan tersebut akan menyerap masuk ke dalam kulit anda daripada pakaian, cadar dan tuala yang anda gunakan pada setiap hari.
Bahan Kimia Berbahaya Dalam Sabun Basuh Baju
Kebanyakan sabun cuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit yang akan menyebabkan tindak balas
alahan. Antara bahan-bahan kimia merbahaya yang boleh ditemui dalam sabun basuh baju adalah:
1. 1,4-dioxane
Bahan ini ialah bahan kimia toksik yang banyak ditemui dalam produk pencuci. Ia disenaraikan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA) sebagai karsinogen manusia yang berkemungkinan.
Pendedahan tahap rendah boleh menyebabkan kerengsaan pada mata dan hidung. Tahap yang sangat tinggi boleh menyebabkan kesan pada buah pinggang dan masalah hati yang teruk atau mungkin menyebabkan kematian.
2. Formaldehyde
Bahan yang digunakan untuk mengawet mayat mungkin ada dalam sabun cuci pakaian anda; Agen antibakteria dan pengawet. Bahan ini toksik kepada badan dan boleh menyebabkan kerengsaan pada mata dan kulit.
3. Pewarna tiruan
Ada sesetengah pencuci menggunakan bahan ini sebagai tarikan. Pewarna tiruan ini diperoleh daripada sumber petroleum atau tar arang batu. Ia boleh memberi kesan tingkah laku buruk kepada kanak-kanak.
4. Surfactants
Bahan ini mendapat penilaian F daripada Kumpulan Kerja Alam Sekitar (EWG). Terdapat beberapa bukti kecurigaan untuk menyebabkan kanser, kecacatan genetik, dan ketoksikan pembiakan wanita.
Tidak semua surfactants berbahaya namun jika ia terdapat dalam sabun basuh baju anda, ia adalah bahaya seperti Polysorbates, Alcohol Ethoxylate (AE), Sodium Lauryl Sulfate (SLS), Sodium Laureth Sulfate (SLES), Ammonium Laurel Sulfate (ALS), Linear Alkyl Benzene Sulfonates (LAS) dan Lauramide DEA.
Bahan ini juga boleh memberi kesan kepada hidupan akuatik disebabkan detergen masuk ke dalam longkang kita, ia berakhir di perairan kita.
5. Pewangi
Memandangkan kebanyakan jenama tidak perlu mendedahkan semua ramuan mereka, istilah “haruman" boleh mengandungi ratusan bahan, termasuklah phthalates dan bahan kimia lain yang dikaitkan dengan gangguan hormon dan kanser.
Pewangi ini juga dianggap sebagai bahaya kesihatan yang tinggi oleh Kumpulan Kerja Alam Sekitar dan dikaitkan dengan alahan, dermatitis, gangguan pernafasan dan potensi untuk memberi kesan pada sistem pembiakan.
10 Sabun Basuh Baju Terbaik Untuk Ibu Hamil
Jika anda sedang menunggu kelahiran bayi, anda perlu berjaga-jaga dan memerlukan sabun basuh baju yang tidak mengandungi toksik bagi melindungi diri dan kandungan daripada bahan-bahan kimia berbahaya.
Kami senaraikan beberapa cadangan sabun basuh baju wangi terbaik yang selamat untuk kegunaan ibu hamil, bayi serta seisi keluarga.
Sabun Basuh Baju Terbaik
| Orita Baking Soda Laundry Detergent Terbaik Untuk Kotoran Degil Dan Bau Hapak | | View Details | Beli di Shopee |
| Bio-D Aleev Baking Soda Laundry Detergent Terbaik Untuk Penjimatan | | View Details | Beli di Lazada |
| Cosway Ecomax Concentrated Powder Detergent Terbaik Daripada Enzim Semula Jadi | | View Details | Beli di Shopee |
| Bio-Home Laundry Detergent Terbaik Dengan Plantmoist | | View Details | Beli di Shopee |
| Organic Fields Laundry Detergent Terbaik Kurang Buih | | View Details | Beli di Lazada |
| Seventh Generation's Laundry Detergent Terbaik Dengan Haruman Minyak Pati | | View Details | Beli di Shopee |
| Buds Household Eco Laundry Detergent Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi | | View Details | Beli di Shopee |
| BioMio. BIO-UNIVERSAL Concentrated Laundry Gel Terbaik Untuk Fabrik Delicate | | View Details | Beli di Shopee |
| Neutrovis 5 In 1 Biodegradable Concentrated Detergent Laundry Pods Terbaik Jenis Pod | | View Details | Beli di Shopee |
| Eucapro Antibacterial Eucalyptus Concentrated Liquid Detergent Terbaik Untuk Hapus Hama & Habuk | | View Details | Beli di Shopee |
Sabun Basuh Baju Terbaik Untuk Kotoran Degil Dan Bau Hapak
Soda penaik merupakan bahan serbaguna untuk pebagai keperluan rumah. Tidak hanya berguna untuk masakan, soda penaik juga boleh dimanfaatkan untuk mencuci pakaian.
