Anak-Anak Merengek Kelaparan, Ibu Tiada Pilihan Terpaksa Guna Air Banjir Untuk Bancuh Susu

Air banjir terpaksa digunakan untuk membancuh susu anak memandangkan mangsa terputus bekalan air bersih sejak beberapa hari yang lalu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali hujung tahun, negeri-negeri di Pantai Timur menerima taburan hujan yang begitu banyak sehingga meningkatkan risiko air banjir. Keadaan yang bertambah buruk telah memaksa ramai penduduk kampung untuk berpindah di tempat yang selamat.

Walau bagaimanapun kejadian banjir saban tahun tidak hanya merosakkan harta benda sahaja. Malah meninggalkan memori penuh kedukaan dengan kisah yang tersendiri.

Bancuh susu menggunakan air banjir

Menerusi laporan Berita Harian, penduduk di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang mendakwa mereka terpaksa menggunakan air banjir untuk membancuh susu anak selepas terputus bekalan air bersih selepas kediaman mereka ditenggelami banjir sejak Ahad lalu.

Mereka terpaksa berbuat demikian selepas ‘terperangkap’ apabila pemindahan sementara (PPS) yang dibina secara bergotong-royong sebelum ini di sebuah kawasan kebun kelapa sawit turut ditenggelami banjir sedalam dua meter

Mangsa mendakwa, kawasan berkenaan terkepung dengan semua jalan masuk ditenggelami banjir, justeru terpaksa berbuat demikian untuk minuman selain digunakan untuk membuat susu kepada anak kecil.

Muzipah Che Muda, 54, berkata selepas buntu memikirkan air minuman yang tidak kunjung tiba, mereka terpaksa mengambil keputusan menggunakan air banjir sebagai sumber air yang kemudian direbus sebelum diminum.

Katanya, mereka sedar tindakan itu tidak begitu baik tetapi sudah tiada cara lain kerana ramai kanak-kanak sudah merengek kehausan, begitu juga orang dewasa yang sudah tidak minum sejak beberapa jam.

“Air banjir itu akan dimasak terlebih dahulu dan ia akan dijadikan minuman dan untuk kegunaan memasak bagi kami. Penduduk turut menggunakan air itu untuk membuat susu 10 bayi yang berada di sini.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Malah, air banjir ini juga kami gunakan untuk memasak secara bergotong-royong. Besar harapan kami supaya ada pihak yang masuk untuk menghantar bantuan air bersih buat kami di sini.

“Kami tahu kawasan penempatan ini agak sukar diakses, oleh itu kami mencari ikhtiar lain terlebih dahulu dengan hanya tawakal sahaja semoga air yang diminum tidak memudaratkan.

“Semua mangsa berkumpul di rumah milik salah seorang penduduk yang tidak dimasuki air tetapi halamannya tetap digenangi banjir separas 0.5 meter,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Mohd Yatin Mat Yaacob, 46, berkata kesemua mangsa terpaksa tidur berhimpit manakala sesetengah kumpulan lelaki tidur di dalam kereta kerana tidak cukup ruang di dalam satu rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kami tidak ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana sudah terlalu ramai dan penuh. Tambahan pula, hanya rumah ini yang tidak dimasuki air di sini.

“Ada antara mangsa yang kediaman mereka hanya tinggal bumbung sahaja, namun kami reda dengan ujian ini dan bersyukur kerana masih ada tempat berteduh,” katanya.

Menurutnya, mereka juga mengambil inisiatif menggunakan generator bagi mendapatkan bekalan elektrik terutama untuk mengecas telefon bimbit kerana elektrik sudah ditutup sejak banjir melanda.

Langkah langkah keselamatan semasa banjir

Bagi kanak-kanak dan golongan muda, musim banjir dianggap satu ‘pesta’ sehingga ramai keluar rumah dan bermain air banjir.

Walau bagaimanapun ibu ayah diminta untuk memantau anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Antara langkah langkah keselamatan semasa banjir yang perlu anda patuhi adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat
  • Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau di dalam bekas kalis air atau bawa bersama
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Beritahu kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat
  • Elakkan dari melalui kawasan banjir kerana arus deras yang boleh mengancam nyawa anda
  • Jangan bersiar-siar di kawasan banjir, sama ada dengan menaiki sampan mahupun berjalan kaki.
  • Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  • Awasi keselamatan kanak-kanak.
  • Jangan minum air banjir.

Panduan keselamatan elektrik semasa banjir

Beberapa hari lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian tiga adik beradik akibat renjatan elektrik.

Menurut perkongsian oleh seorang doktor, Dr Arisman, kematian mengejut akibat renjatan eletrik ini berlaku kerana pada tahap arus tertentu iaitu menurut OSHA, arus eletrik mencecah 75 MA boleh menyebabkan pemfibrilan ventrikel (serangan jantung) yang boleh membawa maut.

Ia terjadi kerana pergerakan arus yang menerusi jantung. Semasa banjir, langkah-langkah yang perlu diambil;

1. Hindari penggunaan peralatan eletrik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan eletrik.

3. 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝟏𝟓𝟒𝟓𝟒 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐓𝐍𝐁 𝐂𝐚𝐫𝐞𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐞𝐥𝐞𝐭𝐫𝐢𝐤 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐢𝐫 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭.

4. Jangan cuba mematikan kuasa melalui kotak pemutus ketika sedang berdiri di dalam air. Dapatkan bantuan professional.

5. Ketika badan basah, rintangan eletrik pada permukaan kita menjadi rendah. Ini akan meningkatkan risiko untuk anda terkena renjatan. Maka elakkan menyentuh peralatan eletrik ketika badan basah.

6. Jangan sesekali menggunakan peralatan perkakasan eletrik ketika ia basah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Jangan melangkah masuk ke dalam bilik yang dimasuki air jika terdapat pelbagai jenis barangan eletrik, wayar dan alur keluar eletrik.

8. Pakai sarungan tangan getah atau kain sentiasa. Kenapa getah? Kerana getah adalah pengalir eletrik yang lemah. Ia akan menghalang arus daripada mengalir ke badan.

9. Pakai kasut bot getah jika keluar atau berjalan di dalam banjir.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Rumah Gelap Gelita & Air Cecah Leher, Ibu Ini Lalui Detik Hitam Banjir Bersama Bayi 6 Bulan

Baca juga: Terperangkap Di Tingkat Atas Sewaktu Banjir, Dua Bayi Comel Ini Tenang Ketika Diselamatkan

Baca juga: Tips Penting Untuk Ibu Hamil & Ibu Ayah Baharu Hadapi Banjir, Elak Persiapan Last Minute!