Ibu Ayah Wajib Ajar Anak Adab Di Meja Makan Sejak Bayi, Ini Sebabnya Menurut Pakar

Tahukah anda, tidak kira anak anda normal atau sebaliknya, adab di meja makan antara perkara penting yang perlu diajar kepada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai ibu ayah zaman kini yang tidak ambil pusing kepentingan mengajar anak adab di meja makan yang menjadi satu kewajipan terutama kepada orang zaman dulu. Apakah maklumat lanjut yang anda akan baca dalam artikel ini

  • Adab di meja makan penting bentuk peribadi anak
  • Kemahiran apa yang anak belajar ketika di meja makan?

Apabila duduk di meja makan, banyak adab yang perlu dipatuhi sekaligus menjadi salah satu platform membentu peribadi seseorang individu.

Mungkin bagi sesetengah ibu ayah ia tidak penting, namun dari meja makanlah sebenarnya boleh terbentuknya peribadi seseorang itu. Jadi jangan pandang remeh ya kepentingan ajar anak adab di meja makan. 

Adab di meja makan penting bentuk peribadi anak

Mungkin ada yang kata, apa kaitannya adab di meja makan dengan pembentukan peribadi anak? Ia sebenarnya sangat penting. Perasan atau tidak, institusi kekeluargaan masa kini jarang mementingkan duduk makan bersama di meja makan.

Mereka lebih memilih untuk menonton rancangan kegemaran masing-masing ketika makan.

Sedangkan, ketika di meja makan itulah sebenarnya tempat yang boleh membentuk peribadi seseorang individu itu secara tidak langsung.

Sedar atau tidak, bagi ibu bapa zaman dulu, duduk bersama-sama seisi keluarga di meja makan menjadi kewajipan, malah menjadi kesalahan besar bagi sesiapa yang gagal duduk di meja makan ketika waktu makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di situ sudah membentuk disiplin anak, tetapi jarang kita lihat situasi begini dalam kalangan keluarga masa kini. Mereka lebih memilih untuk makan secara berasingan dan menonton rancangan kegemaran ketika sedang makan.

Kemahiran apa yang anak belajar ketika di meja makan?

Apa sebenarnya yang seseorang anak ibu boleh belajar jika mereka dibiasakan dengan mematuhi adab di meja makan? Tidak kira anak anda normal atau sebaliknya, rutin adab ketika makan sebenarnya boleh dipraktikkan. Cuma anda perlu sabar dan percaya anak anda.

Menurut terapis, Aishah Kassim, ibu bapa boleh menjadikan waktu makan sebagai medium untuk mengajar pelbagai kemahiran buat anak-anak ini.

Penglibatan anak semasa persiapan di meja makan dapat menarik minat mereka dan boleh dijadikan rutin yang perlu mereka lakukan setiap kali makan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah rutin meja makan dan kemahiran yang boleh di ajar buat anak-anak ini? Bagaimanakah caranya untuk melibatkan mereka dalam keadaan yang masih tidak faham arahan dan masih berlari-lari? 

#1. Basuh tangan sebelum makan

Ibu bapa boleh memberi arahan kepada anak untuk basuh tangan. Namun bagi anak yang belum ada kemahiran mendengar arahan, ibu bapa boleh membawa anak ke sinki dan menunjukkan cara membasuh tangan yang betul.

Bagi anak yang belum boleh bercakap, situasi ini merupakan peluang keemasan untuk anda selitkan input bahasa sambil mengajar cara membasuh tangan. Sebagai contoh, “jom basuh tangan” , “gosok”, “sabun”, “tekan sabun”, “bukak paip”, “tutup paip”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Minta anak angkat makanan mereka ke atas meja

Sediakan makanan anak terus ke dalam pinggan, jadi mudah untuk anak angkat makanan mereka. Dengan cara ini boleh menarik minat mereka untuk makan dan ajar bahawa mereka perlu makan sekali bersama keluarga.

Jika di tadika/taska, para guru boleh memberi arahan kepada anak murid untuk membuka beg dan mengambil makanan yang dibekalkan oleh ibu bapa mereka. Perkara ini dapat mengajar kemahiran untuk mendengar dan faham arahan.

#3. Ajar adab ketika & selepas makan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa boleh memastikan anak makan dengan elok (makan menggunakan tangan kanan, ajar menggunakan sudu), tidak berlari-lari sambil makan, duduk di meja walaupun mereka tidak mahu makan.

Ibu bapa boleh melakukan semua ini dengan cara memegang mereka dan ajar satu persatu. Untuk permulaan ia mungkin tidak akan nampak hasil namun apabila sudah menjadi rutin, anak ini akan faham dan mendengar arahan dengan baik.

Selepas makan, ibu bapa boleh meminta anak untuk angkat pinggan dan cawan sendiri ke sinki dan buat anak yang sudah faham arahan boleh mengajak mereka untuk membasuh peralatan makanan yang kecil seperti sudu dan garfu.

Selain itu, ibu bapa boleh memegang anak dan mengajak mereka untuk lap dan kemas meja bersama-sama. Sekiranya ada sampah kecil minta anak untuk kutip dan buang manakala bagi anak yang masih tidak faham arahan, ibu bapa perlu menunjuk cara membuang sampah dan tempat membuang sampah yang agar mereka faham apa yang perlu dilakukan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ajar Anak Hafal Sifir Guna Kaedah Gigi, Cikgu Sekolah Pun Guna Cara Berkesan Ini!

Baca juga: Cikgu Pesan, Penting Ibu Ayah Ajar Anak Nak Masuk Darjah 1 Guna Tandas!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 5 Kelakuan Si Ayah Yang Paling Cepat Anak Tiru, Hati-Hati Ya Ayah! Ada Yang Memerhati...

Penulis

Lala Annuar