Menggunakan inovatif baharu dengan menggunakan kuasa soda penaik, Orita detergent ini berasaskan minyak kelapa ini selamat untuk pakaian, kulit dan persekitaran.
Sabun basuh baju wangi ini membantu menanggalkan kotoran degil dan bau busuk serta bebas daripada agen peluntur yang merbahaya.
Apa yang kami suka:
- Orita detergent boleh digunakan pada pakaian jenis kapas, linen, polyester, nilon dan pelbagai jenis kain lain.
- Bebas daripada bahan kimia seperti Phosphorus, Nonyl Phenol, Fluorescent, Heavy Metal, dan Pigment.
- Kandungan baking soda sebagai antiseptik yang mencegah pertumbuhan bakteria pada pakaian sekalihus menghapus bau busuk.
- Selamat untuk ibu hamil dan bayi
Sabun Basuh Baju Terbaik Untuk Penjimatan
Jika anda berkira-kira untuk menukar sabun basuh baju biasa kepada sabun basuh baju organik kerana harganya yang sedikit mahal, anda boleh memilih sabun basuh baju wangi ini kerana anda dapat melakukan penjimatan sebanyak 60 peratus!
Dianggarkan anda hanya perlu membayar sekitar 20 sen sahaja untuk sekali cucian jika mahu dibandingkan dengan 5 jenama lain iaitu 50 sen sekali cucian. Lebih murah kan?
Dengan menggunakan 5 bahan utama, Aleev Baking Soda Laundry Detergent direka khusus untuk menjadikan pakaian lebih bersih, bebas noda malah mempunyai pewangi segar untuk cucian pakaian tanpa menggunakan bahan tambahan kimia yang mahal dan berbahaya.
Formulasi mesra fabrik mereka selamat untuk ibu hamil dan ia menggunakan 50 peratus kurang cecair berbanding jenama lain.
Apa yang kami suka:
- Guna sedikit sahaja sudah cukup untuk setiap cucian
- Baking soda membantu pencuci membersih pakaian dengan lebih baik terutamanya kotoran degil dan menghilangkan bau busuk
- Mengelakkan pakaian jadi kusam dan berubah warna
- Mengurangkan kerengsaan kulit akibat pakaian yang dicuci
- Membantu meningkatkan jangka hayat mesin basuh
Sabun Basuh Baju Terbaik Daripada Enzim Semula Jadi
Sabun pencuci pakaian berkuasa yang diperbuat daripada enzim semula jadi, garam mineral dan agen pembersih berasaskan minyak tumbuhan yang memberikan prestasi pembersihan yang unggul, namun masih menjaga pakaian dan persekitaran anda.
Dengan agen pembersih sinergistik dapat memecahkan dan menghilangkan kotoran yang paling degil, Oxybleach pula menjadikan pakaian semakin putih manakala pakaian berwarna semakin terang.
Selain itu agen anti-bakteria yang terkandung dalam sabun pencuci pakaian ini memastikan pakaian sentiasa bersih dan segar walaupun dijemur di dalam rumah atau direndam semalaman.
Apa yang kami suka:
- Sabun basuh baju wangi ini mempunyai formula berbuih rendah dan anti karat sesuai untuk semua jenis mesin basuh
- Bahan Penjagaan Fabrik menguatkan gentian fabrik untuk pakaian yang lebih tahan lama
- Egen Pelindung UV dan Penjagaan Warna membantu mengekalkan warna untuk daya tahan yang lebih lama
- Bebas fosfat dan pencerah optik. Menyediakan sehingga 67 cucian!
