X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

SOP Baharu Aidil Adha Pastikan Keselamatan Semua, Rentas Negeri Dibenarkan

27 Jul, 2020
SOP Baharu Aidil Adha Pastikan Keselamatan Semua, Rentas Negeri DibenarkanSOP Baharu Aidil Adha Pastikan Keselamatan Semua, Rentas Negeri Dibenarkan

Kerajaan mengambil keputusan menyemak semula SOP bagi sambutan aidil adha selepas mengambil kira risiko penularan semula jangkitan Covid-19.

Kenaikan semula angka kes positif jangkitan Covid-19 menyebabkan kerajaan mengambil keputusan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan aidil adha selepas mengambil kira risiko penularan semula jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata justeru rakyat perlu mematuhi SOP yang ditetapkan bagi sambutan aidil adha  Jumaat ini dan pelaksanaan ibadah korban nanti. 

Katanya, kerajaan memutuskan perkara itu bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 apabila umat Isalam pulang ke kampung halaman untuk sambutan aidil adha  atau melaksanak ibadah korban.

Aidil adha disambut, patuhi SOP, nasihat kerajaan

Susulan kenaikan kes Covid-19 kepada dua angka sejak akhir-akhir ini, kerajaan perlu ambil keputusan untuk mengawalnya daripada terus mencatatkan kenaikan angka.

Ini bagi memastikan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan kerana ia memberi kesan yang bukan sedikit kepada mereka yang terbabit.

Ya , memang ada golongan yang sangat sukakan PKP, tetapi fikirkanlah mereka yang berniaga sendiri, atau yang baru saja diberhentikan kerja susulan PKP terdahulu dan baru memulakan hidup, fikirkan mereka. 

Suka tidak suka, mahu tidak mahu, kita perlu terima kenyataan bahawa kita sendiri yang perlu menjaga diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan tentunya negara kita.

Jangan terlalu leka dan alpa dengan apa yang berlaku, kerana mudahnya hidup ana belum tentu lagi orang lain juga mudah. Pokok pangkalnya usah pentingkan diri. 

SOP baharu sambutan aidil adha

Jadi berikut adalah SOP sambutan aidil adha yang diputuskan kerajaan pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan:

#1. Bilangan haiwan dihadkan 10 ekor

aidil adha

Kredit foto: Odisi

Kerajaan memutuskan mengehadkan jumlah haiwan untuk ibadah korban sempena Aidiladha bermula Jumaat ini tidak lebih daripada 10 ekor.

Ia bagi masjid dan surau, termasuk lokasi korban yang dibenarkan Pejabat Agama Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Had jumlah haiwan untuk ibadah itu adalah tertakluk kepada keluasan lokasi korban jika lokasi itu hanya boleh memuatkan 6 ekor, maka hanya enam ekor saja dibenarkan.

#2. Nisbah 20 orang untuk seekor haiwan

Jumlah kehadiran sewaktu ibadah korban mengikut nisbah 20 orang untuk setiap ekor haiwan.  Ia bermakna jika ada 10 ekor haiwan di sesebuah masjid dan surau maka hanya 200 orang saja boleh hadir. Ini termasuk tukang sembelih, tukang lapah, tukang edar dan sesiapa saja yang berkaitan.

#3. Tidak dibenarkan jamuan 

Ada negeri yang biasanya mengadakan jamuan selepas ibadah korban. Ia tidak dibenarkan kali ini kecuali untuk makanan berbungkus. Petugas yang bekerja boleh makan tapi makanan berbungksus saja dan tiada kenduri kendara seperti biasa.

#4. Digalakkan laksana di rumah sembelihan

aidil adha

Kredit foto: 1media.my

Bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19, digalakkan untuk ibadah korban dilaksanakan di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan swasta. Ada 28 rumah penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

#5. Digalakkan buat korban pada hari ke-2,3,4

Tiada paksaan tetapi kerajaan menggalakkan ibadah korban dilaksanakan pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha kerana hari pertama Aidiladha jatuh pada hari Jumaat jadi mungkin berlaku kesesakan atau masa terhad berikutan ada solat Jumaat. 

Semua SOP ini terpakai di Wilayah Persekutuan bagaimanapun, ia boleh diguna pakai di negeri lain kerana soal ibadah dan agama terletak di bawah kerajaan negeri masing-masing. 

Rentas negeri dibenarkan

Tiada sekatan perjalanan rentas negeri dan daerah sempena sambutan Aidiladha, Jumaat ini.

Bagaimanapun, orang ramai perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19. 

Disiplin diri masing-masing yang perlu dikaji semula, kerana jika kita gagal, gagal lah semuanya. 

Sikap kita tentukan PKP dilaksanakan semula, atau PKPP ditamatkan terus

aidil adha

Kredit foto: Selangorkini

Menurut Ismail, sikap rakyat Malaysia mempengaruhi dan menjadi penentu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semua atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditamatkan. 

Ia berikutan, jika rakyat terus alpa dan tidak mematuhi SOP memang tidak akan ke manalah semua usaha yang dilakukan kerajaan dan rakyat sebelum ini. 

Katanya, tepuk dada tanyalah selera, kerana kuasa di tangan anda. Sama ada PKP diperkenalkan semua atau PKPP ditamatkan terus, semuanya bergantung kepada anda di luar sana. Anda yang menentukannya. 

Sentiasa amalkan kawalan kendiri untuk kekal selamat dan ambil serius risiko penularan Covid-19 ini. 

Sumber: Berita Harian

Baca juga: 

4 Cara Bijak Untuk Menguruskan Duit Raya Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • SOP Baharu Aidil Adha Pastikan Keselamatan Semua, Rentas Negeri Dibenarkan
Kongsikan:
  • (Terkini) SOP Aidilfitri 2021, Tidak Dibenarkan Ziarah-Menziarahi & Acara Rumah Terbuka

    (Terkini) SOP Aidilfitri 2021, Tidak Dibenarkan Ziarah-Menziarahi & Acara Rumah Terbuka

  • Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya, Mana Satu Kegemaran Anda?

    Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya, Mana Satu Kegemaran Anda?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • (Terkini) SOP Aidilfitri 2021, Tidak Dibenarkan Ziarah-Menziarahi & Acara Rumah Terbuka

    (Terkini) SOP Aidilfitri 2021, Tidak Dibenarkan Ziarah-Menziarahi & Acara Rumah Terbuka

  • Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya, Mana Satu Kegemaran Anda?

    Menu Wajib Disediakan Semasa Hari Raya, Mana Satu Kegemaran Anda?

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.