Sabun Basuh Baju Terbaik Dengan Plantmoist
Dengan formulasi neutral pH yang diperbuat daripada bahan aktif berasaskan tumbuhan 100 peratus dengan biodegradasi, sabun cuci baju ini mengandungi cecair pekat tidak toksik untuk memberikan hasil pencucian yang berkesan.
Bukan itu sahaja, dengan kandungan bahan Plantmoist boleh memulihkan penghalang kelembapan semula jadi kulit anda sekaligus meningkatkan keselesaan ketika memakai pakaian anda.
Tanpa bahan-bahan kimia berbahaya, sabun basuh baju wangi ini selamat digunakan seisi keluarga terutamanya ibu hamil dan bayi.
Apa yang kami suka:
- Sangat sesuai untuk mereka berkulit sensitif
- 100 peratus berasaskan tumbuhan
- Boleh digunakan untuk semua jenis mesin basuh
- Bebas Phthalates
Sabun Baju Baju Terbaik Kurang Buih
Berasaskan tumbuhan dengan formula terbiodegradasi yang mampu membersihkan semua bau dan kotoran pakaian yang berbau dengan berkesan, kuasa pembersihannya yang hebat, kurang berbuih, tak perlu menggunakan air panas, mudah dibilas malah sangat menjimatkan air dan tenaga.
Selamat untuk pakaian kanak-kanak dan pakaian dalaman wanita tanpa meninggalkan sisa kimia yang berbahaya, sabun basuh baju wangi ini tidak akan menghakis dan lembut pada tangan dan kulit.
Apa yang kami suka:
- Boleh digunakan untuk semua jenis pakaian
- Botol boleh dikitar semula
- Mempunyai haruman buah oren
- Bebas klorin
Sabun Baju Terbaik Dengan Haruman Minyak Pati
Dikuasakan oleh bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang melawan kotoran, Seventh Generation’s Laundry Detergent dapat membantu anda mengatasi kesan kotoran yang degil.
Ia dirumus tanpa menggunakan pewarna, pewangi sintetik atau pencerah optik, dan bau citrus dan lavender segar mereka diperbuat daripada 100 peratus minyak pati dan bahan botani untuk bau yang menyenangkan dan tidak akan menusuk hidung anda.
Walaupun anda menggunakan sabun basuh baju jenis organik, baju anda tetap berbau harum dan menyegarkan!
Detergen dobi berasaskan tumbuhan ini ialah produk berasaskan bio sebanyak 97 peratus yang diperakui USD dan berfungsi dengan baik dalam mesin basuh standard dengan kecekapan tinggi dalam suhu panas dan sejuk.
Apa yang kami suka:
- Boleh digunakan sehingga 99 cucian
- Selamat untuk ibu hamil dan bayi
- Eco-friendly
Sabun Basuh Baju Terbaik Untuk Ibu Dan Bayi
Sabun basuh baju organik ini dirumus khas daripada sabun semula jadi berkualiti tinggi dan pembersih terhasil dari gula yang dipertingkatkan dengan jus aloe vera organik untuk pencucian yang berkesan dan lembut pada tangan.
Dengan haruman yang menyenangkan yang diperoleh daripada minyak pati organik, jenama ini tidak menggunakan pencerah optik, enzim, pewarna dan wangian sintetik.
Di Buds, mereka memberi anda ketenangan fikiran dan menjadikan kualiti hidup anda dan bayi lebih baik.
Salah satu caranya adalah dengan melindungi mereka daripada semua yang berpotensi berbahaya dan toksik serta kuman dan bakteria yang menjadi punca utama alahan. Mereka percaya pada penjagaan yang lebih hijau, selamat untuk bayi dan ibu hamil.
Apa yang kami suka:
- Sabun basuh baju wangi ini lulus Ecocert
- Rangkaian produk pembersih yang selamat, berkesan dan mesra alam
- Selamat pada bayi bermaksud selamat pada ibu hamil
Sabun Basuh Baju Terbaik Untuk Fabrik Delicate
Sukar mencari pencuci baju organik yang sesuai untuk fabrik halus atau delicate?
Anda boleh cuba jenama ini yang boleh membersihkan fabrik halus seperti bulu, sutera, kashmir, dan renda dengan lembut, serta mengekalkan bentuk dan warna dengan kandungan ekstrak biji kapas.
Sesuai untuk mencuci pakaian kanak-kanak dan mereka yang mempunyai kulit sensitif, sabun basuh baju wangi ini memberi kelembutan pada fabrik, mengurangkan pembentukan lipatan semasa mencuci dan mampu menanggalkan kotoran dengan berkesan pada suhu +20 °C.
Apa yang kami suka:
- Boleh digunakan sehingga 40 cucian
- Mendapat label Vitality Leaf yang membuktikan keselamatan produk untuk kesihatan manusia dan alam sekitar.
- Selamat untuk ibu hamil dan bayi
Sabun Basuh Baju Terbaik Jenis Pod
Penat membawa botol besar detergen pakaian atau terpaksa membeli pelembut tambahan? Bosan dengan cecair yang tertumpah, bocor dan bersepah? Pod dobi NEUTROVIS serba baharu menyelesaikan semua masalah ini. Hanya campakkan satu ke dalam mesin basuh dan nikmati pengalaman cucian tanpa kerumitan!
Pod dobi 5-dalam-1 NEUTROVIS Bio Protect mempunyai kuasa pembersihan 8 kali berbanding detergen cecair biasa dan menghapuskan sehingga 99.9% bakteria.
Dengan wangian yang tahan sehingga 12 minggu, pakaian anda akan kekal segar dalam simpanan untuk tempoh yang lebih lama.
Apa yang kami suka:
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
- Sesuai untuk cucian luaran dan dalaman
- Tanpa fosfat, borat, dan bahan perengsa lain
- Mesra alam
- Mess-free
- Dengan perlindungan tambahan terhadap hama habuk untuk memastikan pakaian anda bebas daripada agen penyebab alahan ini.
Sabun Basuh Baju Terbaik Untuk Hapus Hama & Habuk
Eucapro Concentrated Liquid Detergent tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, bahan peluntur atau bahan pelelas dan mempunyai PH neutral dan bebas fosfat.
Menggunakan formulasi dari Australia sabun basuh baju wangi ini merupakan cecair cucian super pekat diformulasikan dengan minyak kayu putih semula jadi untuk memenuhi keperluan cucian dobi dengan sifat disinfektan.
Mencuci secara kerap dengan sabun basuh baju Eucapro dapat membantu menghilangkan alergen hama dan habuk yang menjadi punca asma dan alahan.
Apa yang kami suka:
- Sesuai untuk tuala, linen dan bulu yang boleh menyimpan alergen hama habuk.
- Haruman minyak kayu putih yang wangi dan menyegarkan.
- Sesuai untuk kulit sensitif
- 100% menggunakan bahan semula jadi
Perbandingan Harga Sabun Basuh Baju Terbaik
|
Jenama |
Berat |
Harga |
Orita Baking Soda Laundry Detergent |
1.5 kg |
RM17.68 |
Bio-D Aleev Baking Soda Laundry Detergent |
2.0 kg |
RM19.50 |
Cosway Ecomax Concentrated Powder Detergent |
1.0 kg |
RM13.90 |
Bio-Home Laundry Detergent |
1.5 kg |
RM29.90 |
Organic Fields Laundry Detergent |
1 l |
RM17.90 |
Seventh Generation’s Laundry Detergent |
1 l |
RM23.80 |
Buds Household Eco Laundry Detergent |
1 l |
RM56.91 |
BioMio Bio-Sensitive Eco Laundry Detergent For Delicate Clothes |
1.5 l |
RM29.90 |
Neutrovis 5 In 1 Biodegradable Concentrated Detergent Laundry Pods |
15 x 20 pods |
RM11.25 |
Eucapro Antibacterial Eucalyptus Concentrated Liquid Detergent |
1 l |
RM24.40 |
Tip Cuci Baju Agar Wangi Dan Kesegaran Tahan Lama
Ramai yang mengalami situasi baju yang dicuci tidak bersih malah berbau kurang menyenangkan!
Jadi, untuk elakkan situasi begini terjadi lagi kepada anda, kami kongsikan beberapa tip bagaimana caranya untuk mencuci baju dengan betul agar dapat mengelakkan bau hapak bahkan memberikan bau haruman yang kekal segar.
- Terus basuh baju – Seeloknya basuh dengan segera pakaian yang dikumpul. Jika dibiarkan terlalu lama, pelbagai bau akan terperangkap dan bakteria boleh membiak yang akan menyebabkan bau hapak.
- Asingkan baju – Asingkan pakaian mengikut jenis material, ketebalan, dan saiz. Jika anda membasuh cadar atau langsir besama baju, dikhuatiri baju yang bersaiz kecil akan terbelit dan kesannya menyebabkan pakaian tidak bersih dan kotoran masih terperangkap.
- Jangan rendam terlalu lama – Biasanya kita akan merendam baju yang terkena kotoran degil. Caranya ialah berus, cuci, dan rendam seketika. Jangan biarkan rendaman terlalu lama kerana boleh menyebabkan baju menjadi berbau.
- Jemur segera selepas basuh – Jangan basuh pada waktu malam dan jemur keesokan harinya. Baju boleh menjadi hapak kerana terlalu lama terkumpul dalam kelembapan.
- Sentiasa bersihkan penapis kotoran – Dalam mesin basuh terdapat penapis kotoran. Sekali-sekala lihat penapis tersebut sama ada penuh atau tidak. Jika penuh, buang semua kotoran dan bilas dengan air bersih dan jika dibiarkan ia tidak dapat menampung kekotoran lalu kotoran akan keluar dan terkena baju yang dibasuh.
- Jemur pakaian dengan betul – Jangan sidai baju tebal dan baju nipis bersama-sama kerana proses pengeringannya berbeza. Baju tebal akan mengambil masa untuk mengering jadi letakkan sebaris, baju nipis pula pada baris penyidai yang lain.
Tip Cuci Baju Putih Kekal Putih
Penjagaan dan cara basuh baju putih memang sukar terutamanya ketika hendak mencuci kerana jika tersilap basuh, baju putih boleh menjadi cepat pudar dan menjadi kekuningan.
Ada cara membasuh yang anda perlu lakukan jika hendak baju putih kekal seperti baru, pastikan ikut 7 cara ini ya?
- Asingkan baju putih dengan berwarna – Jika disekalikan semua, bimbang baju putih akan terkena tompokan warna baju lain dan boleh juga menyebabkan baju putih nampak seperti kusam.
- Rendam baju putih mengikut material – Baju putih daripada material berbulu tidak boleh dicampurkan dengan mana-mana material. Linen dan kapas boleh dibasuh bersam atau acetates juga boleh digabung bersama acrylics.
- Elak cuci dengan air sejuk – Sebelum mencuci, periksa label baju putih sama ada boleh dicuci dengan air panas atau tidak. Jika boleh, rendamkan dalam air suam kerana ia merupakan setting terbaik untuk membasuh pakaian berwarna putih.
- Ganti agen pemutih dengan baking soda, cuka atau lemon – Penggunaan agen pemutih boleh membuatkan lama-kelamaan baju menjadi kekuningan. Anda boleh gantikan dengan menggunakan bahan semula jadi. Gunakan 1/2 cawan baking soda bersama campuran sabun basuh atau tuang 1/2 cawan jus lemon dan 1 cawan cuka ke dalam mesin basuh.
- Bersihkan kekotoran dalam mesin basuh – Kotoran yang tertinggal dari cucian sebelumnya boleh memudarkan pakaian. Untuk membersihkannya, isi mesin basuh dengan air seperti hendak mencuci baju biasa, tambahkan satu cawan baking soda ke dalam air dan tekan penmgatur waktu untuk beberapa mi it sehingga mesin basuh siap dibersihkan.
- Elak jemur di bawah matahari terik – Cara ini boleh menyebabkan warna baju putih cepat nampak kusam dan pudar. Sebaiknya jemur di kawasan yang berbumbung.
Semoga bermanfaat!
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Baca juga: Kerja Basuh Baju Jadi Lebih Mudah Bila Anda Ikut Tips Ini, Pasti Pakaian Anak & Suami Berbau Wangi!
Baca juga: Baju Anak Terkena Dakwat @ Cat Air? Ini 7 Cara Tanggalkannya Guna Bahan Dari Dapur!
Baca juga: Sedang Mencari Sabun Cuci Baju Bayi Yang Bagus? 7 Jenama Ini Terbaik Buat Si Manja